Ringkasan Minggu Lepas: Pengawal selia AS menutup dua bank, dan harga Bitcoin menaik

Kami menampilkan sorotan-sorotan menarik dalam industri kripto yang berlaku pada minggu lepas dalam bentuk yang senang difahami.
Berita menarik
🏦 Krisis perbankan di AS berterusan sejak penutupan Silicon Valley Bank dan Signature Bank
- Silicon Valley Bank (SVB) ditutup pada minggu lepas dan ia merupakah salah satu keruntuhan besar dalam sektor kewangan di AS sejak krisis kewangan pada tahun 2008. Tidak lama selepas penutupan SVB, pengawal selia di AS juga memberhentikan operasi di Signature Bank.
- Akhirnya, SVB dilumpuhkan oleh bank run, terjadi apabila para pendeposit mengeluarkan wang pada kadar yang tidak boleh dipertahankan lagi untuk bank memenuhi permintaan pengeluaran.
- Pada petang Ahad, Federal Reserve telah mengeluarkan satu kenyataan bersama, mengumumkan yang semua pendeposit di SVB dan Signature akan boleh mengakses wang mereka pada Isnin, 13 Mac. “Hari ini kami mengambil tindakan tegas untuk melindungi ekonomi A.S. dengan mengukuhkan keyakinan orang awam terhadap sistem perbankan negara ini,” menurut Fed, Treasury dan FDIC.
- Bitcoin telah meningkat sebanyak 15% sejam selepas pengumuman tersebut.
🗽 Kerajaan AS menghantar BTC bernilai $1 bilion masuk ke bursa
- Kerajaan AS telah menghantar Bitcoin yang telah dirampas bernilai $1 bilion ke dalam bursa, menyebabkan pelabur-pelabur berfikir sama ada kerajaan AS merancang untuk menjual koin-koin tersebut pada pasaran terbuka.
- Sebelum ini, Bitcoin yang dirampas dalam serbuan seperti Silk Road telah dijual secara lelong berbanding menerusi bursa.
- Tindakan ini agak menakutkan pelabur kerana penjualan sebesar ini boleh meletakkan tekanan menurun yang signifikan terhadap harga Bitcoin.
- “Lantunan sepatutnya cepat jika adanya tekanan untuk jual, memandangkan jumlah kemasukan yang besar [ke dalam] pasaran hari ini berbanding pegangan lemah dan leveraj yang besar [yang membina pasaran] pada tahun lepas,” menurut Conor Ryder, penyelidik di firma analisis pasaran kripto, Kaiko, kepada CoinDesk.
🦧 Pengawal selia kewangan di Jerman mengatakan yang NFT bukanlah sekuriti, tetapi perkara tersebut boleh terjadi
- BaFin, pengawal selia kewangan Jerman mengatakan yang mereka masih lagi tidak melihat token tidak sepiawai (NFT) layak sebagai sekuriti, tetapi mereka tidak menafikan potensinya di masa hadapan, seperti yang dilaporkan oleh Blockworks.
- Untuk melayakkan NFT menjadi sekuriti di Jerman, pelaburan perlulah mempunyai hak keahlian atau tuntutan kontrak, dan ia mestilah boleh dipindahkan dan didagangkan.
- “Berdasarkan penggunaan NFT, khususnya mengenai tokenisasi karya seni digital, kelayakan NFT sebagai instrumen kewangan dalam bentuk pelaburan atau hutang sekuriti adalah tidak perlu,” menurut BaFin.
🥵 USDC kehilangan tambatan untuk seketika dan mencatatkan rekod penurunan
- USDC, stablecoin yang ditambat pada nisbah 1:1 terhadap Dolar AS, kehilangan tambatannya pada Sabtu disebabkan oleh penurunan lebih dari 10% dan merekodkan penurunan sehiningga 88 sen.
