Ringkasan Minggu Lepas: Halving dan impaknya terhadap harga Bitcoin, serta default hutang di US meningkat

PayPal miliki kripto senilai Rp14 triliun

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

🦅 Semakan default dan siling hutang di AS 

  • Kerajaan Amerika Syarikat sedang segera untuk meluluskan undang-undang yang membolehkan mereka menerbitkan lebih hutang untuk memenuhi pembayaran semula hutangnya dalam beberapa bulan depan.. 
  • Janet Yellen sebagai Setiausaha Bendahari mengatakan yang AS kemungkinan tidak dapat memenuhi semua pematuhan pembayaran kerajaan AS seawal Jun tanpa peningkatan kadar siling hutang, dan ini mungkin akan menyebabkan AS dianggap default buat pertama kalinya. 
  • “Peningkatan atau penggantungan last minute terhadap had hutang boleh menyebabkan kesan buruk terhadap syarikat dan keyakitan pengguna, dan meningkatkan kos peminjaman jangka pendek bagi para pembayar cukai, serta memberikan impak negatif terhadap rating kredit Amerika Syarikat,” kata Yellen.

🫰 PayPal perlu membayar hampir $1 bilion dalam bentuk kripto dalam kunci kira-kira

  • Dalam pengisian suku tahun kepada Securities and Exchange Commission (SEC), syarikat pembayaran gergasi PayPal mendedahkan terdapat kripto bernilai $1 bilion dalam akaunnya – dalam bentuk deposit pelanggan.
  • Ini merupakan peningkatan sebanyak $339 juta dalam aset kripto pelanggan berbanding akhir tahun lepas.
  • Jumlah ini juga merupakan hasil daripada syarikat tersebut membuat keputusan untuk menyertai industri kripto.

🫘 Bagaimana pekebun kacang soya boleh memanfaatkan matawang digital

  • Visa dan syarikat multi-nasional lain seperti Microsoft kini senang membina prototaip untuk menyediakan pekebun dengan akses yang lebih cepat dan besar terhadap kumpulan-kumpulan pelabur.
  • Dengan menggunakan fungsi tokenisasi serta kontrak pintar pada Ethereum — yang mana akan dilaksanakan apabila syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelumnya dipenuhi, pelabur dan pekebun boleh mengurangkan risiko antarapihak dan mengoptimumkan penggunaan modal.
  • “…Kami boleh membantu dalam penggunaan matawang digital dalam dunia nyata — dalam kes ini, membolehkan pekebun kacang soya untuk mencipta dan membida secara global, kontrak yang telah ditokenkan pada rantaian blok Ethereum, serta pada masa yang sama, menggunakan pelbagai bentuk wang sebagai perantara,” menurut Catherine Gu, Ketua Global CBDC Visa.

🌇 UK perlu menerima perubahan dalam pembayarannya, menurut menteri perkhidmatan kewangan

  • Dalam sesi think tank pada Rabu lepas, Andrew Griffith, Setiausaha Ekonomi kepada Bendahari mengatakan yang UK kini hampir dengan penggunaan Pound digital.
  • “Kami tidak akan membuang masa mendapatkan konsultasi jika kami tidak merasakan yang usaha ini semakin hampir. Pastinya bukan hari ini, tetapi semakin dekat dengan tahap yang ia menjadi ‘bila’ berbanding ‘jika’,” menurut Griffith pada satu majlis yang dibawakan oleh OMFIF.
  • “Kami melihat Pound digital mempunyai peranan sama dengan Pound fizikal, jenis wang yang selamat dan dipercayai,” kata Griffith. Stablecoin yang disandarkan dengan matawang fiat berkemungkinan akan menjadi permulaan pada pelancaran Pound digital, dan akan dikawal selia oleh undang-undang yang sedang diluluskan dalam Parlimen.

Bacaan panjang

Setahun lagi sebelum halving, apakah kesannya terhadap harga Bitcoin? 

Setiap empat tahun, ganjaran Bitcoin yang dibayar kepada pelombong akan dipotong separuh untuk memastikan nilai Bitcoin tidak terhakis. BACA DI SINI untuk mengetahui bagaimana peristiwa halving ini memberikan impak besar terhadap harganya.


Rangkuman prestasi dan angka

🏦 55 – Jumlah bank mesra-kripto di Eropah, menurut kajian oleh Coincub. 

🔻 23 – Jumlah bank mesra-kripto yang dilaporkan di US, diambil daripada data yang sama. 

💰 47,110  – Jumlah alamat ETH yang memiliki lebih dari 100 ETH. 

🤖 $100 juta – Jumlah yang berjaya dikumpul oleh projek kripto Worldcoin Sam Altman. Beliau merupakan salah seorang individu pintar dalam pembinaan ChatGPT.

✍️ $69,000 – Peristiwa halving BItcoin terakhir memperlihatkan bull run yang memberikan rekod tertinggi baru bagi Bitcoin.


Kapsul masa kripto


Trivia kripto

Adakah anda mengetahui perbezaan kripto pembayaran dengan kripto utiliti? BACA LAGI di sini untuk mengetahui jenis-jenisnya berdasarkan kes penggunaan.

Did you find this useful?

1
0