Siapa yang mengawal Bitcoin?

Jawapan pendek: Tiada siapa.

Tetapi untuk memahami bagaimana ia boleh dilakukan mungkin kedengaran agak sukar. Oleh itu, mari kita fahami apa itu konsep tidak berpusat dan mengapa ia merupakan manfaat terbesar Bitcoin.

Apa itu konsep tidak berpusat?

Untuk memahami apa itu konsep tidak berpusat, kita perlu mula dengan perkara yang berlawanan dengannya: berpusat.

Terma ini digunakan ketika Revolusi Perancis untuk menerangkan jenis kerajaan yang ingin ditumbangkan oleh rakyat Perancis. Pada ketika itu, Raja Louis ke-16 mempunyai kuasa dan kawalan mutlak terhadap Perancis. Namun begitu, rakyat yang bekerjaya menyedari yang mereka sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian setelah mendapat pendidikan dan dibantu dengan idea falsafah baru. Kumpulan rakyat ini menginginkan dunia yang berkongsi kuasa antara satu sama lain.

Sejak itu, kita mula menggunakan perkataan ‘berpusat’ dalam pelbagai perkara lain, termasuklah pengurusan dan teknologi.

Bahasa adalah tidak berpusat

Bahasa ialah satu contoh perkara yang berkonsepkan tidak berpusat. Pengasas Ethereum, Vitalik Buterin menulis dalam satu hantaran blog dalam Bahasa Inggeris. Siapa yang mengawal Bahasa Inggeris? Tiada sesiapa dan anda tidak dipaksa untuk menggunakannya dengan sebarang cara tertentu.

Setiap penutur Bahasa Inggeris memainkan peranannya sendiri dalam memastikan bahasa tersebut terus berevolusi. Kita menggunakan slanga, jargon, singkatan, perkataan dan frasa yang dipinjam dari bahasa lain, atau menggunakan perkataan yang berbeza dari maksud asalnya. Kita boleh mencipta perkataan baru tetapi ia merupakan perkara sia-sia jika tiada sesiapa yang bersetuju akan maksudnya. Untuk boleh berkomunikasi secara efisyen, kita semua perlu bersetuju dengan maksud perkataan tersebut secara sebulat suara atau konsensus.

Tiada siapa mengawal Bitcoin – seperti internet

Tiada sesiapa memiliki Bitcoin, tiada sesiapa mempunyai kuasa mutlak terhadap Bitcoin, tiada sesiapa yang mengawalnya, tiada sesiapa boleh menutupnya serta tiada sesiapa tidak boleh mengubahnya mengikut keperluan peribadi. Namun begitu, ia tidak bermakna yang perkara-perkara ini tidak boleh dilakukan, cuma, tiada individu tunggal atau sekumpulan individu mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Seperti yang diterangkan dalam Soalan Lazim pada laman web Bitcoin:

‘Rangkaian Bitcoin tidak dimiliki oleh sesiapa, sama seperti tiada sesiapa yang memiliki teknologi emel. Bitcoin dikawal oleh semua pengguna Bitcoin di seluruh dunia. Walaupun para pembangun sedang terus membangunkan perisian ini, mereka tidak boleh memaksa satu perubahan pada protokol Bitcoin kerana semua pengguna bebas untuk memilih perisian dan versi yang mereka ingin gunakan. Untuk kekal sesuai dengan pengguna Bitcoin lain, semua pengguna perlu menggunakan perisian yang mematuhi peraturan yang sama. Bitcoin hanya boleh berfungsi dengan betul apabila semua pengguna bersetuju sepenuhnya. Oleh itu, semua pengguna dan pembangun mempunyai insentif yang kukuh untuk melindungi konsensus ini.’

Tulisan di atas merupakan fungsi Bitcoin paling signifikan, namun ia juga sering dilupakan.

Bitcoin juga sering dibandingkan dengan internet – yang juga tidak dikawal oleh sesiapa. Ia diuruskan oleh ekosistem di sekelilingnya, seperti:

  • Pengguna (individu yang beli, belanja, jual dan simpan Bitcoin)
  • Pelombong (individu yang memproses transaksi, melombong Bitcoin baru dan memastikan rangkaian terus bergerak)
  • Pembangun (individu yang terus menaiktaraf rangkaian)
  • Syarikat dan pemegang saham (seperti Luno yang membolehkan pengguna untuk mengakses Bitcoin dan memastikan ia selamat)

Salah satu manfaat sistem tidak berpusat ini ialah ia tidak mempunyai satu titik kegagalan tunggal, menjadikannya ia amat sukar untuk diserang. Namun ini tidak bermakna yang sistem ini bersifat kebal. Sistem ini sama seperti Hydra – raksasa berkepala banyak yang terus menumbuhkan kepala apabila kepalanya dipotong.

