Soalan Lazim: Cukai kripto dan LHDN

Bilakah kripto boleh dikenakan cukai?

1. Berapakah peratus potongan cukai dikenakan kepada seseorang. Contohnya, jika beliau mengeluarkan RM 10,000 dari akaun Luno dan dimasukkan ke akaun bank miliknya.

Sekiranya amaun RM10,000 tersebut merupakan pendapatan hasil, amaun tersebut adalah tertakluk kepada cukai pendapatan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Kadar peratusan potongan cukai adalah bergantung kepada pendapatan bercukai seseorang (pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak) mengikut Bahagian 1, Jadual 1 ACP 1967.

Namun, sekiranya amaun RM10,000 tersebut merupakan pendapatan modal, tiada cukai pendapatan akan dikenakan.

2. Adakah saya akan dikenakan cukai jika melabur dalam Luno?

Pelaburan seseorang dalam matawang digital dan token digital pada mana-mana platform Pertukaran Aset Digital (termasuk Luno) akan hanya  tertakluk kepada cukai pendapatan diperingkat pelupusan pelaburan tersebut sekiranya keuntungan yang dihasilkan bersifat perdagangan.

3. Jika saya membeli sejumlah koin dari platform yang tidak disahkan oleh Bank Negara/Suruhanjaya Sekuriti/LHDN dan mendapat keuntungan (selepas menjual koin tersebut) sebanyak 1,000,000 USDT, adakah saya perlu membayar cukai bagi keuntungan tersebut?

Sebarang keuntungan yang terhasil dari aktiviti perniagaan, perdagangan, pekerjaan adalah layak dikenakan cukai (termasuk sebarang perniagaan yang tidak berdaftar/disahkan oleh sebarang penguatkuasa).

Keuntungan dari perdagangan aktif matawang digital adalah tertakluk pada cukai jika keuntungan dari penjualan token digital sebanyak 1,000,000 USDT itu adalah hasil dari aktiviti perdagangan di atas.

4. Jika seseorang itu mendagangkan stablecoin (cth: menjual BCH/ETH ke USDT/USDC dan kekal begitu) tanpa mengambil keuntungan dalam bentuk MYR, adakah ia masih dikenakan cukai?

Stablecoin ialah matawang kripto yang harganya direka untuk ditambat pada aset rujukan. Aset rujukan boleh menjadi wang fiat, tukaran – dagangan komoditi atau matawang kripto.

Jika nilai keuntungan adalah dianggap sebagai hasil dari aktiviti perdagangan, maka ia akan dicukai.

Nota: Pada masa ini Luno Malaysia tidak menyokong stablecoin seperti USDT atau USDC

5. Jika saya melakukan stake bagi USDC/USDT untuk satu tempoh yang lama (lebih dari 1 tahun) dan dibayar dalam USDC/USDT, adakah saya akan dikenakan cukai jika saya menukar keuntungan stake saya dalam nilai MYR? 

Stake ialah “penguncian” sebahagian matawang kripto untuk satu tempoh sebagai salah satu sumbangan pada rangkaian rantaian blok. Sebagai balasan, stakers (individu yang melakukan stake) akan menerima ganjaran, biasanya dalam bentuk koin atau token tambahan. Kebolehcukaian dari aktiviti stake bergantung pada fakta, kes dan lencana perdagangan. Staking boleh dicukai jika terdapat aktiviti pencarian keuntungan, oleh itu keuntungan tersebut perlu ditukar ke nilai MYR untuk tujuan pengisytiharan.

Nota: Pada masa ini Luno Malaysia tidak menyokong stablecoins seperti USDT atau USDC.

6. Bagaimana untuk mengisytiharkan cukai jika saya membeli BTC yang pada awalnya mendapat untung, namun selepas itu saya mengalami kerugian? 

Mana-mana individu yang mendagangkan matawang digital secara aktif dilihat sebagai menjana hasil dari aktiviti tersebut, oleh itu keuntungan dari perdagangan matawang digital boleh dicukai di bawah Seksyen 4 (a), ITA 1967.

Namun begitu, sebarang kerugian yang berlaku dari aktiviti perdagangan matawang digital dianggap sebagai penolakan cukai selagi mana perbelanjaan atau kerugian yang dituntut memenuhi keperluan di bawah Seksyen 33 dan 38, ITA 1967.

7. Adakah kripto yang diterima oleh individu lain dikenakan cukai?

Kebolehcukaian ke atas penerimaan matawang digital adalah bergantung kepada fakta dan kes sebenar serta petunjuk perdagangan. 

