Penemuan emas di Uganda boleh mengukuhkan asas Bitcoin

Walaupun dilihat sebagai tempat yang selamat untuk menyimpan wang, masa depan Bitcoin mungkin boleh terkesan daripada tapak emas yang baru ditemui dan peningkatan bekalan.

Para juruukur di Uganda telah mendedahkan yang mereka telah menemui 31 juta metrik tan bijih emas di wilayah timur laut Karamoja. Berdasarkan jurucakap kerajaan, jumlah ini bersamaan dengan 320,000 tan emas tulen yang bernilai lebih kurang $12.8 trilion. Secara perspektif, Amerika Syarikat mempunyai rizab emas terbesar di dunia, yang mempunyai lebih kurang 8,134 metrik tan ($523 bilion). Jika kenyataan Uganda adalah benar, ia boleh menyebabkan gangguan besar terhadap harga emas dengan dengan meningkatkan dengan signifikan bekalan emas dunia dan menyebabkan kejutan bekalan.

Penggunaan emas sebagai aset pelaburan telah lama digunakan untuk berfungsi pelindung nilai terhadap inflasi disebabkan oleh kesukarannya untuk ditemui. Ideanya ialah, selepas satu tempoh masa, harga emas akan mengikuti kadar inflasi. Jadi, apabila tiba masa untuk bersara, pelaburan mereka tidak akan kehilangan kuasa belian mereka. Dengan kadar inflasi kini pada tahap tertinggi sejak 1990an, kemasukan emas secara tiba-tiba boleh berpotensi menganggu komoditi yang ada dan menjadikan pelabur memilih aset yang lain untuk berlindung dari inflasi.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2022-07-08-at-12.28.22-1024x558.png
Caption: Price of gold compared with rates of inflation over time Source – Bloomberg, May 2021

Micheal Saylor, CEO MicroStrategy berkata, lebih banyak emas membuktikan yang Bitcoin merupakan satu-satunya aset yang “memang sah jumlahnya sedikit” ketika ditemubual oleh Market Insider: “Idea terbesar di sini ialah Bitcoin adalah benda pertama dan satu-satunya mempunyai bekalan yang terhad di dunia. Bekalan emas pula banyak. Mereka telah menemui 320,000 tan emas di Uganda… jadi Bitcoin ialah komoditi ideal kerana anda tidak boleh menciptanya lagi.” Bitcoin yang sering disamakan dengan “emas digital” disebabkan oleh bekalannya yang terhad, juga sedang dipertimbangkan oleh beberapa pihak sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan boleh memanfaatkan daripada peristiwa pertambahan bekalan emas secara tiba-tiba ini, seperti yang diberitahu oleh Saylor.

Bernasib baik

Untuk lebih memburukkan keadaan, sejumlah emas yang besar juga telah ditemui di kawasan-kawasan yang lain sejak beberapa tahu lepas. Pada bulan Oktober 2020, 1,371 tan emas telah ditemui di wilayah Siberia di Russia. Sebelum itu, pada bulan Ogos 2020, 5,000 tan emas juga telah ditemui di Poland.

Melihat ke arah masa depan, emas mungkin akan menghadapi masalah bekalan selanjutnya. NASA telah menyenaraikan Space X milik Elon Musk untuk membantu mereka ‘memburu’ astroid emas dan membawa kandungan emas dalam astroid itu ke bumi. Menurut beberapa saintis, astroid tersebut mengandungi emas yang cukup untuk menjadikan “setiap individu di muka bumi menjadi jutawan.”

Selepas pengumuman tersebut, kerajaan Uganda mengatakan mereka akan mencari pelabur daripada syarikat-syarikat perlombongan untuk melombong emas tersebut. Syarikat perlombongan China, Wagagai telahpun melabur dalam perlombongan emas di Busia, kawasan timur Uganda. Wagagai dipercayai telah melabur sebanyak $200 juta setakat ini, termasuklah membina kemudahan mesin menapisan emas di tapak melombong.

Ditambah dengan ini, kerajaan Uganda meluluskan undang-undang baharu awal tahun ini yang akan melayakkan syarikat perlombongan yang disokong kerajaan mendapat bahagian 15% daripada semua operasi perlombongan di negara itu. Ini akan memastikan kerajaan Uganda dan rakan kongsi perlombongannya dapat mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan.

Gangguan stock-to-flow

Petunjuk utama untuk menjejaki bagaimana kekurangan jumlah aset memberi kesan terhadap harga aset ialah nisbah stock-to-flow atau S2F. Lebih tinggi nisbahnya, lebih sukar aset tersebut untuk ditemui dan lebih bernilai. Nisbah S2F dikira dengan melihat jumlah bekalan semasa dan alirannnya, kepada jumlah yang dilombong pada setiap tahun.

Chart showing how scarcity relates to value for Gold, Silver and Bitcoin Source – @100trillionUSD

Bagi emas, jumlah yang dilombong setiap tahun boleh naik dan turun, bergantung kepada berapa banyak emas yang dilombong dan ditulenkan pada tahun-tahun yang spesifik. Untuk Bitcoin, aliran kekal tidak berubah disebabkan oleh perubahan tahap kesukaran melombong dan peristiwa halving pada setiap empat tahun untuk memastikan hanya akan terdapat 21 juta Bitcoin sahaja dalam agihan. Pada tahun 2019, emas telah mencapai nisbah 62, berbanding 56 untuk Bitcoin pada tahun 2022 bagi nisbah stock-to-flow. Peningkatan bekalan emas boleh membuatkan nisbah emas menurun dan memberikan nisbah Bitcoin lebih tinggi.

Untuk Bitcoin, model S2F ini telah menjadi petunjuk hampir tepat untuk menjangka harga di masa depan. Namun begitu, pastinya tidak akan terdapat sebarang ‘penemuan kejutan’ oleh pelombong Bitcoin yang menemui alamat Bitcoin tersorok dalam kerak bumi. Oleh sebab inilah Bitcoin boleh menjadi aset yang bersifat deflasi sepenuhnya yang boleh membuktikan yang emas sebenarnya tidak sesuai, pada satu hari nanti.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0