Ringkasan Minggu Ini: Peruncit di Afrika Selatan mula menerima Bitcoin dan Google membuat pengumuman mengenai Solana

Volume Transaksi Adalah? Fungsi dan Contohnya

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Berita terbesar minggu ini

Peruncit terbesar di Afrika Selatan kini menerima Bitcoin

  • Pick n Pay; salah satu peruncit di Afrika Selatan yang mempunyai lebih dari 1,900 cawangan kedai di Afrika mula menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin. Projek ini berada dalam tahap perintis dengan penglibatan 39 unit cawangan di Afrika Selatan.
  • Pembayaran diproses pada Rangkaian Lightning, rangkaian layer-2 yang dibina di atas rantaian blok Bitcoin. Ini membenarkan rangkaian Bitcoin untuk diskalakan.
  • Untuk membayar dalam Bitcoin, pelanggan perlu memuat turun dahulu dompet Rangkaian Lightning – Muun, dan aplikasi CryptoQR oleh CryptoConvert.

Google Cloud menjadi pengesah Solana

  • Google mula bergerak di atas nod Solana untuk membantu mengesah dan melindungi rangkaian Solana.
  • Syarikat internet gergasi tersebut juga mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan perkhidmatan Blockchain Node Engine (Injin Nod Rantaian Blok) terhadap pembangun Solana dan pengendali nod awal tahun depan, iaitu perkhidmatan yang sama yang ditawarkan ke pengendali nod Ethereum.
  • Nod ialah komputer yang membantu mengesahkan rangkaian rantaian blok dan menyimpan salinan keseluruhan sejarah transaksi rangkaian.

Lebih banyak syarikat sedar akan potensi masa depan teknologi rantaian blok

  • 88% syarikat yang ditemubual dalam laporan terkini oleh Citygroup berkata yang syarikat-syarikat ini sedang aktif meneroka teknologi lejar teragih.
  • “Kami sedang mencari momentum yang lebih hebat dan tujuan dalam semua pembangunan pada industri ini,” ulas Okan Pekin, ketua perkhidmatan sekuriti di Citi.
  • Hampir 300 syarikat telah menyertai kertas putih Evolusi Perkhidmatan Sekuriti (Securities Services Evolution).

JP Morgan melaksanakan dagangan DeFi secara langsung yang pertama pada rantaian blok awam

  • Syarikat gergasi perbankan global tersebut telah mendagangkan Dollar Singapura yang telah ditokenkan ke Yen Jepun. Projek ujikasi ini juga telah melibatkan pembelian dan penjualan bon kerajaan yang telah ditokenkan. 
  • DBS Bank dan SBI Digital Asset Holdings juga terlibat dalam projek perintis ini, yang dilaksanakan pada rangkaian Ethereum Layer-2, Polygon.
  • Teknologi rantaian blok dan kontrak pintar membenarkan transaksi kewangan untuk dilaksanakan secara terus di antara pihak-pihak yang terlibat tanpa orang tengah. Projek perintis ini menunjukkan yang transaksi di antara matawang bagi aset yang telah ditokenkan boleh didagang, dijelaskan dan diselesaikan dengan pantas.

Bacaan panjang

Apa itu Rangkaian Lightning?

Peruncit menggunakan Rangkaian Lightning untuk memasukkan pembayaran Bitcoin ke dalam operasi mereka, tetapi apakah sebenarnya Rangkaian Lightning dan apakah kesannya pada masa depan Bitcoin? Mari baca artikel ini.


Rangkuman prestasi dan angka

1 juta – Rangkaian Lightning Bitcoin boleh memproses sehingga 1 juta transaksi per saat (tps). Tanpa Rangkaian Lightning, rangkaian Bitcoin hanya boleh menguruskan lebih kurang 7 tps.

140% – Harga Dogecoin pada minggu lepas meningkat lebih dari 140% selepas Elon Musk menghantar gambar anjing memakai baju Twitter melalui ciapan di Twitter.

134 – Jumlah stablecoin yang wujud buat masa ini.

12.28% – Ethereum mengatasi Bitcoin dengan lebih dari 12% pada bulan Oktober.


Kapsul Masa Kripto

Hampir 10 tahun berlaku dan tiada siapa dapat membayangkannya…


Trivia Kripto

Satoshi Nakamoto berhenti dari menyumbang kod kepada Bitcoin pada tahun 2011, dan meninggalkan pembangunan matawang kripto yang asli ini ke dalam tangan pembangun Bitcoin lain, yang dari sejak itu telah menyumbangkan kod. Anda boleh melihat sumbangan mereka di sini.


Berbaloi untuk ditonton

Pengasas Cardano, Charles Hoskinson menunjukkan bagaimana komputer yang hanya dibeli di kedai komputer boleh memperkasakan sistem kewangan global.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0