Ringkasan Minggu Lepas: Kemaskini Shanghai ditunda, dan G20 kini memulakan kerja-kerja penetapan standard global untuk kawal selia kripto

Apa Perbedaan Cardano dan Ethereum?

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.

Berita menarik

💎 Satu fungsi terbaru di Ethereum kini dalam proses ujikaji yang membolehkan pengguna yang kehilangan kunci mendapatkan kembali kripto mereka

  • Account Abstraction, fungsi yang akan diperkenalkan bersama kemaskini Shanghai, akan menjadikan dompet Ethereum lebih mesra pengguna dan mengelakkan kehilangan kunci kripto.
  • Standard terbaru, ERC-4337, telahpun dihantar dan diuji.
  • Lebih maklumat akan diumumkan pada konferens tahunan Ethereum pada Rabu, menurut CoinDesk.

🏔️ Syarikat permainan video terbesar di Jepun bekerjasama dengan Avalance, Web3 akan menjadi standard bagi permainan video

  • Takasugu Murata daripada syarikat permainan video Jepun GREE mengatakan, “Web3 mempunyai potensi untuk menyelesaikan masalah permainan video Web2 dalam usaha memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna. Contohnya, tiada fungsi dalam Web2 yang memberikan semula pelaburan wang dan masa pengguna, kecuali keseronokan. Hasilnya, kos untuk pengguna menukar permainan di Web2 adalah tinggi. Jika Web3 boleh menyelesaikan masalah tersebut, ia akan menjadi standard, terutamanya bagi permainan video mobile.”
  • Usaha GREE terhadap permainan video Web3 termasuklah pembangunan, pengedaran, NFT dan menggerakkan lebih daripada 12 nod Avalanche.
  • GREE mempunyai 30 juta pengguna bulanan aktif dan telah bekerjasama dengan nama-nama hebat dalam permainan video Web2.

🚦Kemaskini Shanghai ditunda ke pertengahan April

  • Kemaskini Shanghai, yang akan membolehkan pengeluaran Ethereum yang ditaruh, telah ditunda ke tarikh baru pada pertengahan April.
  • Beberapa pembangun Ethereum telah memberi amaran pada bulan Januari bahawa garis masa pada bulan Mac adalah berkemungkinan tidak akan berlaku.
  • Sejak pertaruhan ETH bermula pada Disember 2020, $28.7 bilion ETH telah dideposit dengan Ethereum, Decrypt.

📖 G20 sedang membina standard bagi kawal selia kripto

  • The Group of 20, satu pertubuhan yang disertai oleh 20 wakil daripada ekonomi terbesar dunia, telah memberi tugas kepada Financial Stability Board (FSB), International Monetary Fund (IMF) dan Bank for International Settlements (BIS) untuk menubuhkan rangka kerja standard kawal selia terhadap matawang kripto, seperti yang dilaporkan oleh Blockchain News.
  • G20 mengatakan yang terdapat keperluan antarabangsa untuk menubuhkan panduan kawal selia yang jelas terhadap industri kripto.
  • FSB, IMF dan BIS akan menyerahkan kertas dan cadangan terhadap kawal selia, pengawasan dan penyeliaan stablecoin, aktiviti-aktiviti aset kripto dan pasaran pada Julai tahun ini.

💸 Penerimaan Bitcoin meningkat di Nigera walaupun inflasi kian ‘membaham’ Naira.

  • Kejadian krisis kejatuhan ekonomi di Nigeria telah meningkatkan penerimaan Bitcoin di negara tersebut kerana rakyat Nigeria melihat Bitcoin sebagai kewangan yangs selamat, lapor Forbes.
  • Terutamanya dalam kalangan generasi muda di Nigeria, Bitcoin dilihat sebagai ‘tempat yang selamat’ bagi penduduk yang jarang menggunakan perkhidmatan bank dan penduduk yang tidak mempunyai bank ketika keadaan ekonomi semakin teruk.
  • Nigeria kini mengalami rekod inflasi yang tertinggi sebanyak 21%.

TL;DID read

Mengapa penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda? 

Penjanaan dana bermatlamat untuk memaksimakan kenaikan dalam pasaran, manakala pemeliharaan dana pula bertujuan untuk melindungi pelaburan anda daripada kejatuhan.

  • Pemeliharaan dana mungkin kedengaran kurang menarik berbanding menjana dana, tetapi keseimbangan di antara dua pendekatan ini dianggap sebagai salah satu aspek yang paling penting bagi pelaburan jangka panjang.
  • Bagaimana anda boleh mempelbagaikan pelaburan anda dengan Luno? Baca lagi DI SINI.

Rangkuman prestasi angka

13.737 juta – Jumlah alamat Bitcoin yang aktif.

2140 – Tahun di mana Bitcoin dijangka untuk mencapai had bekalan sebanyak 21 juta.

21% – Kadar inflasi di Nigeria, menyebabkan ramai penduduk Nigeria melihat Bitcoin sebagai nilai simpanan.

97 – Jumlah hari yang diperlukan oleh penaruh (stakers) untuk mengeluarkan Ethereum mereka daripada kolam pertaruhan jika satu pertiga daripada penaruh membuat keputusan untuk mengeluarkan pertaruhan mereka serentak. Ethereum telah melaksanakan barisan pengeluaran pada Kemaskini Shanghai, jika situasi ini berlaku.

$5.9 million – Anggaran jumlah derma matawang kripto yang dibuat kepada mangsa gempa bumi di Turki – ini membuktikan transaksi matawang kripto adalah tanpa sempadan dan laju.


Kapsul masa kripto

Keterujaan apabila Bitcoin mencecah rekod tertinggi pada $111, tahun 2013.


Trivia kripto

Sejarah HODLing

HODL adalah cara pelabur kripto menyampaikan mesej untuk terus kekal. Tetapi dari mana asalnya perkataan ini? Baca lagi DI SINI.


Berbaloi untuk ditonton

Pengasas Stacks, Muneeb Ali bersembang bersama Empire podcast mengenai token tidak terpiawai pada Bitcoin dan mengapa ianya penting terhadap pembangunan rangkaian, walaupun terdapat halangan daripada Bitcoin maxis.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

2
0