Panduan asas mengenai kegagalan Terra dan masa depan stablecoins

Apa yang sebenarnya berlaku, dan apakah impak terhadap stablecoin lain? 

Kegagalan projek stablecoin algoritma LUNA dan Terra USD (UST) telah menjadi berita hangat dalam dunia kripto pada bulan-bulan lepas. Ramai penganalisa mula membuat spekulasi apakah impak peristiwa ini terhadap masa depan industri matawang kripto.

Mari kita lihat di manakah kesilapan Terra dan perkara apakah yang masih betul bagi stablecoin lain.

Apa itu stablecoins

Stablecoin ialah matawang kripto yang ditambat pada satu aset seperti Dolar, atau sejumlah aset. Stablecoin mencapai tambatan ini melalui beberapa cara berbeza.

Stablecoin seperti USD Coin (USDC) mengatakan yang ia disandarkan 100% dengan wang tunai dan boleh ditebus dengan perbendaharaan US dengan nisbah 1:1 bagi US Dollar. Dalam industri kewangan, perkara ini dikenali sebagai Cagaran Dollar. Satu stablecoin lain, Tether, juga mengatakan yang ia mengekalkan tambatannya kepada Dollar dengan nisbah 1:1 terhadap matawang tersebut.

Apakah fungsi stablecoin?

Naik turun harga adalah satu perkara biasa pada matawang kripto. Namun begitu, stablecoin menawarkan pelabur ruang yang selamat dari ketidaktentuan pasaran dengan mengekalkan tambatan harganya dengan aset yang telah matang seperti Dollar atau emas — yang boleh dianggap sebagai kalis pergerakan harga.

Stablecoins juga tidak memerlukan pelabur untuk mengeluarkan wang mereka dari tukaran (dan membayar caj pengeluaran) apabila mereka mahu membuat dagangan matawang kripto.

Terdapat juga manfaat lain terhadap perwakilan nilai aset dalam bentuk digital, seperti menjadikan ia mudah untuk digerakkan namun masih lagi selamat.

Apakah jenis-jenis stablecoin?

Terdapat dua jenis stablecoin: stablecoin yang dicagarkan — yang mana disandarkan dengan aset. Jenis kedua ialah Stablecoin beralgoritma yang dipanggil algo-stablecoin — yang mengekalkan harganya melalui algoritma yang menghasilkan permintaan dan bekalan, biasanya melalui penciptaan dan pembakaran koin.

…kedengaran sukar?

Ya, mungkin kedengaran sukar untuk memahami stablecoin. Tetapi secara asasnya, terdapat dua ‘pelakon’ utama dalam projek algo-stablecoin. Sebagai contoh bagi artikel ini, LUNA dan Terra dirujuk sebagai perkara lepas kerana projek kedua-dua stablecoin ini telah dihenetikan untuk sebarang kegunaan praktikal.

Terra dan LUNA

Protokol Terra dimulakan pada tahun 2018 oleh Do Kwon, seorang pembangun komputer warga Korea Selatan. Sebahagian dari Terra dibuat dari Terra USD dan LUNA stablecoin. LUNA ialah koin natif bagi rantaian blok Terra.

These two coins worked together to create an ebb and flow of supply and demand in the market. TerraUSD was the stablecoin and LUNA was supposed to serve as the buoy that floated TerraUSD at or near its $1 peg. 

Kedua-dua koin ini bekerjasama untuk membina ebb dan aliran bekalan dan permintaan dalam pasaran. Terra USD adalah stablecoin manakala LUNA sepatutnya menjadi

It did this using an algorithm that manipulated the supply and demand of each coin. “Algorithm” is a fancy, techy word that simply refers to computer code that initiates an action when it is triggered by another. 

…makin rumit?

Berdasarkan protokol, pengguna boleh mendagangkan $1 LUNA untuk 1 UST pada bila-bila masa. Algoritma mengawasi pembakaran dan penciptaan kedua-dua koin tersebut, berdasarkan sama ada UST berada di atas atau dibawah nilai tambatannya.

Jadi, apabila UST membuat langkah di atas nilai tambatan $1, algoritma akan membakar $1 LUNA dan mencipta 1 UST pada setiap perdagangan dan pedagang seterusnya boleh menjualnya dengan harga $1.01. Bakinya akan disimpan oleh pedagang melalui trik yang dipanggil arbitraj. Contohnya, jika harga sesuatu aset sedikit tinggi di satu platform, pedagang akan menjual di platform tersebut dan membuat pembelian di platform yang menawarkan harga lebih rendah secara serentak. Perbezaan harga ini akan disimpan sebagai keuntungan.