- Kehilangan tambatan ini merupakan salah satu kesan berikutan dari keruntuhan Silicon Valley Bank, dimana syarikat disebalik USDC, Circle, telah menyimpan $3.3 bilion USDC dalam rizabnya. DAI, satu lagi stablecoin, yang menyimpan separuh dari rizabnya dalam USDC, juga kehilangan tambatannya selepas insiden tersebut.
- Kepercayaan terhadap stablecoin seperti USDC adalah berdasarkan sangkaan di mana setiap USDC dalam edaran disandarkan oleh $1. Dalam erti kata lain, setiap token boleh ditebus menjadi Dolar AS apabila diminta. Kepercayaan ini tercabar apabila pelabur memahami situasi di SVB dan mula meragui kebolehan Circle untuk menebus USDC menjadi Dolar, dan ini telah menyebabkan penjualan besar-besaran stablecoin tersebut.
- “Deposit rizab USDC bernilai $3.3B yang dipegang di Silicon Valley Bank, lebih kurang 8% daripada jumlah rizab USDC, akan tersedia sepenuhnya apabila bank-bank di AS beroperasi esok pagi,” menurut Circle pada hari Isnin, selepas badan pentadbiran AS membuat pengumuman yang semua pendeposit di Silvergate dan SVB akan diserahkan sepenuhnya.
- USDC kini berdagang pada pariti dengan Dolar.
🤞 Pelombong Bitcoin solo bertuah menerima $148,000 untuk satu blok
- Pelombong kecil-kecilan, yang mewakili lebih kurang 0.002% daripada jumlah kuasa komputasi rangkaian, telah mengesahkan satu blok pada rantaian blok dan diberikan ganjaran sebanyak $148,000 bagi usahanya.
- Pelombong tersebut telah menyediakan hash yang sah untuk blok dan menerima ganjaran sebanyak 6.25 BTC dan ganjaran caj lebih kurang 0.63 BTC – semuanya bernilai lebih kurang $148,000, menurut Decrypt.
- “Pelombong saiz ini akan menyelesaikan satu blok dengan anggaran sekali bagi setiap 10 bulan,” menurut ciapan pengguna Twitter, @ckpooldev. “Dia baru sahaja melakukan perlombongan solo sejak 2 hari lepas, dan dia sangat bernasib baik.”
Tambah pengetahuan anda
Mengapa kita memerlukan lebih wanita dalam kripto?
- Wanita sering jarang ditampilkan dalam industri kewangan, sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Kripto dan kewangan tidak berpusat (DeFi) berada di antara dua sektor ini.
- Hampir satu dalam tiga wanita merancang untuk melabur dalam kripto pada tahun hadapan.
- “Jika pelabur wanita mempunyai kekurangan, kekurangan tersebut ialah kepercayaan yang mereka bukan pelabur yang baik,” menurut Meghan Railey, pengasas bersama dan CFO Optas Capital.
- Baca artikel penuh di SINI.
Rangkuman prestasi dan angka
77% – Peratusan rizab Circle yang dicagarkan dengan US Treasury Bills bertarikh pendek.
80% – Signature Bank mengatakan yang lebih dari 80% daripada depositnya adalah daripada firma undang-undang, firma perakaunan, syarikat penjagaan kesihatan, pengilang dan syarikat pengurusan hartanah, walaupun pelbagai pihak mengatakan yang penutupan bank tersebut adalah disebabkan hubungan eratnya dengan kripto.
95 million – Jumlah dompet Ethereum non-zero, dengan purata kenaikan sebanyak 39% sejak tiga tahun lepas
47% – Peratusan kenaikan bagi harga Bitcoin sejak permulaan 2023, walaupun, atau disebabkan insiden yang berlaku baru-baru ini.
Kapsul masa kripto
13 tahun dahulu.
Trivia kripto
What’s the difference between Solana and Ethereum?

Baca lagi perbandingan kedua-dua rangkaian ini DI SINI.
Berbaloi untuk ditonton
Anda rasa anda terlewat untuk membeli Bitcoin?
Jawapan ringkas: Tidak
Jawapan panjang: DI SINI.