Ringkasan Minggu Lepas: NFT kini di Instagram, MicroStrategy sedang membangunkan teknologi pembayaran BTC dan banyak lagi

Sorotan berita, angka dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam industri kripto pada minggu lepas.

Berita terbesar minggu ini

Michael Saylor, pelabur Bitcoin bertaraf mega-whale dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MicroStrategy sedang memajukan langkah seterusnya dalam Bitcoin. Manakala bagi NFT, Meta membenarkan penggunanya memaparkan koleksi NFT mereka pada platform-platform milik Meta. Usaha pemfailan kawal selia oleh Bank Switzerland mendedahkan yang pelabur institusi terus memegang aset digital, walaupun masalah inflasi sukar untuk dijinakkan.

Ringkasan berita panjang

Kitaran pasaran datang dan pergi seperti musim, tetapi apakah yang mendorong terjadinya keadaan ini?

Rangkuman angka dan prestasi

Adakah anda mempunyai $50,000 untuk menjadi pengesah bebas bagi Ethereum POS?

Kapsul masa kripto

Pada tahun 2012, seorang Senator di Amerika Syarikat memulakan kempen menderma Bitcoin. Nilai Bitcoin adalah sekitar $15 ketika itu.

Trivia kripto

Apakah kaitan pengasas Cardano dengan Ethereum?

Berbaloi untuk ditonton

Pengasas Stripe memperkenalkan semula Bitcoin kepada Dana Wang Antarabangsa (International Monetary Fund). Bagaimana beliau melakukannya?


Berita terbesar minggu ini

Michael Saylor sedang membina teknologi Bitcoin

WikiCommons

Ketika persidangan Bitcoin di Lativa, bekas CEO MicroStrategy itu berkata, pembangun di MicroStrategy sedang bekerja membangunkan solusi perisian yang berintegrasi dengan Rangkaian Lightning, iaitu lapisan pembayaran kedua yang dibina di atas rantaian blok Bitcoin.

Rangkaian Lightning membenarkan rangkaian Bitcoin untuk memproses 1 juta transaksi per saat. Menurut Saylor, usaha syarikatnya itu akan membantu ramai pengguna mula menggunakan Rangkaian Lightning.

Pengguna Facebook dan Instagram sekarang boleh memaparkan koleksi NFT mereka

Meta

Meta, syarikat induk bagi Facebook, mengeluarkan kemaskini yang membenarkan pemilik NFT untuk berkongsi koleksi mereka menerusi platform-platform media sosial miliknya.

“Selari dengan usaha kami mengeluarkan koleksi-koleksi digital di Facebook dan Instagram, kami juga sudah memperkenalkan fungsi terbaru bagi pengguna untuk post koleksi-koleksi digital milik mereka di Facebook dan Instagram,” kata Meta. “Fungsi ini akan membenarkan pengguna untuk menghubungkan dompet digital mereka di salah satu aplikasi jika mereka mahu berkongsi koleksi-koleksi mereka di kedua-dua platform ini.”

Kadar interest meningkat tetapi adakah ia memberikan kesan yang dijangkakan?

Pexels

Objektif utama Bank Rizab Persekutuan AS (US Federal Reserve Bank) menaikkan kadar interest adalah untuk menekan ekonomi. Peningkatan jumlah penduduk yang tidak bekerja menunjukkan petanda yang kaedah ini berkesan, tetapi angka terbaru dari AS menunjukkan trend yang sebaliknya, dimana jumlah pekerjaan meningkat.

Ini mungkin bermaksud yang Rizab Persekutuan (Federal Reserve) akan terus menaikkan kadar interest sehingga indikasi-indikasi ini menunjukkan trend menurun.

Angka yang kukuh dari pasaran kerja mengancam ekonomi untuk terus menaikkan harga kerana bekalan pekerja yang terhad kini mampu menerima lebih upah dan menyebabkan mereka boleh berbelanja lebih.

Credit Suisse memegang lebih dari $30 juta nilai aset digital untuk klien institusi

Credit Suisse

Pemfailan kawal selia oleh Credit Suisse, sebuah bank di Switzerland pada akhir Q2 telah menunjukkan bank tersebut memegang aset digital bernilai lebih kurang $30 juta bagi klien institusinya. Pemfailan ini selari dengan peraturan terbaru dimana bank kini perlu mendedahkan aset kripto mereka.

Maklumat terbaru ini adalah petanda yang institusi kewangan tradisional mula menerima matawang kripto dan aset digital lain.


Bacaan panjang

Kitaran pasaran diterangkan

Trend, kitaran dan paten yang kita lihat di sekeliling kita turut berlaku dalam pasaran bebas. Keadaannya mungkin berlainan tetapi ia berkitaran. Mari fahaminya.


Rangkuman angka dan prestasi

32 – Jumlah koin Ethereum yang diperlukan oleh pelabur untuk menjadi pengesah bebas bagi rantaian blok Ethereum, susulan dari Merge yang berkemungkinan akan terjadi pada pertengahan September.

$50,000 – Nilai 32 ETH ketika artikel ini ditulis.

20,268 – Jumlah matawang kripto yang wujud

$69,000 – Nilai tertinggi Bitcoin, pada November 2021


Kapsul Masa Kripto

markwarden.com

Pada pertengahan Ogos 2012, Mark Warden, salah seorang dari wakil negeri di AS, telah menambah sistem pendermaan Bitcoin pada laman web kempennya. Beliau merupakan wakil pertama di New Hampshire untuk melakukannya.

“Usaha ini merupakan teknologi terbaru yang berdasarkan pasaran, secara sukarela dan amatlah bersifat inovatif. Saya mempunyai konstituen dan vendor yang menggemari medium tukaran ini, jadi usaha ini merupakan respon semulajadi terhadap keadaan pasaran semasa,” kata Warden.

Nilai Bitcoin adalah sekitar $15 pada masa itu.


Trivia kripto

Charles Hoskinson ialah pengasas Cardano, tetapi tahukah anda yang beliau juga merupakan salah seorang daripada kumpulan yang sama-sama mengasaskan Ethereum pada tahun 2013. Beliau juga berkhidmat sebagai ketua eksekutif yang asal pada masa itu.

Hoskinson keluar dari Ethereum selepas terdapat perselisihan dengan ahli kumpulan yang lain – mengenai isu sama ada Ethereum terus beroperasi sebagai syarikat komersial atau tidak berasaskan keuntungan.

Beliau dan bekas rakan sekerja Ethereum, Jeremy Wood, membuka sebuah syarikat kejuruteraan dan kajian bernama IOHK (Input Output Hong Kong), yang akhirnya membawa ke penciptaan Cardano. Koin ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 2015.


Berbaloi untuk ditonton

Pengasas Strike, iaitu sebuah syarikat pembayaran Bitcoin – Jack Mallers, telah dipanggil oleh Dana Wang Antarabangsa (International Monetary Fund) untuk memberi keterangan bagaimana syarikatnya mengubah ruang pembayaran. Dalam podcast ini bersama Peter McCormack, beliau menerangkan bagaimana Jack Mallers melakukannya.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0