Proses insentif Terra yang menolak bekalan terhadap UST, serta kitaran pembakaran dan penciptaan LUNA dan UST akhirnya akan menghasilkan peningkatan bekalan UST, dan secara teori, ia akan mengembalikan harganya kembali ke nilai tambatan $1.

Apa yang berlaku apabila harga UST jatuh di bawah nilai tambatan $1?

Keadaan akan menjadi terbalik. Pengguna boleh membeli 1 UST dengan harga $0.99 dan mendagangkannya dengan $1 LUNA. Tetapi kali ini, protokol tidak membakar LUNA, tetapi membakar 1 UST dan mencipta $1 LUNA. Cuba ingat semula, fokus kali ini adalah, apabila UST memerlukan sokongan, protokol akan mengurangkan bekalan UST dan meningkatkan permintaan. Perdagangan pada tahap ini akan kekal terbuka sehingga UST mencapai semula nilai setara dengan Dollar.

Di mana silapnya?

UST dikeluarkan dari tambatan Dollar sekitar 9 May 2022, disebabkan oleh tekanan jualan yang amat besar dalam pasaran, menyebabkan harganya jatuh ke nilai 91 sen. Harga LUNA sudahpun berada dalam tekanan berikutan dari sentimen bearish sebelum ini, terutamanya dalam dalam kalangan altcoin. Ia secara tidak langsung menyebabkan ketidakstabilan teruk di antara LUNA dan UST.

Pada masa itu, pedagang boleh membeli $1 LUNA dengan harga 91 sen menggunakan UST. Manakala UST terus kehilangan nilainya dan algoritma tidak mampu mencipta dan membakar koin dengan cukup pantas untuk menampung pergerakan pasaran, menjadikan UST terus kehilangan tambatannya dan menjunam ke bawah. Ini menjadikan lebih banyak arbitraj dilakukan oleh pedagang yang mengambil kesempatan dengan nilai LUNA.

Apabila perkara ini berlaku, algoritma terus berusaha untuk memastikan UST kekal pada nilai tambatan $1 dengan cara mencipta lagi lebih LUNA dan membakar UST, seperti apa yang dicipta asalnya. Akhirnya, UST dan LUNA jatuh dan hancur sepenuhnya dalam tempoh 36 jam.

Apakah perjanjian dengan Luna Foundation Guard yang membeli 80,000 Bitcoin?

Luna Foundation Guard (LFG) ialah satu entiti yang dibangunkan untuk melindungi nilai tambatan $1 terhadap UST, dikenali ramai selepas entiti tersebut membeli 80,000 Bitcoin sebagai rizab beberapa bulan sebelum projek tersebut menemui kegagalan….. dan mereka menggunakan Bitcoin tersebut untuk membuat tindakan yang kurang bijak.

Apa yang berlaku adalah, LFG melambakkan 303 Bitcoin miliknya untuk UST sebagai satu usaha terakhir untuk mengangkat koin tersebut, tetapi malangnya, tindakan tersebut hanya menjadikan keadaan pasaran lebih teruk.

Adakah semua stablecoin tidak stabil?

Tidak, walaupun terdapat banyak kontroversi mengenai algo-stablecoins yang mengatakan tiada wang atau aset yang dijadikan sandaran untuk protokol-protokol ini. Beberapa penganalisa mengatakan yang algo-stablecoin ini sebagai magik kewangan kerana ia protokol-protokol ini seolah-olah memunculkan wang entah dari mana (langit?). Tetapi bila difikirkan semula, terdapat kebenarannya.

Sementara itu, stablecoin yang dicagarkan seperti USDC disandarkan dengan nisbah 1:1 terhadap Dollar. Circle, syarikat yang menguruskan USDC mengatakan yang mereka memegang wang tunai dan bon yang bernilai $1 dalam rizab bagi setiap USDC yang wujud dalam peredaran. Circle juga menyediakan bukti audit rizab berkala untuk menyokong pernyataannya.

Jadi.. adakah Bitcoin juga wang yang dicipta entah dari mana?

Tidak. Satu-satunya Bitcoin yang pernah dicipta telah di-mint pada blok pertama adalah oleh Satoshi Nakamoto, dan masih tidak lagi bergerak sehingga ke hari ini. Satoshi, pengasas projek Bitcoin, menarik diri dan menghilang namun terus membiarkan protokol tidak berpusat Bitcoin bergerak dan diuruskan oleh sesiapa sahaja dalam pasaran terbuka. Bitcoin hanya akan dicipta apabila pelombong menambah transaksi pada blok.

Jika terdapat sinar harapan terhadap kehancuran Terra, ia mungkin mengenai kesilapan yang terjadi pada sistem yang tidak cukup dicagarkan. Namun begitu, peristiwa ini telah memberi pengajaran kepada projek-projek yang hampir sama sebagai peringatan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0