Ringkasan Minggu Lepas: Rangkuman berita terpenting dalam dunia kripto

Resistance Adalah? Arti Resistance dalam Dunia Trading

Sorotan dari berita-berita terbesar minggu lepas, nombor dan peristiwa yang terjadi dalam industri kripto.

Berita terbesar minggu ini

Minggu lepas merupakan minggu warm-up yang baik kerana minggu ini dijangka akan menjadi minggu yang lebih sibuk. Bank of America membuat kenyataan dimana peristiwa kemaskini Ethereum Merge akan memacu lagi penerimaaan institusi. Kemaskini The Merge dijangkakan akan berlaku Khamis ini. CoinDesk telah mendedahkan indeks SP500 versi kripto dan aktiviti NFT bagi Solana mencanak ke paras tertinggi.

Bacaan panjang

Sejarah HODLing.

Rangkuman angka dan prestasi

Seseorang telah menjana sejumlah wang yang besar dari Bitcoin minggu lepas.

Kapsul Masa Kripto

Tweet dari tahun 2015 untuk memberikan perspektif yang amat diperlukan.

Trivia Kripto

Matawang kripto manakah yang pertama sekali menggunakan mekanisma proof-of-stake?

Berbaloi untuk ditonton

Adakah anda terlalu lewat untuk membeli Bitcoin?


Berita terbesar minggu ini

Kemaskini Ethereum Merge mungkin akan memacu penerimaan kripto dalam peringkat institusi, kata Bank of America

Pexels

Menurut laporan terbaru Bank of America, pelabur yang dihalang dari melabur dalam matawang proof-of-work sekarang mempunyai akses ke pelaburan kripto yang menggunakan mekanisma tersebut berikutan dari kemaskini The Merge, iaitu penukaran rantaian blok Ethereum ke model proof-of-stake.

Menurut penganalisis, kelebihan Ethereum yang kini boleh di ‘stake’ dan menjana interest juga berpotensi untuk memacu penerimaan institusi.

NFT pada rangkaian blok Solana mencapai tahap tertinggi

Data dari Block Research menunjukkan bahawa jumlah NFT baru yang dibina di atas rangkaian blok Solana mencapai tahap teringgi pada paras 312,000 pada minggu lepas, berbanding paras 39,000 pada minggu sebelumnya.

Peningkatan mengejut ini mungkin kesan dari pelancaran beberapa koleksi NFT baru bersama kemasukan mudah (low barrier entry) terhadap ekosistem Solana.

Kemaskini terakhir sebelum Ethereum Merge bermula

Langkah terakhir sebelum Ethereum berpindah dari proof-of-work ke proof-of-stake yang dipanggil Kemaskini Bellatrix, telah dilaksanakan minggu lepas.

Kemaskini tersebut adalah untuk memastikan rantaian blok Ethereum bersedia untuk The Merge, yang dijangkakan akan terjadi sekitar Khamis minggu ini.

CoinDesk mendedahkan indeks SP500 versi kripto

Indeks Pasaran Coindesk mengandungi 148 matawang kripto, dan koin yang disenaraikan perlu mempunyai sejarah harga dari sekurang-kurangnya dua tukaran yang sah pada minimum 30 hari.

Menurut CoinDesk, mereka berharap indeks tersebut menjadi penanda aras industri yang sama seperti indeks kewangan tradisional seperti Anggaran Industri Dow Jones (Dow Jones Industrial Average) atau SP 500.

“Indeks ini bertujuan untuk menjadi inklusif terhadap industri,” kata Jodie Gunzberg, pengarah urusan CoinDesk Indices. “Kami cuba untuk mewakili pasaran.”


Bacaan Panjang

Apa Itu Bitcoin Core? Cara Menggunakan Bitcoin Core

Sejarah HODLing

Meme yang membawa kepada perubahan.


Rangkuman angka dan prestasi

$1 trillion – Modal pasaran untuk semua matawang kripto. Pemain pasaran kripto melihat isyarat ini sebagai penting berikutan dari keadaan pasaran yang menunjukkan tanda-tanda positif.

$95,000,000 – Jumlah bersih nilai Bitcoin oleh seorang whale selepas beliau menunaikan 5,000 Bitcoin.

Q4 2023 – Jangkaan tarikh bagi peristiwa halving bagi Bitcoin – pengeluaran Bitcoin sebagai ganjaran kepada pelombong dipotong separuh. Tarikh halving adalah berdasarkan kadar perlombongan pada rangkaian blok – lebih banyak aktiviti melombong, lebih cepat peristiwa halving.

1,571 – Jumlah Ether (ETH) yang ‘dibakar’ setiap hari.


Kapsul masa kripto


Trivia Kripto

Berikutan dari kemaskini Merge yang dijangka akan berlaku, mari kita lihat matawang kripto yang pertama menggunakan proof-of-stake sebagai mekanisma konsensus.

Peercoin, juga dikenali sebagai PPC, dicipta pada 2021 oleh Scott Nadal dan Sunny King. Walaupun mekanisma proof-of-stake telahupun digunakan pada kriptografi, Peercoin adalah koin pertama yang menggunakan mekanisma tersebut untuk mengesahkan transaksi matawang kripto pada rantaian bloknya.

Koin tersebut pernah menjadi salah satu koin yang paling popular dalam kalangan matawang kripto ketika ia mula diperkenalkan tetapi ia mula kurang digemari oleh pengguna kripto apabila lebih banyak koin-.


Berbaloi untuk ditonton

Adakah anda terlalu lewat untuk membeli Bitcoin?

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0