Ringkasan Minggu Lepas: Pelabur institusi kini bersedia untuk kripto dan HODLer Bitcoin sedang melakukan yang terbaik

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Berita terbesar minggu ini

Bitcoin memecahkan rekodnya dengan tiada anjakan harga dalam tempoh 6 bulan

  • Penyelidikan yang dibuat oleh Morgan Stanley menunjukkan 78% Bitcoin tidak bergerak sejak enam bulan lepas.
  • Ini mungkin menunjukkan pelabur sedang memegang pelaburan mereka dengan jangkaan harga Bitcoin akan menaik. 
  • Jangkaan menunjukkan harga Bitcoin pada paras $22,500 adalah harga break-even bagi pelabur bagi pelaburan awal mereka beberapa tahun lepas. Baki 22% Bitcoin ‘aktif’ dipegang oleh pedagang jangka pendek.

Google terus bergerak ke hadapan dengan sistem cloud berasaskan nod Ethereum

  • Google akan menawarkan pelanggannya perkhidmatan cloud berasaskan nod Ethereumm, yang digambarkan sebagai “perkhidmatan pengehosan yang diuruskan sepenuhnya, yang boleh meminimumkan keperluan pengoperasian nod.”
  • Perkhidmatan ini menyingkirkan kerja-kerja tambahan bagi syarikat yang ingin menggunakan nod Ethereum tetapi tidak mempunyai kapasiti untuk mengawasi dan menggerakkan sistem komputer.
  • Nod ialah komputer yang membantu mengesahkan rangkaian Ethereum dan menyimpan keseluruhan sejarah transaksi.

Penyelidikan oleh Fidelity menunjukkan wang institusi kini bersedia untuk kripto

  • 58% dari pelabur institusi yang ditemubual oleh Fidelity mengatakan yang mereka memiliki aset digital mereka sendiri, peningkatan sebanyak 6% dari tahun lepas.
  • Kajian dari Institusi Pelabur Aset Digital turut menunjukkan 74% dari institusi yang ditemubual menyatakan yang mereka bercadang untuk membeli aset digital pada masa depan.
  • “Walaupun pasaran nampaknya menghadapi kesukaran pada bulan-bulan sebelumnya, kami percaya yang asas aset-aset digital masih kukuh dan penginstitusian pasaran sejak beberapa tahun lalu telah meletakkannya untuk mengharungi peristiwa terkini,” menurut kenyataan Presiden Aset-aset Digital Fidelity, Tom Jessop.

Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri England terbaru, dan beliau memandang positif terhadap kripto

  • Walaupun terdapat kelam-kabut dalam politik UK, Rishi Sunak menggantikan Liz Truss sebagai Perdana Menteri England, dan ya, terdapat penglibatan kripto di sini.
  • Sunak, kemudian Chancellor of the Exchequer, menyatakan dengan jelas rancangan beliau yang ingin menjadikan UK sebagai hab kripto.
  • Pada minggu lepas, House of Commons juga bersetuju untuk meneruskan Perkhidmatan Kewangan dan Undang-undang Pasaran, yang bertujuan untuk meningkatkan peraturan-peraturan matawang kripto di UK.

TL;Did read

Pernah tahu apa yang berlaku di sebalik tabir industri kripto?

Menggerakkan industri kripto melibatkan ramai pihak, tetapi penting bagi setiap pelabur kripto mengetahui siapakah pihak-pihak yang terlibat dalam industri ini untuk lebih memahami siapakah yang menguruskan wang mereka, dan yang lebih penting, apakah yang pihak-pihak ini lakukan?

Dalam bacaan panjang kali ini, kami menyenaraikan pemain utama dalam industri matawang kripto dan apakah tugas-tugas mereka. Baca mengenainya di sini.


Rangkuman prestasi dan angka

14 – Kertas putih Bitcoin diterbitkan sejak 14 tahun lalu pada 31 Oktober 2008.

2,736 – Jumlah perkataan dalam keseluruhan kertas putih Bitcoin.

35% – Jualan rumah tidak selesai di US menurun sebanyak 35% pada tahun ini. Ini mungkin kesan terus dari kenaikan kadar faedah dan inflasi yang teruk.

$44 billion – Pertikaian di antara Elon Musk vs. Twitter berakhir pada minggu lepas apabila beliau membeli syarikat media sosial gergasi tersebut pada harga $44 billion.


Kapsul masa kripto

Hal Finney, salah satu pengkolaborasi asal Bitcoin, menulis salah satu penggunaan Bitcoin selepas penerbitan kertas putih Bitcoin pada Oktober 2009.


Trivia Kripto

Gambaran dekat kertas putih Bitcoin

Pete Rizzo, CEO Bitcoin Magazine, mendedahkan 14 fakta-bukan-rahsia mengenai kertas putih Bitcoin.


Berbaloi untuk ditonton

Do Kwon kini dalam pelarian?

Wartawan kripto, Laura Shin berbincang mengenai Do Kwon, pengasas kontroversi yang meruntuhkan ekosistem stablecoin Luna Terra, kesalahan-kesalahan beliau dan mesej beliau kepada pelabur yang kehilangan segala-galanya apabila Luna meletus. Tonton di sini.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0