Ringkasan Minggu Lepas: Bitcoin mencapai $25k, dan reaksi luar jangkaan terhadap data inflasi terbaru

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.
Berita menarik
🌽 Bitcoin mencapai harga $25,000 untuk kali pertama sejak Jun tahun lepas
- Penganalisa pasaran berpendapat kejatuhan tiba-tiba harga Bitcoin pada minggu lepas merupakan salah satu sebab harganya melonjak sehingga $25k – merupakan kenaikan pertama sejak Jun 2022.
- Kejatuhan tiba-tiba atau short squeeze ini terjadi apabila pelabur yang telah melabur pada sesuatu aset – contohnya Bitcoin, terpaksa membeli lebih Bitcoin untuk menampung kerugian mereka. Ini menyebabkan harga Bitcoin naik tiba-tiba.
- Harga Bitcoin kembali kekal di sekitar $24,5000 sehari selepas lonjakan tersebut.
- Baca lagi mengenai asas-asas Bitcoin ✨ DI SINI.
📈 Pasaran kripto terus meningkat walaupun data terbaru inflasi di luar jangkaan
- Kos barang-barang runcit di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 0.5% pada Januari, menurut data Indeks Harga Pengguna (CPI). CPI ialah ukuran bagi purata perubahan harga barangan runcit dan perkhidmatan yang biasanya dibeli oleh pengguna domestik dan sebagai petunjuk utama bagi inflasi. CPI adalah salah satu petunjuk utama bagi Federal Reserve membuat pertimbangan terhadap kenaikan kadar faedah.
- Nilai CPI kali ini dilihat lebih tinggi dari jangkaan, yang dulunya telah menyebabkan pelabur menjual aset-aset yang berisiko seperti kripto dan saham. Namun begitu, pada kali ini, harga Bitcoin terus meningkat naik dari $21,000 sehingga lebih $24,000 pada hujung minggu.
- Inflasi yang lebih tinggi bermaksud Federal Reserve mungkin perlu terus dengan kenaikan kadar faedah yang agresif pada masa depan, dengan tujuan untuk terus ‘menyejukkan ekonomi’ dan mengurangkan potensi perbelanjaan pengguna.
🔐 Hong Kong merancang untuk memperkenalkan pasaran kripto kepada pelabur runcit
- Hong Kong mencadangkan kelonggaran terhadap halangan pelabur runcit daripada membeli kripto melalui platform yang berlesen.
- Pengawal selia mencadangkan agar pelabur dibolehkan untuk membeli matawang kripto yang bermodal tinggi.
- Cadangan kelonggaran ini selari dengan hasrat kerajaan Hong Kong untuk menjadikan negara tersebut pusat kewangan bagi aset digital, menurut The Block.
🥁 Napster datang lagi, kini bersama Web3
- Mari imbau nostalgia anda di cyber cafe – Napster, rangkaian perkongsian muzik popular pada awal tahun 2000. Setelah 23 tahun, Napster baru-baru ini telah menyertai Web3 selepas syarikat ini membeli dan mengambil alih Mint Song, sebuah platform yang membantu penggiat seni membina komuniti di Web3, mint lagu dan menawarkan seni-seni eksklusif kepada peminat.
- Syarikat rantaian blok Algorand dan firma pelaburan kripto Hivemind telah membeli Napster pada tahun lepas untuk “merevolusikan industri muzik menerusi rantaian blok dan Web3 kepada artis dan peminat,” seperti yang dilaporkan oleh Blockworks.
- “Napster melihat yang ia boleh menjadi rakan kongsi yang terbaik untuk membawa banyak fungsi dan model perniagaan baru ke mainstream di bawah jenama ikonik,” menurut Jon Vlassopulos, CEO Napster.
Tambah pengetahuan anda
“Pengusiran aktiviti perlombongan Bitcoin dari Kazakhstan telah menjadikan rangkaian ini jauh lebih hijau.”
Wartawan Bitcoin Magazine mendedahhkan bagaimana pengusiran perlombongan Bitcoin daripada hab perlombongan terbesar di dunia membantu Bitcoin membersihkan namanya. BACA LAGI.
Prestasi angka kripto
30.9% – Harga Bitcoin meningkat lebih dari 30% berbanding 6 bulan lepas.
-1.42% – SP500 menurun lebih dari 1% sejak 6 bulan lepas.
19.3 million – Jumlah Bitcoin dalam aliran – bekalan Bitcoin terhad pada 21 juta unit.
195% – Unjuran kadar inflasi di Venuzuela bagi tahun 2023, antara yang tertinggi di dunia.
70% – Market share bagi Uniswap (UNI) dalam ruangan bursa tidak berpusat. Harga UNI meningkat sebanyak 26% sejak 6 bulan lepas.
Kapsul masa kripto
Kitaran Bitcoin datang dan pergi.
Crypto trivia

Kemaskini Shanghai ialah kemas kini utama yang pertama bagi Ethereum selepas berlakunya the Merge pada September tahun lepas. Kemaskini ini membolehkan pengguna mengeluarkan Ethereum yang ditaruh pada dompet taruhan (staking wallet) yang telah dikunci selepas peristiwa the Merge.
Berbaloi untuk ditonton
Manfaat pelaburan masa panjang.