Ringkasan Minggu Lepas: NFT Reddit mula dilancarkan dan pengguna PayPal boleh membeli Ethereum dengan mudah

Menyusul rupiah digital, DPR akan bahas status kripto

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Berita terbesar minggu lepas

Pengguna Reddit mint lebih dari 5 juta NFT di Polygon

  • Mint yang telah dilakukan oleh Reddit Collectable Avatars pada rangkaian Polygon telah melepasi 5 juta pada minggu lepas, menurut data dari Dune.
  • Reddit, sebuah forum perbincangan atas talian tersebut telah melancarkan avatar NFT pada Julai 2022.
  • Rekod baru telah dicapai pada Disember apabila lebih dari 250,000 NFT telah di mint pada Polygon, seperti yang dilaporkan oleh Decrypt.

Australia mengeluarkan rangka kerja awal kawal selia kripto

  • Reformasi rangka kerja kawal selia ini bertujuan untuk memodenkan sistem kewangan di Australia dan memposisikan ekonomi Australia untuk menerima peluang ekonomi baru dan memberi respon terhadap cabaran di masa hadapan, menurut Perbendaharaan Australia
  • Reformasi matawang kripto akan memasukkan rangka kerja perlesenan dan kawal selia penyedia perkhidmatan kripto.
  • “Langkah kerajaan seterusnya ialah ‘token mapping’, usaha ini termasuklah penerbitan kertas perundingan pada awal 2023 untuk menyatakan aset digital apakah yang perlu dikawal selia oleh undang-undang perkhidmatan kewangan, dan pembangunan jagaan sesuai (appropriate custody) dan tetapan perlesenan terhadap perlindungan pengguna,” ujar kerajaan Australia.

Paypal mengumumkan kerjasama dengan dompet Web3

  • Integrasi ini akan membolehkan semua pengguna Paypal untuk membeli Ethereum melalui Metamask, sejenis dompet Web3
  • Fungsi ini dijangka akan mula diperkenalkan dahulu kepada pengguna di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu lagi.
  • “Integrasi dengan PayPal akan membenarkan pengguna di AS meneroka ekosistem Web3, selain dari membolehkan mereka membeli kripto dengan mudah melalui MetaMask,” kata Lorenzo Santos, Pengurus Produk MetaMask.

Kadar faedah terus menaik dan memberi impak terhadap pasaran

  • Rizab Persekutuan AS memberi isyarat pada minggu lepas yang mereka akan terus menaikkan kadar faedah sehingga tahun depan, selepas satu lagi kenaikkan minggu lepas.
  • “Kami menjangkakan perkembangan yang lembap tetapi banyak kenaikkan. Kombinasi tidak bagus untuk pasaran,” menurut Dan Suzuki, Timbalan Ketua Pegawai Pelaburan di Richard Bernstein Advisors kepada Yahoo! Finance.
  • Matawang kripto dan pasaran ekuiti, kedua-duanya dianggap sebagai aset yang lebih berisiko berbanding bon atay Dollar AS, kekal merah sejak kenaikan faedah minggu lepas.

Bacaan panjang

Apa itu Bitcoin?

Ketahui asas-asas matawang kripto paling ‘otai’ dan anda akan memahami hampir keseluruhan industri daripadanya. Baca di SINI.


Rangkuman prestasi dan angka

0.839 ETH – Harga lantai tertinggi bagi koleksi NFT Donald Trump yang paling terbaru dikeluarkan, bernilai anggaran $1,183

13.03% – Peratus semua Ether (ETH) yang wujud dan didepositkan dalam kolam staking.

15.63 million – Jumlah ETH yang terkini dalam kolam staking.

2% – Bank of International Settlements (BIS) telah memuktamadkan polisi yang membenarkan bank tradisional untuk memegang 2% dari rizab mereka dalam bentuk Bitcoin.


Kapsul masa kripto

Top 20 momen-momen kripto pada tahun 2022.


Trivia kripto

Apa itu proof-of-stake

Mengenal Apa Itu Sustainable Investing

Baru-baru ini Ethereum telah menukar kaedah mengesahkan transaksinya tetapi apa sebenarnya proof-of-stake dan bagaimana ia berfungsi? Lebarkan horizon kripto anda di SINI.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0