Ringkasan Minggu Lepas: Vitalik Buterin mula bersuara dan apa pula perancangan Elon Musk kali ini?

Volume Transaksi Adalah? Fungsi dan Contohnya

Sorotan dari perkara-perkara terbesar di dunia kripto minggu lepas, merangkumi dari berita-berita penting, angka dan peristiwa dalam industri yang dipaparkan dalam bentuk ringkas namun padat. 

Ringkasan Minggu Lepas

Buterin mula bersuara mengenai kepentingan rangkaian tidak berpusat

  • Baru-baru ini Bloomberg telah bercakap dengan Vitalik Buterin, pengasas bersama Ethereum. Beliau mengatakan yang Ethereum dan rangkaian tidak berpusat terus beroperasi dengan lancar walaupun telah berlakunya insiden kripto baru-baru ini.
  • Apa yang berlaku di FTX sememangnya satu tragedi yang besar,” kata Buterin kepada Bloomberg. Beliau turut menambah yang banyak komuniti Ethereum ingin melihat insiden-insiden ini sebagai testimoni terhadap pentingnya ketelusan pada aplikasi tidak berpusat.
  • Buterin dan nama-nama popular dalam ruangan matawang kripto telah mula bersuara mengenai kepentingan ketelusan dalam ruangan kripto sejak akhir-akhir ini.

Bursa berpusat mempunyai kedudukannya tersendiri – JP Morgan

  • Bursa tidak berpusat mempunyai perjalanan yang amat panjang lagi sebelum mereka boleh mengancam bursa berpusat, menurut JP Morgan dalam satu nota yang ditulis kepada pelabur.
  • “Pengurusan, tadbir urus dan mengaudit protokol DeFi tanpa banyak kompromi terhadap keselamatan dan keberpusatan ialah satu cabaran yang besar,” menurut bank tersebut.
  • Beberapa individu di dalam industri telah membuat argumen yang mana insiden baru-baru ini mungkin akan menyebabkan anjakan industri dari bursa berpusat ke bursa tidak berpusat. Tetapi bagi bank, had-had bagi bursa ini mungkin akan menjadikan penyertaan oleh badan institusi menjadi terhad di masa depan.

Spekulasi mengenai pembayaran di Twitter terus hangat

  • Twitter kini hangat dengan spekulasi sama ada Twitter 2.0, rancangan terbaru Elon Musk, akan melibatkan matawang kripto. Pemilik Twitter tersebut telah berkongsi perbentangannya di Twitter yang memaparkan satu slaid ‘Pembayaran’ tetapi seperti sengaja dibiarkan tanpa konteks.
  • Whale Bitcoin terkenal, Michael Saylor memberi respon kepada ciapan Musk: “Twitter boleh memintas semua rangkaian pembayaran konvensional dengan Bitcoin melalui Lightning.”
  • Rancangan lain ialah untuk membuat transformasi Twitter kepada “aplikasi semuanya”, termasuklah ciapan panjang, fungsi nyahsulit Direct Message, dan melancarkan semula tanda biru ‘verified‘.

Bacaan panjang

Altcoin Season Index: Bagaimana Cara Mengetahuinya?

Ketahui peminjam anda dari bursa anda. Pada buletin kali ini, kami menerangkan skop-skop tugas pelbagai penyedia perkhidmatan dalam kripto. Semak di SINI.


Rangkuman prestasi dan angka

$10,000 – Harga Bitcoin mencapai harga $10,000 untuk kali pertama dalam sejarah lima tahun lalu.

$8.3 billion – Jumlah Bitcoin yang didagangkan dalam Dollar pada hari yang sama (29 November) pada tahun 2017.

$25 billion – Jumlah Bitcoin yang didagangkan pada 29 November, lima tahun kemudian

22.5%  – Nilai Dogecoin meningkat lebih dari 20% selepas Elon Musk menghantar ciapan mengenai rancangannya untuk memasukkan fungsi pembayaran ke dalam Twitter. FYI, tiada sesiapa pun yang menyebut Dogecoin…

45 billion – Had jumlah ADA yang boleh dicipta pada rangkaian Cardano.


Kapsul masa kripto

Mmm… OK? 👌


Trivia kripto

Adakah XBT dan BTC perkara yang sama? Dan kenapa kadang-kadang ia digunakan bersama-sama? Baca lagi di sini.


Berbaloi untuk ditonton

Lihat bagaimana blok ditambah ke rantaian blok Ethereum dan Bitcoin dalam bentuk karekter kartun (transaksi) menaiki bus (blok) ke taman blockchain? Mungkin. Semak di sini!

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0