Skin in the game

Bitcoin adalah milik semua, namun tiada sesiapa yang memilikinya secara mutlak. Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin, mahukan Bitcoin bersifat lebih demokratik dan setara berbanting sistem kewangan yang sedia ada.

Tetapi terdapat satu lagi manfaat dalam sistem tidak berpusat ini. Semua orang terlibat dalam matawang kripto – pengguna, pembangun, pelombong, syarikat dan pemegang saham – semuanya perlu ‘skin in the game‘. Ini bermaksud semua yang terlibat perlu melakukan yang terbaik untuk rangkaian kerana semuanya mempunyai risiko yang sama jika perkara buruk berlaku.

  • Syarikat matawang kripto mahu industri ini untuk terus berkembang maju dan menggalakkan penerimaan lebih meluas dengan menjadikan penggunaan Bitcoin lebih mudah. Lebih banyak pembelian, simpanan, jual dan pembelajaran mengenai Bitcoin, lebih banyak syarikat – dan pelabur mereka mendapat manfaat.
  • Pelombong ingin mendapatkan keuntungan daripada perkembangan berterusan rangkaian. Pelombong Bitcoin adalah individu yang paling berisiko kerana mereka perlu melabur banyak masa dan wang untuk perkakas mereka. Pelombong-pelombong ini mempunyai insentif yang kuat untuk terus melakukannya dan lebih berpengaruh terhadap rangkaian.
  • Pembangun mahu terus membangunkan Bitcoin. Sama ada untuk tujuan kewangan, politik atau sosial, atau mereka sekadar cuma seronok melakukannya.
  • Pengguna mahu memanfaatkan matawang kripto yang ditawarkan: keselamatan, kos yang rendah, telus, lebih kawalan terhadap wang, potensi untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan dan banyak lagi.

Pembelian matawang kripto bukanlah sekadar satu pembelian ringkas. Ia sebenarnya satu undian terhadap sistem kewangan baru dan petanda yang mereka sedang mempertimbangkan kaedah baru dalam kewangan.

Sebaik sahaja kepingan pertama Bitcoin atau Ethereum muncul di Dompet Luno anda, secara automatik anda telah menjadi sebahagian daripada rangkaian.

Konsep tidak berpusat bermaksud matawang kripto menawarkan kebebasan kewangan yang sebenar

Implikasi kebebasan kewangan yang sebenar mungkin sukar untuk digambarkan, terutamanya jika anda tinggal di negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dan mempunyai akses yang mudah terhadap perkhidmatan kewangan yang anda perlukan. Tetapi, bukan semua orang mempunyai peluang tersebut.

Wang ada di sekeliling kita, di setiap bahagian hidup kita. Ikan tidak tahu yang ia hidup dalam air, sama juga seperti kita, sukar untuk membayangkan dunia tanpa sistem yang sedia ada.

Matawang kripto yang tidak berpusat adalah bebas daripada sebarang kawalan berpusat. Bitcoin adalah kebal terhadap beberapa isu serius yang dihadapi oleh matawang tempatan.

Contohnya, perkhidmatan Bitcoin tidak terganggu pada hari cuti umum dan pengguna masih lagi mempunyai akses terhadapnya. Ia tidak akan mengalami inflasi melampau disebabkan oleh polisi kewangan yang tidak diuruskan dengan baik. Ia juga tidak boleh tiba-tiba ditarik balik, tidak boleh dibekukan daripada akaun bank disebabkan kegagalan dalam institusi kewangan, tidak boleh diambil oleh sekatan antarabangsa, dan ia tidak boleh dihalang atau disensorkan.

Cara kita menggunakan dan berfikir mengenai wang kini berubah dan pilihan matawang tidak berpusat global yang dimiliki oleh semua orang merupakan satu perkara yang besar dalam sistem ini. Di Luno, kami percaya yang matawang kripto tidak berpusat akan menaiktaraf sistem dunia dengan ketelusan dan akses yang sama rata untuk semua orang.

Bitcoin adalah milik anda, dan juga semua orang.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

1
0