Penerangan caj-caj Bitcoin

Dahulu, salah satu fungsi Bitcoin yang sering dipetik adalah ia merupakan penyelesaian bagi pembayaran-pembayaran kecil. Dikenali sebagai bayaran mikro, transaksi bernilai rendah ini adalah mahal bagi syarikat-syarikat disebabkan oleh caj yang dikenakan oleh bank. Anda mungkin perasan yang hanya sebilangan kecil sahaja kedai-kedai kecil dan persendirian mengenakan caj transaksi kad minimum; ini kerana caj memproses transaksi tersebut tidak berbaloi dengan bayaran yang diperolehi.
Bitcoin pernah menjadi pilihan terbaik untuk pembayaran mikro kerana ia kosnya lebih murah dari menggunakan perkhidmatan bank. Tetapi sekarang, ia bukan lagi satu isu. Untuk memahami mengapa, kita perlu melihat semula teknologi di sebalik teknologi matawang kripto.
Bagaimana rantaian blok berfungsi
Pastinya anda telah mendengar mengenai rantaian blok. Rantaian blok sama seperti buku rekod digital, cuma perbezaannya ialah, ia tidak disimpan di satu tempat yang tunggal. Buku rekod digital ini diedarkan ke komputer-komputer yang menjalankan perisian Bitcoin. Rekod ini tidak boleh disunting atau diubah, dan sangat dilindungi.
Kelemahan sistem ini adalah setiap transaksi Bitcoin perlu direkodkan oleh setiap komputer pada rangkaian tersebut. Ianya ibarat seribu individu perlu merekod maklumat transaksi tersebut, pastinya akan mengambil masa yang lama, kertas dan pen yang banyak, dan juga usaha yang amatlah besar. Walaupun kos bagi setiap individu adalah kecil, ia akan bertambah apabila rangkaian semakin berkembang. Jika jumlah transaksi bertambah, semakin sukar untuk individu-individu ini mengikutinya. Pada satu tahap, transaksi akan berlaku dengan pantas untuk semua orang merekodkannya, jadi, rangkaian perlu berhenti seketika supaya mereka boleh merekodkan semua transaksi yang berlaku.
Situasi yang sama berlaku pada rangkaian Bitcoin. Semakin rangkaian itu berkembang, kos untuk menggerakkannya semakin bertambah. Caj untuk memproses transaksi dahulunya adalah murah tetapi berikutan dari penggunaan kuasa komputer yang bertambah, cajnya mula meningkat.
Berbanding dari membiarkan pengguna Bitcoin menghadapi kemungkinan transaksi mereka tertunda, pengendali rangkaian memilih untuk mengenakan caj untuk membantu membiayai kos mereka.
Graf dibawah menunjukkan caj transaksi rangkaian Bitcoin harian sepanjang beberapa tahun lepas, dan seperti yang boleh dilihat, ia jelas berbeza bergantung pada beberapa pembolehubah.
Luno mengenakan caj untuk penghantaran dan terima Bitcoin untuk membiayai caj rangkaian. Kami tidak menetapkan caj, dan yang paling penting, kami tidak mendapat sebarang keuntungan daripadanya.
Alternatif percuma
Tetapi, anda masih boleh menghantar dan menerima Bitcoin secara percuma! Jika transaksi adalah di antara anda dan pelanggan Luno lain, kami boleh memprosesnya sendiri berbanding dari menggunakan bantuan rangkaian lain.
Fungsi ini tersedia kepada semua pelanggan Luno. Masukkan alamat emel atau nombor telefon penerima apabila anda menghantar pembayaran dan kami akan memprosesnya dengan segera tanpa caj.
Untuk lebih maklumat, semak artikel Pusat Bantuan berikut:
Bagaimana untuk beli atau jual matawang kripto?
Apakah kos untuk menggunakan Luno?
Bagaimana untuk menghantar Bitcoin dengan percuma?
Apakah caj-caj untuk berdagang di Luno Exchange?
Mengapakah amaun pindahan saya kurang dalam GBP?
Bagaimana untuk mengawasi harga Bitcoin?
Maklumat harga kami adalah berdasarkan negara pada bahagian Fungsi & Caj.