Ringkasan Minggu Lepas: Impak terbesar dalam industri kripto

Sorotan dari berita, angka dan peristiwa yang berlaku pada industri kripto.
- Berita terbesar minggu ini
Waran telah dikeluarkan untuk penangkapan Do Kwon. Norway telah menjalankan ujikaji terhadap matawang digital bank pusatnya terhadap Ethereum, manakala matawang kripto tersebut telah berjaya berubah dari proof-of-work ke proof-of-stake. Perkhidmatan messenger kewangan terbesar sedang mencari jawapan dalam teknologi rantaian blok.
- Ringkasan berita panjang
Polis Korea Selatan telah mengeluarkan waran tangkap bagi Do Kwon, yang merupakan pengasas bersama stablecoin Terra Luna (yang gagal). Dari mana asal usul silap Do Kwon?
- Rangkuman angka dan prestasi
Adakah Ethereum sedang berubah menjadi deflasi?
- Kapsul masa kripto
Dompet Bitcoin pada MacBook anda?
- Trivia Kripto
Mengapa matawang kripto natif bagi Cardano dipanggil ADA?
- Berbaloi untuk ditonton
Kemaskini The Merge diterangkan dengan mudah.
Berita terbesar minggu ini
Bank Pusat Norway menjalankan ujikaji CBDC yang dibina di atas rangkaian Ethereum

Norges Bank iaitu Bank Pusat Norway, telah mengeluarkan versi ujikaji matawang digital bank pusat (CBDC) yang dibina di atas rangkaian Ethereum.
Bank tersebut bekerjasama dengan Nahmii, syarikat yang menyediakan teknologi yang memanfaatkan rangkaian Ethereum, sama seperti Rangkaian Lightning yang menggunakan rangkaian Bitcoin untuk tujuan pelebaran.
Projek ini sedang dalam proses ujikaji kes penggunaan (use case) pengurusan token asas, termasuklah minting, burning dan memindahkan token ERC-20.
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas bersama Terra Luna

Do Kwon, pengasas bersama Terraform Labs, syarikat yang membangunkan stablecoin Luna (yang telah gagal), kini dikehendaki oleh penguatkuasa Korea Selatan. Waran penangkapan tersebut turut menamakan lima individu lain, yang mana kesemua mereka didakwa melanggar Akta Pasaran Modal.
Terdapat khabar angin bahawa Kwon sekarang sedang melarikan diri, tetapi beliau telah menghantar satu ciapan di mana beliau sedang bekerjasama dengan para penguatkuasa.
Sistem pembayaran SWIFT sedang mempertimbangkan penggunaan rangkaian blok

SWIFT, sistem permesejan kewangan yang digunakan oleh bank dan syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima duit berskala global, sedang berusaha untuk menambahbaik kecekapan dari segi komunikasi terhadap peristiwa korporat yang signifikan, termasuklah pembayaran dividen dan merger menggunakan teknologi rantaian blok.
Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia atau The Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT), kini bekerjasama dengan syarikat rantaian blok Symbiont untuk menambahbaik bagaimana maklumat akan dikongsi pada platform tersebut.
Kemaskini Merge kini berlaku

Selepas ujikaji selama enam tahun, kemaskini the Merge terhadap Ethereum berlaku pada minggu lepas tanpa sebarang masalah.
“Tiada perkataan yang boleh diucapkan kepada pembangun, pengkaji, para koordinator dan semua individu yang menjadikan [kemaskini the Merge] berlaku.
Kemaskini ini merupakan usaha yang amat hebat untuk mengubah rantaian blok yang telah menggunakan PoS (Proof-of-Work) tanpa pengguna akhir menyedari atau perlu membuat apa-apa.
Amat hebat. Cheers.” — terjemahan ciapan oleh @econoar
“[Kemaskini the merge] merupakan harapan bagi ekosistem Ethereum sejak dari mula ia dibangunkan lagi. Kami bermula dengan kajian proof-of-stake dengan hantaran blog mengenai Slosher pada Januari 2014,” kata pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin ketika tontonan bersama the Merge.
Kemaskini ini menjanjikan pelebaran, keselamatan dan kemampanan yang ditambahbaik bagi Ethereum untuk jangka masa panjang.
Bacaan panjang
Nota: Bacaan ini tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja.
Rangkuman angka dan prestasi
2,365 – Jumlah ETH yang dikeluarkan tiga hari selepas the Merge, menurut Ultrasound.money.
42,691 – Jumlah ETH yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama jika menggunakan proof-of-work
106 juta – Anggaran jumlah pemilik Bitcoin di seluruh dunia
97 – Jumlah negara dan bank negara masing-masing yang sedang sedang meneroka matawang digital bank berpusat, lebih dari separuh bank pusat di seluruh dunia.
Kapsul masa kripto
Lihat, bagaimana masa merubah kripto.
“Hmmm.. ada sesiapa tahu bagaimana untuk melakukan backup bagi dompet BitCoin anda pada Mac[Book]? #lazyweb” — terjemahan ciapan @6loss
Trivia kripto

Bagaimana ADA mengADAkan namanya?
ADA, matawang kripto bagi Cardano, dinamakan sempena Ada Lovelace, pakar matematik yang hidup pada tahun 1800an. Beliau dianggap sebagai pemprogram komputer pertama dimana beliau membayangkan satu algoritma yang boleh dilaksanakan oleh mesin.
Berbaloi untuk ditonton
The Merge dengan penerangan mudah
Nota: Video ini tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja
“Minggu the Merge sudah tiba! Masa untuk ulangkaji 💡
Apakah motivasi utama di sebalik the Merge? ⬇️” — terjemahan ciapan oleh @finematics