Ringkasan Minggu Lepas: Bank tradisional kini mula bekerjasama dengan kripto dan jutawan-jutawan kripto mula bersuara

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat.  

Berita terbesar minggu lepas

Terus BUIDL walaupun industri sedang mengalami musim sejuk kripto, menurut Morgan Stanley

  • Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat.  
  • Ini merupakan respon dari peserta dalam laporan pasaran terkini oleh Morgan Stanley.
  • Bank masih lagi kurang jelas mengenai berapa lama lagi keadaan pasaran terkini ini akan terus berlaku, tetapi fokus mereka masih kekal untuk membina infrastruktur aset digital untuk masa depan.

Kerjasama di antara Polygon dan CV Labs berhasrat untuk menjana penerimaan terhadap rantaian blok di Afrika

  • CV Labs dan Polygon, berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat di Afrika dan memulakan perbincangan dengan kerajaan di Afrika mengenai manfaat melabur dalam syarikat startup dan potenti teknologi rantaian blok.
  • Polygon berhasrat untuk membantu syarikat-syarikat startup di Afrika mendapatkan akses ke sumber-sumber dan dana untuk membolehkan mereka melebarkan lagi syarikat mereka. Polygon bekerjasama dengan CV Labs, sebuah syarikat yang ingin membolehkan syarikat korporat dan badan-badan kerajaan untuk bereksperimen dengan teknologi rantaian blok.
  • Polygon ialan scaling network yang membantu meringankan beban transaksi pada rantaian blok Ethereum dan berasal dari kumpulan sama yang dipanggil solusi layer-2 atau side-chain. Secara teknila, Polygon mempunyai fungsi yang sama seperti Ethereum tetapi kos transaksi adalah lebih murah di Polygon disebabkan kelajuan pemprosesannya yang laju.

Tokenisasi akan menjadi perkara utama seterusnya, kata CEO BlackRock

  • Larry Fink, CEO bagi firma pelaburan BlackRock berkata, langkah evolusi pasaran sekuriti seterusnya — termasuklah saham, bon dan ETF, ialah tokenisasi aset-aset tersebut.
  • Proses tokenisasi ini membolehkan sekuriti didagangkan pada rantaian blok. Menurut Fink, proses ini akan menghasilkan “penyelesaian segera” dan “pengurangan fi”.
  • Tokenisasi ini bermaksud sebarang aset di masa hadapan boleh didagangkan pada lejar awam.

Brazil bersetuju dengan pembayaran melalui Bitcoin

  • Penggubal undang-undang bersetuju untuk menjadikan Bitcoin sebagai medium pembayaran dan pelaburan bagi negara tersebut
  • Undang-undang baru tersebut sedang menyediakan rangka kerja kawal selia yang kukuh untuk industri matawang kripto di Brazil. 
  • Namun begitu, ia tidak bermaksud yang Bitcoin menjadi tender sah.

Goldman Sachs sedang mencari syarikat matawang kripto untuk melabur

  • Syarikat pelaburan gergasi, Goldman Sachs berhasrat untuk melabur ke dalam syarikat matawang kripto.
  • Bank-bank besar kini melihat kripto sebagai peluang untuk terus kekal maju dalam pasaran yang semakin sukar, menurut Mathew McDermott, Ketua Pegawai Aset Digital Goldman Sachs, kepada Reuters. 
  • Minat syarikat gergasi tersebut terhadap matawang kripto menunjukkan pandangan jangka panjang bank terhadap matawang kripto.

Bacaan panjang

Adakah matawang kripto dilihat sebagai sekuriti atau bukan sekuriti? Pihak kawal selia juga tidak pasti dengannya pada tahap ini, tetapi apakah maksudnya apabila mereka mengatakan yang Bitcoin merupakan token bukan sekuriti? Baca lagi di sini.


Rangkuman prestasi dan angka

950,000 – Jumlah dompet Bitcoin yang dilaporkan memegang sekurang-kurangnya 1 Bitcoin pada minggu lepas. Paling tertinggi pernah direkodkan.

$327.070 billion – Jumlah pasaran modal Bitcoin pada artikel ini ditulis, menyumbang lebih dari satu pertiga dari keseluruhan pasaran modal bagi semua matawang kripto.

21,954 – Jumlah matawang kripto yang wujud sekarang.

274,064 – Jumlah transaksi harian Bitcoin pada minggu lepas.

490,644 – Jumlah transaksi pada 14 Disember 2017, ketika meletusnya trend kripto pada tahun tersebut.


Kapsul masa kripto

Dulu dan Sekarang


Trivia Kripto

Apa itu halving dan apa kaitannya terhadap harga Bitcoin?

Analisis Teknikal untuk Persiapan Trading

Pelombong – individu dan syarikat yang menggunakan komputer mereka untuk mengesahkan transaksi pada rangkaian Bitcoin, menerima ganjaran apabila mereka berjaya mencipta Bitcoin yang baru. Namun pada setiap empat tahun, ganjaran ini akan diseparuhkan (half).. oleh sebab itulah peristiwa ini dipanggil halving.

Peristiwa ini diadakan untuk mengelakkan lonjakan nilai Bitcoin.

Selepas 365 hari halving pertama dilakukan pada tahun 2012, harga Bitcoin melonjak lebih dari 8,000%. Pada tahun 2016 selepas halving kedua dilakukan dan harga Bitcoin meningkat ke 284%. Setahun selepas halving terakhir (2020), nilai Bitcoin melonjak ke 559%

Peristiwa halving seterusnya dijangka akan berlaku pada awal 2024.


Berbaloi untuk ditonton

Mengapa harga Bitcoin menunjukkan turun naik yang ketara? Tonton video ini untuk lebih maklumat.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0