Perkembangan hab perlombongan Bitcoin

Dari Texas hinggalah ke dataran liar di pedalaman Mongolia, terdapat berdozen-dozen kawasan di seluruh ceruk dunia yang anda boleh terserempat dengan tapak perlombongan Bitcoin. Namun begitu, tidak ramai yang memahami mengapa ‘ceruk’ begini merupakan tempat yang popular untuk pelombong dan mengapa tempat-tempat tersebut menyumbang kepada ketahanan rangkaian.
Dengan hab dan kadar hash kerap kali menjadi tajuk utama dalam berita, penting untuk kita ketahui mengapa pelombong memilih persekitaran begini, dan mengapa mereka juga sering berpindah.
Kenapa kita perlu melombong Bitcoin?
Bitcoin menggunakan mekanisme konsensus proof-of-work yang tidak diuruskan oleh mana-mana entiti pusat, tetapi sebaliknya, ia bergerak melalui proses pengkomputeran teragih yang dipanggil lombong. Melombong Bitcoin bukanlah seperti cara melombong emas (perlu memutarkan dulang di dalam air), tetapi sebenarnya perlombongan Bitcoin ini adalah satu perlumbaan untuk menyelesaikan masalah matematik spesifik yang digunakan untuk mengesahkan transaksi dan mengukuhkan rangkaian. Pengiraan jumlah kuasa oleh semua komputer dikenali sebagai kadar hash.
Pada awal pengenalan Bitcoin, perlombongan boleh dilakukan melalui komputer biasa yang digunakan di rumah. Tetapi apabila Bitcoin semakin diterima, soalan matematik yang perlu diselesaikan menjadi lebih sukar dan memerlukan perkakas komputer yang lebih berkuasa. Kini, gudang-gudang yang dipenuhi dengan supercomputer yang berkuasa tinggi digunakan untuk melombong Bitcoin.
Sebahagian besar pelombong berpindah ke China, disebabkan oleh harga elektrik yang mudah dan mempunyai ruang yang besar untuk mereka membina gudang. Pada September 2019, pelombong Bitcoin di China menyumbang kepada 76% daripada keseluruhan tenaga komputer dalam perlombongan matawang kripto, sehinggalah kerajaan China mula mengenakan tindakan keras terhadap pelaburan kripto.
Kebangkitan dan penghapusan tapak perlombongan di China
Pedalaman Mongolia merupakan salah satu hab perlombongan kripto terpenting di dunia, dan ia menyumbang 8% daripada semua pelombongan Bitcoin di dunia. Kawasan terpencil ini meliputi dataran utara Tibet hinggalah ke timur laut China – yang saiznya sebesar Afrika Selatan. Kawasan ini juga dipenuhi dengan lombong-lombong arang batu yang amat sesuai dengan perlombongan BTC. Tambahan pula, elektrik yang dijana oleh arang baru ini terlalui banyak sehinggakan pelombong kripto hanya membayar 2.60 sen bagi setiap kilowatt per jam (kWh) kepada Inner Mongolia’s Electric Power Trading Center, lima kali lebih murah daripada harga yang dikenakan pada penduduk perumahan biasa di Amerika Syarikat.
Kemudian pada May 2021, Parti Komunis Cina mula mengambil tindakan keras terhadap pelaburan Bitcoin dan pelaburannya, dan pada September tahun yang sama, mereka telah mengeluarkan larangan menyeluruh terhadap semua aktiviti kripto. Walaupun terdapat spekulasi mengatakan yang tindakan keras ini dilakukan untuk mencapai hasrat Beijing, atau untuk membuka laluan kepada CBDC, tindakan ini membuatkan beberapa komuniti kripto memanggilnya sebagai “migrasi pelombongan besar”.
Pelombongan tidak berpusat kembali
“Setiap hos perlombongan di barat yang saya kenal mendapat panggilan telefon bertubi-tubi,” kata Nic Carter, rakan pengasas bersama Castle Island Venture. “Pelombong Cina atau pelombong yang berada di China sedang melihat ke arah Asia Tengah, Eropah Timur, Amerika Syarikat dan Eropah Utara”.
Sifat Bitcoin yang tiada had bermaksud ia boleh dilombong dari mana-mana tempat di dunia. Selepas perlupusan aktiviti perlombongan di China, aktiviti perlombongan menjadi lebih tidak berpusat, mengkukuhkan lagi visi penciptanya, Satoshi Nakamoto. Menurut indeks Penggunaan Elektrik Bitcoin Cambridge, perlombongan Bitcoin kini dikongsi dengan lebih sama rata di seluruh dunia, kecuali Amerika Syarikat.
Anggaran kadar hash di Amerika Syarikat ialah 35.4% daripada pengeluaran global, dengan hab perlombongan tersebar di kebanyakan kawasan yang lebih digemari seperti Texas, New York dan Georgia.
