Siapa pengasas Chainlink?

Pada tahun 2017, sekumpulan pelajar yang diketuai oleh tiga orang pensyarah Sergey Nazarov, Steve Ellis dan Dr Ari Juels dari Cornell University muncul dengan idea untuk membina Chainlink sebagai salah satu kaedah untuk menghubungkan kontrak pintar pada rantaian blok dengan data daripada dunia nyata.
Sergey Nazarov ialah usahawan daripada Rusia yang juga pengasas SmartContract, satu kaedah untuk pengguna membina perjanjian yang boleh diprogramkan dan tanpa memerlukan sebarang individu tengah, CryptaMail dan Secure Asset Exchange. Steve Ellis ialah pengasas bersama Servey Nazarov dan CTO di Smart Contract.com, manakala Dr. Ari Juels ialah seorang profesor di Institut Jacobs Technion-Cornell di Cornell Tech.
Chainlink dilancarkan pada tahun 2017, dan mereka berjaya mengumpul dana untuk beroperasi dengan menjual token kripto natifnya sendiri – LINK; yang juga digunakan sebagai insentif dalam penyedia data rangkaian. 350 juta daripada satu bilion unit koin Link ditawarkan, dan mereka menjana $32j dan menjadikan nilai LINK ialah $10.94 untuk satu koin.
Sejak pelancarannya, Chainlink telah mengalami kemaskini pada tahun 2020 oleh Dr Juels untuk menaiktaraf keselamatan. Pada April 2021, satu kertas putih dipanggil Chainlink 2.0 diterbitkan dan ia mengandungi maklumat bagaimana sistem tersebut boleh berevolusi dan berkembang di masa depan.