Ringkasan Minggu Lepas: Matawang kripto menjadi produk kewangan di Afrika Selatan, dan beberapa petunjuk Bitcoin kini bertukar hijau

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Berita terbesar minggu lepas

Matawang kripto diisytiharkan secara rasmi sebagai produk pelaburan di Afrika Selatan

  • Pada minggu lepas, Financial Services Conduct Authority (FSCA), pengawal selia kewangan di Afrika mengisytiharkan matawang kripto sebagai produk kewangan.
  • Melalui pengisytiharan ini, ia akan membenarkan pihak pengawal selia mencipta suasana pelaburan yang selamat untuk para pelabur kripto. Usaha ini juga akan membantu memacu penerimaan oleh pelabur institusi yang dihalang dari melabur dalam aset digital disebabkan oleh kekurangan kawal selia dalam industri matawang kripto.
  • Pengisytiharan ini akan berkuat kuasa serta merta.

Volatiliti Bitcoin merosot di bawah pasaran equiti

  • Harga Bitcoin kini sedang berlegar-legar pada paras $19,000 selama lebih dari sebulan, menyebabkan volatilitinya kini kurang dari Nasdaq dan S&P 500, menurut firma data kripto Kaiko.
  • Ini adalah kali pertama berlaku sejak 2020.
  • Jika Bitcoin kekal pada paras ini, status Bitcoin yang dikatakan sama seperti nilai emas akan diperkatakan semula.

Rangkaian sosial Jack Dorsey terbaru, Bluesky, memperkenalkan senarai menunggu untuk pendaftaran ahli baru

  • Lebih 30,000 orang mendaftar Bluesky dalam tempoh dua hari, rangkaian sosial terbaru tidak berpusat yang diperkenalkan oleh pengasas Twitter, Jack Dorsey.
  • Senarai menunggu untuk mendaftar dibuka pada hari Selasa minggu lepas, dan Bluesky akan menghantar jemputan peribadi kepada pengguna yang disenaraikan sebagai salah satu fasa percubaan mereka.
  • Bluesky dibina untuk menjadi salah satu rangkaian sosial di internet dengan memberikan pengguna lebih kawalan terhadap pengalaman mereka. “Protokol yang terbuka dan tidak berpusat untuk perbualan awam membolehkan pengguna memilih pengalaman mereka, pencipta konten mengawal hubungan mereka dengan penonton mereka, dan pembina teknologi bebas untuk membuat sebarang inovasi tanpa memerlukan keizinan platform,” menurut syarikat tersebut pada bulan April.

Bursa kripto melihat aliran keluar terbesar sejak Jun

  • Data oleh CryptoQuant menunjukkan 37,800 unit Bitcoin dilihat keluar dari bursa kripto, merekodkan aliran keluar kripto terbesar sejak Jun.
  • Pengeluaran besar dari bursa biasanya bermaksud para pelabur memilih untuk menyimpan Bitcoin mereka dengan harapan harga akan meningkat, berbanding meletakkan aset mereka pada bursa jika mereka perlu menjualnya.

  • Data ini diperolehi ketika harga Bitcoin sedang berlegar-legar pada paras $19,000 selama lebih dari sebulan.

Bacaan Panjang

Apakah maksud Bitcoin ialah token bukan sekuriti seperti yang dinyatakan oleh pihak pengawal selia?

Gary Gensler merupakan individu yang popular dalam kalangan komuniti kripto disebabkan kedudukannya sebagai ketua Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di Amerika Syarikat — badan pengawal selia tersebut mempunyai beberapa komen mengenai apakah masa depan kripto di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Gensler juga pernah menyatakan yang Bitcoin mungkin akan dilihat sebagai token bukan sekuriti pada kawal selia masa hadapan.

Tapi kenapa?


Rangkuman prestasi dan angka

$69,045All-time high bagi Bitcoin, pada 10 November 2021

1,814 – Jumlah Ether, matawang natif bagi Ethereum, yang telah ditambah pada bekalan sejak kemaskini the Merge (sejak Sabtu, 22 Oktober)

454,648 – Jika kemaskini the Merge tidak berlaku dan Ethereum kekal menggunakan mekanisma konsensus proof-of-work, jumlah Ether boleh mencapai sehingga 454,648 ETH. Jika Ethereum mengalami deflasi, ia akan memberikan menjadikan Ether sukar didapati seperti emas atau Bitcoin

200 – Pembida terendah berjaya membayar 200 ETH ($261,682 pada masa itu) bagi sebuah papan selaju emas oleh Azuki, projek NFT yang menampilkan koleksi 10,000 watak anime yang menghadap ke sisi.


Kapsul masa kripto

12 tahun dulu pada bulan Oktober, harga tersebut bernilai $10,000 pada hari ini.


Trivia kripto

Siapakah yang mencipta teknologi rantaian blok?

Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin yang tidak mahu dikenali, juga merupakan pencipta teknologi rantaian blok – bahagian terpenting dalam rangkaian Bitcoin. Cuba lihat rantaian blok sebagai Google Drive yang tidak boleh disunting bagi matawang kripto, dan matawang kripto tersebut adalah fail-fail dalam drive tersebut. Bitcoin, atau mana-mana matawang kripto, tidak boleh berfungsi tanpa rantaian blok.


Berbaloi untuk ditonton

Cathie Wood, pengasas ARK Invest, dikenali ramai disebabkan oleh pendekatan pelaburan kontroversi beliau. Ikuti perbincangan beliau bersama Peter McCormack, host bagi podcast What Bitcoin Did, bagaimana beliau membeli $100,000 pada harga $250 dan melabur dalam teknologi pengganggu.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

129
7