Ringkasan Minggu Lepas: Impak Terbesar dalam Dunia Kripto

Sorotan berita, angka dan peristiwa industri kripto minggu lepas.

Berita terbesar minggu lepas
Negara-negara membangun mengungguli carta bagi penerimaan kripto oleh Chainalysis, manakala bursa saham Nasdaq mendedahkan rancangan untuk terus melebarkan capaiannya ke dalam pasaran matawang kripto, tetapi bukan dari apa yang anda fikirkan. Michael Saylor, mega-whale Bitcoin menambah lagi Bitcoin ke perbendaharaan MicroStrategy.

Bacaan berita panjang
Kemaskini The Merge sudah selesai, jadi apa yang akan berlaku seterusnya?

Rangkuman angka dan prestasi
Di manakah kedudukan Amerika Syarikat dalam penerimaan kripto?

Kapsul masa kripto
Rakan seperjuangan Satoshi membuat ciapan mengenai Bitcoin untuk kali pertama.

Trivia Kripto
Apakah hard fork Vasil dan bagaimana ia berkait dengan Cardano?

Berbaloi untuk didengar
Podcaster Bitcoin, Peter McCormack berbincang mengenai cabaran menjalankan perniagaan dengan Bitcoin bersama tetamu Tibor Ballai, pengasas bersama dan CTO Fortris, dan bagaimana perkara ini akan menjadi langkah seterusnya dalam kitaran penerimaan.


Berita terbesar minggu lepas

Negara manakah yang mengungguli penerimaan kripto global?

Indeks Penerimaan Kripto Global 2022 yang terbaru oleh Chainalysis menunjukkan negara-negara membangun sedang menerajui penerimaan matawang kripto.

Vietnam berada di tempat pertama bagi penerimaan kripto, manakala Filipina di tangga kedua. Amerika Syarikat berada di tempat kelima, dan UK di tempat ke-17.

Dari senarai semua negara 20 teratas, sepuluh daripadanya dianggap sebagai negara berpendapatan rendah-pertengahan, lapan adalah dari negara berpendapatan pertengahan dan baki dua lagi negara adalah berpendapatan tinggi. Tahap pendapatan ini adalah berdasarkan kategori oleh Bank Dunia.

Para pengkaji memandang lebih jauh dari sekadar volum transaksi dan kini lebih berfokuskan kepada dimana sebenarnya pengguna meletakkan sebahagian besar wang mereka dalam matawang kripto.

Bursa saham terbesar Amerika Syarikat memasuki ruang jagaan institusi kripto

Mengenal Arti Pump dan Dump dalam Dunia Cryptocurrency

Bursa saham Nasdaq di Amerika Syarikat sedang menyediakan tawaran kepada klien institusi platform yang selamat untuk menyimpan pelaburan matawang kripto mereka.

Pelancaran unit tersebut menjadi asas kepada fokus Nasdaq untuk memudahkan penyertaan institusi yang lebih besar dalam aset digital, berdasarkan kenyataan media mereka.

Ini telah membentuk sebahagian dari bursa tersebut menjadi penyedia perkhidmatan pada ruangan kripto, berbanding memudahkan dagangan matawang kripto.

Michael Saylor meletakkan wang di ciapannya

Pengasas MicroStrategy dan salah seorang whale Bitcoin terbesar, menambah lagi 301 unit Bitcoin pada perbendaharaan syarikat, yang kini berjumlah 130,000 unit Bitcoin.

Saylor merupakan pelabur Bitcoin veteran dan masih terus membeli lebih banyak Bitcoin walaupun telah menghadapi kerugian jangka pendek pada keseluruhan pelaburannya. Komuniti Bitcoin memuji tindakan Saylor tetapi turut mengundang beberapa kritikan terhadap pesaingnya.

Satu langkah kehadapan bagi pengawal selia kripto di Amerika Syarikat

Satu undang-undang yang dicadangkan oleh Kongres dimana Commodity Futures Trading Commission (CFTC) akan dilantik sebagai pengawal selia utama untuk mengawasi pasaran kripto di Amerika Syarikat mendapat sambutan disamping penggubal undang-undang di Dewan Rakyat memperkenalkan bil sokongan di Senat.

Untuk satu undang-undang dilulusan di Amerika Syarikat, ia perlu melalui Senat dan Dewan Rakyat.

Ramai yang menjangkakan CFTC akan menjadi pengawal selia yang lebih membantu berbanding Securities and Exchange Commission (SEC), badan yang gagal mengawal matawang kripto sebelumnya.


Bacaan panjang

*Nota: Artikel ini hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja.


Rangkuman angka dan prestasi

5 – Kedudukan Amerika Syarikat dalam Indeks Penerimaan Kripto Global 2022 oleh Chainalysis, di belakang Vietnam dan Filipina.

91% – Peratus Bitcoin yang telah dikeluarkan, terhad sehingga 21 juta Bitcoin sahaja.

$167 billion – Modal pasaran Ethereum

$150.67 billion – Modal pasaran Nike


Kapsul masa kripto

Hal Finney membuat ciapan mengenai rangkaian Bitcoin untuk kali pertama.


Trivia kripto

Cardano

Apa itu kemaskini Vasil?

Kemaskini terbaru rangkaian Cardano bertujuan untuk menambahbaik kebolehlebaran rangkaian tersebut dan meningkatkan keupayaan kontrak pintarnya. Kemaskini ini dilihat sebagai permulaan era baru Cardano.

Berbaloi untuk didengar

Podcaster Bitcoin, Peter McCormack dan tetamunya, Tibor Ballai, membincangkan mengenai cabaran menjalankan perniagaan dengan Bitcoin, dan mengapa ini merupakan langkah seterusnya dalam kitaran penerimaan.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0