Ringkasan Minggu Lepas: Volum dagangan Bitcoin/Pound meningkat dan Bitcoin akan mempunyai kualiti yang sepadan dengan Ethereum tidak lama lagi

Sorotan berita, angka dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam industri kripto pada minggu lepas.
Berita terbesar minggu ini
Dagangan Bitcoin dan Pound Sterling mencapai paras baru walaupun terdapat ketidaktentuan pasaran di UK.

Volum dagangan pasangan Pound Sterling dan Bitcoin mencapai paras terbaru pada minggu lepas apabila nilai Pound jatuh pada Isnin.
Volum transaksi bagi pasangan dagangan pada lapan tukaran besar dunia meningkat ke £846 juta pada hari Isnin, berbanding anggaran £54.1 juta sehari bagi tahun 2022 menurut Kaiko Research.
Conor Ryder, penganalisis penyelidikan di Kaiko memberitahu Reuters bahawa besar kemungkinan peningkatan tersebut merupakan reaksi terhadap volatiliti Pound. “Pelabur yang bersikap opportunistik segera ke tukaran kripto yang menawarkan pasangan BTC-GBP dan cuba untuk mendapatkan keuntungan melalui arbitraj dari sebarang kesilapan harga Bitcoin menerusi matawang-matawang fiat utama.”
Matawang kripto dilihat mempunyai potensi hebat di sub-Sahara Afrika

Ramai pelabur muda di bahagian sub-Sahara Afrika menggunakan matawang kripto untuk simpanan dan membina kekayaan, menurut kajian oleh Chainalysis — sebuah firma penyelidikan rantaian blok. Di negara-negara yang lebih membangun, pelabur biasanya menggunakan matawang kripto untuk mengembangkan kekayaan yang sedia ada.
Pindahan di bawah nilai $10,000 mengambil hampir 7% daripada volum transaksi matawang kripto keseluruhan negara, lebih dari negara-negara lain. Pindahan kecil di bawah nilai $1,000 di antara akaun individu mengambil 80% dari keseluruhan volum transaksi, juga dilihat lebih dari negara-negara lain.
Ini menunjukkan terdapatnya kekurangan pelabur institusi dalam ruang kripto, tetapi kajian mendalam oleh Chainalysis menunjukkan yang Afrika mempunyai beberapa pasaran yang paling membangun di dunia — penembusan mendalam dan perlaksanaan matawang kripto terhadap aktiviti kewangan harian untuk ramai pengguna.
Perisian baru boleh menjadikan kualiti Bitcoin setara dengan Ethereum

Lightning Labs telah mengeluarkan satu versi ujikaji perisian yang membolehkan pembangun untuk mencipta, menghantar dan menerima aset pada rangkaian Bitcoin.
Melalui penggunaan perisian tersebut yang dipanggil Taro, pencipta stablecoin — sebagai contoh, boleh mengeluarkannya pada rangkaian Bitcoin dan ia boleh dihantar dan diterima pada Rangkaian Lightning, iaitu lapisan pembayaran yang dibina di atas rangkaian Bitcoin. Rangkaian Lightning adalah sama seperti ipay88 untuk Bitcoin.
Sehingga sekarang, pengeluaran aset, stablecoin dan NFT adalah di antara domain utama bagi platform kontrak pintar seperti Ethereum, dan platform terbaru termasuk Cardano dan Solana.
Volum kripto pada tukaran meningkat kali pertama sejak May

Volum dagangan pada tukaran kripto bulan September meningkat 16% berbanding bulan sebelumnya, kenaikan signifikan pertama sejak musim sejuk kripto berlaku pada May.
The Block’s Legitimate Index yang menjejaki volum dagangan spot menunjukkan yang $733.9 billion kripto telah didagangkan pada bulan September, peningkatan dari $630.17 berbanding bulan sebelumnya. Volum dagangan mencecah all-time high pada nilai $2.1 trillion pada May 2021, apabila dagangan Bitcoin berada pada sekita $50,000.
Bacaan berita panjang

Platform kontrak pintar mempunyai banyak persamaan, tetapi jika anda melihat dengan teliti, terdapat perkara unik di antara Cardano dan Ethereum. Mari lihat apakah perbezaan utama di antara Cardano dan Ethereum.
Rangkuman prestasi dan angka
£846 million – Volum dagangan pada Isnin minggu lepas di antara pasangan Bitcoin/Pound
£54.1 million – Anggaran transaksi setiap hari pada tahun 2022 di antara pasangan Bitcoin/Pound
587 million – Jumlah mesej kewangan yang dihantar melalui rangkaian SWIFT pada bulan September tahun ini. SWIFT baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Chainlink untuk turut menyenaraikan rantaian blok dalam perkhidmatannya.
$720 million – Jumlah modal Bitcoin yang diperolehi oleh firma pelaburan NYDIG untuk Dana Bitcoin institusinya. Terdapat 59 pelabur yang masing-masing menyumbangkan $12 juta.
Kapsul masa kripto
Trivia kripto
Apakah persamaan di antara New Balance dan Cardano?
Pada tahun 2019, jenama kasut terkemuka New Balance dan Cardano memperkenalkan projek rantaian blok dimana pelanggan dan peruncit boleh mengesahkan keaslian kasut mereka menggunakan rangkaian Cardano. Projek tersebut dipanggil NB RealChain.
Berbaloi untuk ditonton

Matawang kripto baru seperti Solana dan Cardano digunakan untuk membina aplikasi tidak berpusat (dApp), tapi apa sebenarnya dApp? Mari tonton video ini.