Ringkasan Minggu Lepas: Impak terbesar dari industri kripto

Berita, angka dan kejadian minggu lepas.

Berita terbesar minggu ini

Perkembangan NFT kelihatan agak perlahan tetapi pembangunan terus diteruskan oleh firma teknologi, Telegram mengumumkan kemungkinan mereka akan membangunkan platform NFT pada aplikasinya. Australia sedang dalam usaha menggerakkan kawal selia kripto di negaranya dan inflasi terus memberi kesan negatif terhadap bank pusat.

Ringkasan berita panjang

Apa sebenarnya berlaku pada insiden godaman kewangan Slope? Penyerang mungkin mempunyai akses mudah terhadap kunci yang membuka server Slope.

Rangkuman angka dan prestasi 

Kekayaan Mt. Gox, bug bounty Ethereum dan banyak lagi.

Kapsul masa kripto

Pada lima tahun dahulu, rangkaian Bitcoin berpecah buat kali pertama.

Trivia kripto

Apakah yang membawa kepada penciptaan Ethereum Classic?

Berbaloi untuk didengar

Wartawan kripto, Laura Shin, berbincang dengan Travis Kling mengenai bagaimana Ethereum akan berubah selepas Merge.


Berita minggu ini 

Telegram mempertimbangkan untuk melancarkan platform jual beli NFTBlockchainNews
Telegram telah memberi bayangan untuk membangunkan platform jual beli token tidak sepiawai (NFT).

Australia mendedahkan peraturan kripto paling berinovasi di duniaDecrypt
Negara-negara global terus merangka kawal selia dalam usaha mengesahkan penggunaan kripto dan memacu penerimaan terhadapnya. 

Rakyat Brazil akan mendapat akses kad pra-bayar yang membayar 5% Bitcoin secara cashback Bitcoin Magazine
Pengguna di Brazil kini layak mendapatkan cashback Bitcoin sehingga 5% sebagai salah satu manfaat daripada kerjasama di antara perkhidmatan kripto dan Visa.

Inflasi akan memberi impak besar terhadap duniaReuters
Pakar kewangan telah memberi amaran bahawa peperangan terhadap inflasi akan mengambil masa yang agak lama, tetapi kesan daripada situasi sukar ini akan menjadi berbaloi pada masa hadapan.


Bacaan Panjang

Kami telah meringkaskan berita-berita menarik kepada bentuk yang lebih mudah difahami tetapi terdapat beberapa topik yang memerlukan sedikit penerangan. Berita-berita dibawah adalah untuk pembaca yang gemar mengetahui penerangan lanjut tentang kandungan berita.

Apa sebenarnya berlaku pada insiden godaman Slope?

Pada awal Ogos, sekumpulan penggodam telah berjaya mencuri kripto bernilai $4.1 juta dari dompet Solana. Kejadian tersebut terus dikesan berlaku di syarikat kewangan Slope.


Rangkuman angka dan prestasi 

$250,000 – Amaun Ethereum yang ditawarkan kepada pembangun sebagai bug bounty – pembangun komputer akan mendapat ganjaran jika mereka boleh mengesan sebarang pepijat di dalam kod sebelum peristiwa Merge.


140,000 – Amaun Bitcoin yang dikatakan perlu dibayar oleh Mt. Gox kepada klien – Dana Mt. Gox telah dicuri hampir sedekad dulu dan insiden ini merupakan godaman kripto terbesar dalam sejarah. Syarikat tersebut telah menafikan khabar angin tersebut dan ini telah menyebabkan kebimbangan terhadap impak harga Bitcoin.


$2.8 billion – Nilai 140,000 unit Bitcoin ketika artikel ini ditulis.


$13.56 – Harga saham Apple ketika kejatuhan harga pasaran pada tahun 2002. Kini, saham Apple didagangkan lebih sepuluh kali ganda daripada nilai tersebut.


Kapsul masa kripto

Lima tahun dahulu pada bulan Ogos, rangkaian Bitcoin berpecah buat kali pertama dan membawa kepada penciptaan rantaian blok Bitcoin Cash.


Trivia kripto

Apa itu Peperangan DAO? Decentralised Autonomous Organisation atau Organisasi Berautonomi Tidak Berpusat yang dicipta oleh Slock dan merupakan DAO yang pertama dicipta pada tahun 2016 dan telah mengumpul sebanyak $150 juta dalam bentuk Ethereum daripada pelabur harian dan whale. DAO tersebut kemudian digodam, dan untuk menyelamatkan dana pelabur, pembangun Ethereum membuat keputusan untuk melakukan hard fork pada rantaian blok Ethereum. Penggodam terus dibawa keluar dari rangkaian dan insiden itu telah membawa kepada penciptaan Ethereum Classic.


Berbaloi untuk didengar

Bagaimana Ethereum akan kelihatan selepas peristiwa Merge? Dengar Wartawan Laura Shins akan menerangkannya dengan lebih lanjut.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

131
8