Perbezaan antara transaksi atas rangkaian dan luar rangkaian

Setiap transaksi mata wang kripto adalah direkodkan dalam rantaian blok, tetapi persoalan bilakah rekod transaksi berlaku sebenarnya bergantung kepada sama ada transaksi tersebut berlaku di atas rangkaian atau luar rangkaian. 

Transaksi atas rangkaian (On-chain transactions) merujuk kepada transaksi yang berlaku secara langsung dalam rantaian blok dan terus kekal pada rantaian blok untuk tujuan pengesahan di samping pengesahan oleh pelombong misalnya dalam kes of Bitcoin. Transaksi atas rangkaian lazimnya dikenali sebagai transaksi sahaja. 

Transaksi luar rangkaian (Off-chain transactions) pula berlaku di luar rantaian blok dan hanya direkodkan ke dalam rantaian blok kemudian. Transaksi ini dapat diberi pengesahan pada kadar segera dengan kos yang lebih rendah berbanding transaksi atas rangkaian memandangkan ia tidak perlu disahkan segera dalam rantaian blok. 

Sebagai contoh, apabila anda menghantar Bitcoin dari dompet Luno anda ke dompet Luno yang lain dengan menggunakan e-mel atau fungsi nombor sel, transaksi ini berlaku di luar rangkaian dan direkodkan dalam rantaian blok Bitcoin selepas itu. Sebaliknya jika anda menghantar kepada dompet penerima dalam platform dagangan yang lain, maka transaksi berkenaan adalah di atas rangkaian yang mana kos pemindahan adalah lebih tinggi dengan tempoh pengesahan yang panjang. 

Komuniti Bitcoin menyokong penyelesaian luar rangkaian seperti Rangkaian Lightning yang mampu mengurangkan kesesakan dalam rantaian blok Bitcoin dan sekali gus mengurangkan kadar fi serta pengesahan transaksi yang lebih pantas. Yang jelas, Rangkaian Lightning dan Protokol lapisan kedua yang lain akan terus memainkan peranan yang penting dari sudut mata wang Bitcoin dan mata wang kripto yang lain sebagai sumber alternatif kepada wang fiat. 

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0