Ringkasan Minggu Lepas: Ethereum mengalami deflasi untuk kali pertama dan Google kini menerima kripto

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat.
Berita terbesar minggu ini
Kesan dari the Merge, bekalan Ethereum kini mengalami deflasi

- Matawang kripto bagi Ethereum, Ether, mengalami deflasi untuk kali pertama sejak rangkaian Ethereum bertukar dari proof-of-work ke proof-of-stake.
- Model baru proof-of-stake yang digunakan ini telah mengurangkan penciptaan koin baru sebanyak 90%.
- Pengurangan ini menyebabkan deflasi, bermaksud pelabur akan melihat Ether sebagai aset yang sukar didapati, sama seperti emas atau Bitcoin.
Google Cloud kini menerima kripto

- Pada minggu lepas, Google telah mengumumkan yang ia akan mula menerima pembayaran melalui kripto bagi perkhidmatan cloud.
- Antara matawang kripto yang akan diterima sebagai pembayaran ialah Bitcoin, Bitcoin Cash, DAI, Ethereum, Litecoin, Dogecoin dan USD Coin.
- Pada peringkat awal, saluran pembayaran kripto hanya terhad pada syarikat yang terpilih dari industri kripto dan Web3.
Uniswap berjaya mendapatkan dana DeFi terbesar buat masa ini

- Jumlah nilai Uniswap sekarang telah mencecah $1.66 billion, merupakan rekod baru bagi dana yang diperolehi oleh syarikat DeFi. Tukaran tidak berpusat itu telah berjaya mendapatkan dana sebanyak $165 juta, jumlah yang terbesar pernah direkodkan bagi syarikat DeFi.
- “Uniswap telah berkembang dan menjadi sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan,” kata Hayden Adams, pengasas Uniswap. Beliau juga menambah yang protokol bagi Uniswap “telah menjadi infrastruktur awam kritika untuk penukaran nilai digital.”
- Asest sebanyak $1.2 trillion telah didagangkan di Uniswap sejak pelancarannya tiga tahun lepas.
Bank tertua di AS mengumumkan sokongan terhadap kripto

- Bank tertua di AS, BNY Mellon, membuat pengumuman minggu lepas bahawa mereka akan menyediakan perkhidmatan penjagaan (custodian services) bagi Bitcoin dan Ethereum pelanggan mereka.
- Bank tersebut akan menawarkan perkhidmataan penjagaan-sahaja (custody-only) pada pelanggan mereka.
- Untuk peringkat awal, BNY Mellon hanya akan menawarkan perkhidmatan ini kepada beberapa firma pelaburan yang terpilih.
Bacaan Panjang
Bagaimana inflasi dan kadar interest memberi kesan terhadap pasaran matawang kripto

Inflasi merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita. Harga gas, harga barang, harga makanan.. semuanya terkesan. Namun begitu, bagaimanakah ia memberi kesan terhadap pelaburan kripto? Mari kami terangkan.
Rangkuman prestasi dan angka
27.5% – Peratus penurunan indeks SP500 dari nilai all-time-high. Untuk konteks, indeks ini menurun lebih dari 40% ketika buih Dot-com pada tahun 1990-an dan hampir 60% ketika Great Recession pada tahun 2008.
4,000 – Bekalan Ether berkurangan sebanyak 4,000 koin pada minggu lepas apabila bekalan mengalami deflasi untuk kali pertama.
0.4% – Indeks Harga Pengguna (CPI), petunjuk utama bagi inflasi di AS, meningkat sebanyak 0.4% pada September.
$837.9 billion – Volum dagangan pada tukaran kripto meningkat pada Khamis minggu lepas berikutan dari pengumuman angka CPI terbaru, mencanak ke tahap $837.9 billion, berbanding purata 30-hari sebanyak $491.6 billion.
Kapsul masa kripto
Sekitar Oktober 2015, Ethereum meningkat sebanyak 40% dalam sehari 👀
Trivia kripto
Siapa yang mencipta Proof-of-Work?
Sebelum Bitcoin mula menggunakan proof-of-work sebagai kaedah untuk mengesahkan transaksi pada rantaian blok Bitcoin, Moni Naor dan Cynthia Dwork telah mencipta proof-of-work untuk melindungi rangkaian dari emel spam dan serangan denial-of-service.
Berbaloi untuk ditonton
Lihat bagaimana momen penting Pound Sterling dan pergerakkannya sepanjang kurun lepas.