Ringkasan Minggu Lepas: Jack Dorsey terus memacu BTC ke Afrika dan CoinDesk menyenaraikan individu kripto paling berpengaruh

Mengenal Apa itu Bitcoin Classic (BXC)?

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Berita terbesar minggu lepas

Jack Dorsey melabur ke dalam syarikat perlombongan Bitcoin di Afrika 

  • Syarikat pembayaran milik Jack Dorsey, Block, meletakkan pelaburan sebanyak $2 juta ke dalam Gridless, sebuah syarikat perlombongan Bitcoin di Kenya.
  • Gridless membina dan mengusahakan tapak-tapak perlombongan Bitcoin bersebelahan dengan penyedia tenaga boleh diperbaharui di Afrika, di mana mereka menggunapakai tenaga lebihan dari syarikat di sekitarnya untuk mengelakkan ia dibazirkan.
  • “Gridless mewakili penjajaran strategik yang hampir dengan visi kami dalam memastikan rangkaian Bitcoin memanfaatkan tenaga hijau dan berkolaborasi dengan pusat perkomputeran Bitcoin di seluruh dunia,” kata Thomas Templeton, Ketua bagi perlombongan Bitcoin dan wallet di Block.

CoinDesk menyenaraikan individu paling berpengaruh dalam industri kripto

  • CoinDesk, penerbit berita matawang kripto terkemuka telah menyenaraikan 50 individu paling berpengaruh dalam industri kripto pada tahun 2022.
  • Antara individu popular yang disenaraikan ialah CEO Binance Changpeng “CZ” Zhao, penyelidik penipuan kripto ZachXBT dan Jerome Powell, Pengerusi Federal Reserve di Amerika Syarikat.
  • Individu-individu ini dipilih berdasarkan kebolehan mereka untuk menggerakkan industri demi kebaikan semua pengguna dalam kripto.

UK menggesa pelaburan dalam perniagaan matawang kripto sebagai sebahagian dari reformasi

  • Edinburgh Reforms telah memasukkan sekali pelaburan ke dalam perkembangan teknologi rantaian blok dan matawang kripto.
  • Pengecualian Pengurusan Pelaburan dalam reformasi tersebut ada menyatakan mengenai aset kripto, yang mana jika dibangunkan, menurut kerajaan, akan melihat lebih banyak pelaburan dari luar negara ke dalam sektor tersebut.
  • “Kerajaan komited kembali dalam membina Financial Markets Infrastructure Sandbox pada tahun 2023, dan ini akan membenarkan syarikat firma dan pengawal selia untuk membuat kajian yang selamat, menerima dan melebarkan teknologi baru yang boleh mengubah pasaran kewangan,” menurut sidang medianya baru-baru ini.

Chainlink memenuhkan staking pool dalam dua hari

  • Stakers telah memberikan lebih kurang $170 juta kepada staking pool rangkaian matawang kripto dalam masa dua hari.
  •  Rangkaian Chainlink menggunakan proof-of-stake sebagai mekanisme konsensusnya yang memerlukan pengesah mempertaruhkan matawang kripto mereka. Dengan melakukan staking, pengesah meletakkan matawang kripto milik mereka secara aktif untuk memastikan rangkaian tersebut selamat dan diberi ganjaran daripada tindakan mereka tersebut.
  • Protokol Chainlink berfungsi sebagai jambatan data di antara rangkaian matawang kripto dan rangkaian tradisional.

Bacaan panjang

Walaupun Chainlink dicipta pada rangkaian Ethereum, penggunaannya untuk pembangun membuna aplikasi tidak berpusat adalah amat berbeza. Baca lagi mengenai fungsi Chainlink di SINI.


Rangkuman prestasi dan angka

467 kali –  Jumlah dimana Bitcoin dikatakan telah ‘mati’ oleh media. 99 Bitcoins, laman web pendidikan kripto menjejak berapa kali media melaporkan yang Bitcoin telah ditamatkan atau ‘mati’ sepanjang tahun.

3 hours 40 minutes – Tempoh masa yang diperlukan bagi kursus matawang kripto yang terbaru di MasterClass, sebuah platform penstriman popular.

15,884 – Jumlah dompet Bitcoin yang mempunyai lebih dari 100 Bitcoin, bernilai lebih kurang $1.69 juta.

50 – Pakar penganalisis menjangkakan Bank Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah pada minggu ini dengan tambahan 50 poin asas, yang bersamaan dengan 0.5%


Kapsul masa kripto

Laju.


Trivia kripto

Apakah perbezaan di antara token ERC-20 dan ERC-721?

Soalan yang agak teknikal tetapi jawapan yang mudah ialah token ERC-20 ialah matawang kripto yang dicipta di atas rantaian blok Ethereum dan ERC-721 pula ialah token yang dikenali sebagai Token Tidak Sepiawai atau NFT, yang juga wujud pada Ethereum.

ERC-20 ialah matawang kripto yang sama dengan koin yang berasal dari matawang yang sama (sebagai contoh wang kertas RM 1). Manakala ERC-721 pula unik, hanya satu sahaja yang wujud dan tidak terpiawai – contohnya anda.


Berbaloi untuk ditonton

Richard Hammond from Top Gear fame follows James Howells as he appeals to the local council for permission to dig up a landfil, where the harddrive containing the password to his Bitcoin wallet, worth hundreds of millions of dollars, is buried. True story. Check it out, HERE

Richard Hammond dari Top Gear mengikuti James Howells, dalam usaha mereka memujuk majlis tempatan kebenaran untuk mengorek tapak pelupusan sampah — tempat di mana hard drive yang mengandungi kata laluan dompet Bitcoin miliknya tidak sengaja telah dibuang. Tonton di SINI.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0