Tetapi bagaimana AS berjaya untuk bersedia? Sebelum pelombong Bitcoin mula memenuhi Amerika Syarikat, banyak syarikat mula membuat keputusan jika mereka berpindah, adakah kawasan tersebut mempunyai infrastruktur yang mencukupi. Nasib berada di sebelah mereka, dan keputusan mereka dilihat berbaloi.
“Pelombong yang besar dan yang didagangkan secara awam mampu mengumpul modal dan membuat pembelian yang besar,” kata Mike Colyer, CEO Foundry. “Sebahagian besar daripada alatan baru yang dibuat dari Mei hingga Disember 2020 telah dihantar ke Amerika dan Kanada.”
Pandemik Covid-19 juga turut memberikan kesan. Walaupun beberapa ekonomi yang menerima impak negatif, perlombongan kripto di AS semakin berkembang.
“Semua pencetakan wang semasa pandemik bermaksud lebih banyak modal diperlukan untuk dikeluarkan,” kata jurutera perlombongan Bitcoin, Brandon Arvanaghi.
“Ramai orang sedang mencari tempat untuk meletakkan wang tunai mereka. Keinginan untuk pelaburan berskala besar, amatlah besar di sini. Ramai menemui solusinya dengan melabur terhadap perlombongan Bitcoin di luar negara China.”
Apakah tempat yang sesuai untuk melombong Bitcoin?
Bagi pelombong tradisional, mereka mencari mineral dan sumber-sumber asli untuk dikorek dari bumi. Tetapi bagi pelombong kripto, mereka akan mencari kawasan yang mempunyai undang-undang kripto yang positif, harga elektrik yang murah (atau terdapat lebihan elektrik yang boleh digunapakai) dan juga kelestarian. Tetapi, menurut Darin Feinstein, pengasas syarikat rantaian blok Blockcap dan Core Scientific, terdapat hanya satu sahaja langkah yang penting.
“Jika anda mencari tempat untuk memindahkan berjuta-juta dolar pelaburan keluar dari China, pastikan anda mempunyai kestabilan geografik, politikal dan jurisdikasi. Anda juga ingin pastikan yang ada wujudnya undang-undang perlindungan harta benda peribadi bagi aset yang dipindahkan.”
Oleh sebab itulah Amerika Syarikat menjadi pilihan popular: Texas menawarkan tenaga yang boleh digunakan semula, murah dan juga mempunyai undang-undang yang mesra terhadap masyarakat. New York pula walaupun kosnya sedikit mahal, tempat ini mempunyai banyak kilang-kilang yang kosong dan cuaca sejuk yang sesuai dengan perlombongan. Kentucky pula mempunyai undang-undang untuk pengecualian cukai bagi pengoperasian perlombongan.
Terdapat juga hab-hab di Amerika Utara – seperti yang paling dikenali, El Salvador. Mungkin kedengaran seperti filem James Bond, tapi sebenarnya, negara-negara Amerika Tengah mula menggunakan tenaga gunung berapi untuk menjana kuasa bagi pelombongan kripto. Kazakhstan juga dilihat sebagai salah satu hab perlombongan kripto, dan kini merupakan penyumbang kedua terbesar kadar hash – disebabkan oleh peraturan yang tidak ketat serta harga tenaga yang murah. Iceland juga turut serta, disebabkan oleh elektrik hidro dan juga tenaga geothermal – Bitcoin dilombong dengan lestari. Johannesburng juga tersenarai: walaupun grid kuasanya tidak stabil, ia menerima anggaran cahaya matahari selama 3182 jam setahun, menjadikan negara ini tempat yang paling sesuai untuk perlombongan BTC yang dijana oleh matahari.
Masa depan perlombongan Bitcoin
Seperti yang kita tahu, teknologi sentiasa berubah menjadi lebih baik. Perlombongan Bitcoin juga dilihat berpotensi untuk menjadi lebih mudah untuk diakses dan lebih bersifat mampan. Penciptaan yang memangkin kelestarian tenaga seperti ASIC (application specific integrated circuit) oleh Intel akan membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan kini sedang ditimbang tara oleh salah seorang pemain utama Bitcoin, Jack Dorsey. Pengasas dan bekas CEO Twitter ini sedang membina sebuah sistem perlombongan Bitcoin terbuka yang membolehkan perlombongan tersedia dengan mudah, boleh dipercayai, mempunyai prestasi dan bersifat lebih efisyen dalam penggunaan tenaga apabila dibandingkan dengan kadar hash yang tinggi. Peningkatan teknologi ini menjadikan perlombongan matawang kripto lebih tidak berpusat dan mengukuhkan keselamatan rangkaiannya.