Panduan asas strategi pelaburan kripto

Anda pelabur harian atau HODLer? Anda pemain jangka panjang atau pendek?

Dunia pelaburan kripto boleh menjadi tempat yang mengelirukan. Industri ini masih dianggap masih baru dan individu-individu yang telah menyertai industri kripto sejak awal permulaannya perlu menghadap perubahan yang kadang-kala mendadak.

Berikut adalah beberapa strategi biasa yang digunakan oleh individu yang melabur dan berdagang dalam kripto. Yang mana berfungsi untuk anda? Ia bergantung pada banyak faktor – toleransi anda terhadap risiko, masa anda ingit luangkan, dan banyak lagi; semuanya bergantung kepada anda sendiri. Jika ia berfungsi pada individu lain, tidak bermaksud ia juga berfungsi pada anda dan memberikan impak yang sama.

Kuncinya ialah: buat kajian sebanyak mungkin. Kami sentiasa menggalakkan anda untuk membuat kajian sendiri mengenai apa yang bersesuaian untuk anda, dan yang paling penting – jangan sesekali melabur sejumlah wang yang anda tidak mampu menanggung kerugiannya.

Penafian undang-undang. Konten untuk artikel ini hanyalah untuk tujuan maklumat dan bukanlah satu nasihat pelaburan atau sebarang bentuk ajakan / galakan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat pelaburan bebas sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

HODLing

HODL ialah satu terma yang sebenarnya tersalah eja dari perkataan “hold” atau pegang di satu forum maya Bitcoin Talk. Ia juga kadang-kala digunakan sebagai akronim bagi ‘Hold On for Dear Life’ atau ‘pegang erat-erat’.

Asasnya, HODL ialah apabila anda membeli sejumlah matawang kripto dan menyimpannya untuk kenaikan jangka panjang. Strategi ini ialah satu strategi asas dengan paling kurang masalah, tetapi dibuktikan yang ianya berkesan jika anda melihat pada kenaikan harga Bitcoin sejak ia mula diperkenalkan.

Carta Bitcoin sepanjang masa

Terdapat juga risiko apabila anda melakukan HODLing kerana ia mengehadkan pilihan anda. Jika anda tidak menjangka kejatuhan pasaran dan berlaku kejatuhan pasaran, anda hanya mampu tunggu dan lihat, atau cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan kerugian anda. Oleh sebab itulah anda tidak sepatutnya melabur lebih daripada kerugian yang mampu ditanggung.

Purata kos dolar

Strategi ini adalah salah satu variasi HODL yang menggunakan teknik melencongkan beberapa risiko dalam pelaburan. Tujuannya ialah dengan membuat pelaburan secara berkala dengan amaun yang sama, berulang-ulang, tanpa mengira harga harian. Strategi ini mengelakkan pergerakan besar dalam pasaran, dan mengambil posisi jangka panjang untuk beberapa bulan, ataupun tahun, namun ia membantu anda untuk mengelakkan kesalahan jangkaan masa dalam pasaran.

Pelaburan harian

Pelaburan harian menawarkan nuansa lebih baik berbanding HODL, tetapi ia memerlukan lebih banyak masa.

Strategi ini memfokuskan pada pelaburan jangkan pendek – anda beli matawang kripto pada harga yang rendah berdasarkan jangkaan pergerakan harga jangka pendek, dengan jangkaan harga tersebut akan meningkat dan anda boleh menjual pelaburan anda dengan keuntungan (kadang-kala sebaliknya). Terdapat banyak taktik yang anda boleh cuba untuk menjangka pergerakan ini berdasarkan pelbagai jenis analisis.

“Harian” bermaksud posisi jangka pendek yang diambil. Selalunya berlangsung selama beberapa jam.

Sebagai contoh:

  1. Sebuah bank yang terkenal di Amerika Syarikat akan menggunakan XRP untuk pembayaran antarabangsa. Jeroni berfikir yang harga XRP akan meningkat dalam tempoh beberapa minit.
  2. Dia membeli 1000 XRP pada harga $0.20 sebanyak $200
  3. Orang lain membaca berita yang sama dan cuba membeli XRP, menjadikan harganya meningkat.
  4. Sejam kemudian, harga XRP telah meningkat ke $0.25 dan Jeroni membuat keputusan untuk menjualnya dan menerima keuntungan pantas.
  5. Jeroni menjual semua 1000 XRP miliknya dengan harga $250, dan mendapat $50 keuntungan.

Perdagangan swing

Swing trading cryptocurrency is similar to day trading, but you hold your positions longer than a single day – until the market trend (or swing”) you are seeing runs its course or shows signs of a reversal.

Perdagangan swing dalam matawang kripto adalah sama seperti perdagangan harian, tetapi anda kekal dalam posisi lebih dari sehari – sehingga trend pasaran (atau swing) dilihat mula bergerak atau menunjukkan petanda terbalik.

Strategi ini memerlukan masa dan perhatian yang kurang, tetapi anda masih perlu mengikuti trend pergerakan yang wujud. Masa lebihan ketika anda kekal dalam posisi mungkin akan membolehkan pergerakan harga besar dan mungkin akan menghasilkan keuntungan lebih daripada perdagangan harian. Namun anda perlu berhati-hati, kerana harganya mungkin akan “swing” ke arah bertentangan, menjadikan anda perlu menanggung rugi.

Perdagangan scalp

Perdagangan scalp ialah apabila anda mengambil posisi yang lebih pendek, sama ada selama beberapa saat atau minit. Keuntungannya lebih kecil dan memerlukan perhatian yang lebih banyak, tetapi oleh kerana anda boleh melakukan strategi ini berulang kali dalam sehari, ia berpotensi memberikan lebih banyak keuntungan dalam jangka masa panjang.

Perdagangan secara automatik

Kepada sesiapa yang gemarkan idea strategi perdagangan jangka pendek tetapi tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk melakukannya, anda juga boleh melakukan proses pelaburan secara automatik terhadap perubahan keadaan pasaran.

Kaedah ini menggunakan bot dagangan, satu perisian yang menguruskan pelaburan anda. Anda boleh melabur ketika anda tidur. Anda juga mempunyai kawalan pada apa yang didagangkan – stop loss sehinggalah petunjuk pergerakan harga lebih kompleks.

Namun begitu, bot dagangan bukanlah kecerdasan buatan dan ia tidak akan berfikir untuk anda. Ia tidak akan mencari strategi terbaik untuk memberikan anda dagangan paling untung. Bot dagangan hanya sebijak individu yang membinanya, dan ia hanya menjangkan satu set tindakan untuk dilaksanakan, dan ia akan hanya mengulangi tindakan tersebut.

Terdapat lagi banyak strategi di luar sana, namun apa yang ditulis di atas merupakan strategi-strategi yang sering dilihat di Luno. Cari strategi yang sesuai dengan anda dan pastikan anda membuat kajian pasaran secara menyeluruh agar anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk membuat keputusan kewangan yang terbaik untuk diri anda. Ingat, tiada strategi yang 100% berjaya dan semuanya bergantung pada anda.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

3
0