Sekiranya seseorang itu menerima matawang digital secara percuma sebagai alat promosi atau pemasaran atau pecahan matawang digital sedia ada seperti ‘airdrop’ dan ‘hardfork’, penerimaan tersebut adalah tidak tertakluk kepada cukai.

Walau bagaimanapun, perkara di atas mungkin tertakluk kepada cukai pendapatan jika matawang digital itu diberikan sebagai pertukaran barangan atau perkhidmatan tertentu. 

Keuntungan daripada pelupusan matawang digital tersebut pada masa hadapan akan dikenakan cukai jika keuntungan itu bersifat hasil.

8. Jika saya menggunakan platform perdagangan dengan fungsi perdagangan leverage dan menerima kerugian disebabkan oleh fungsi tersebut, bolehkah saya membuat tuntutan kerugian pada cukai pendapatan saya? Juga, adakah terdapat had dan adakah masih boleh dituntut jika transaksi ini dilakukan pada dua atau tiga tahun lepas?

Sebarang kerugian yang ditanggung daripada aktiviti perdagangan matawang digital boleh dibenarkan potongan cukai selagi perbelanjaan atau kerugian yang dituntut memenuhi keperluan di bawah Seksyen 33 dan 39 ACP 1967. 

Sekiranya kerugian perniagaan tidak dapat diserap bagi sesuatu tahun taksiran, Kerugian larasan perniagaan tersebut juga boleh dibawah ke tahun hadapan dan tahun berikutnya di bawah Seksyen 44(2), 43(2), 44(4) dan 44(5) ACP 1967.

Berkenaan dengan had masa bagi kerugian larasan perniagaan yang tidak dapat diserap dihantar ke hadapan, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No. 1/2022.

9. Rakan saya menerima faedah dengan menyimpan matawang kripto dalam dompet tertentu. Adakah faedah tersebut tertakluk pada cukai pendapatan?

Pendapatan yang diperolehi dari faedah yang diperolehi oleh individu yang menetap di Malaysia, dari wang yang telah didepositkan dengan institusi-institusi berikut adalah dikecualikan dari cukai:

  1. Bank atau syarikat kewangan yang berdaftar atau dianggap berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;
  2. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;
  3. Pembangunan institusi kewangan yang ditetapkan dibawah Akta Pembangunan Institusi Kewangan 2002;
  4. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan dibawah Akta Tabung Haji 1995;
  5. Malaysia Building Society Berhad (MSSB) yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016;
  6. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016; dan
  7. Persatuan koperasi yang didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993

Bagi pendapat kami, faedah pendapatan yang diterima selain dari institusi di atas adalah boleh dikenakan cukai.

10. Secara asasnya, LHDN perlu menilai setiap kes sama ada ia dikenakan cukai atau tidak. Oleh itu, bagaimana atau bila pengguna akan mendapat taksiran sebegitu? Adakah pengguna perlu mendapatkan rundingan terlebih dahulu sebelum mereka menghantar taksiran cukai tahunan? Atau adakah pengguna perlu mengisytihar dan membuat pembayaran cukai terlebih dahulu dan kemudian menuntut bayaran balik kemudian?

Sistem Taksir Sendiri (STS) telah diperkenalkan kepada individu bermula dari tahun taksiran 2004.

Melalui STS, pembayar cukai diwajibkan dari segi undang-undang untuk menentukan cukai pendapatannya, mengira cukai pendapatan yang dikenakan, menghantar borang nyata cukai pendapatan dan membuat pembayaran cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.

Anda boleh melawat cawangan LHDN terdekat atau mana-mana agen cukai yang didaftarkan dibawah S.153, ITA 1967 untuk sebarang penjelasan sebelum menghantar Borang Nyata.

11. Saya menerima airdrop, menukarnya ke XRP, menjual XRP tersebut dan menukar menjadi wang tunai dalam nilai MYR. Bagaimana untuk mengira cukai atau membuktikan penjualan XRP adalah dari airdrop?

Kebolehcukaian ke atas pertukaran matawang digital adalah bergantung kepada fakta dan kes sebenar serta petunjuk perdagangan. 

Sekiranya seseorang itu menerima matawang digital secara percuma sebagai alat promosi atau pemasaran atau pecahan matawang digital sedia ada seperti ‘airdrop’ dan ‘hardfork’, penerimaan tersebut adalah tidak tertakluk kepada cukai.

Walau bagaimanapun, selepas membuat penukaran, keuntungan daripada pelupusan matawang digital tersebut akan dikenakan cukai jika wujud fakta yang ianya diperdagangkan dan menghasilkan keuntungan bersifat hasil. 

Adalah penting untuk menyimpan rekod yang lengkap melibatkan rantaian transaksi seperti dalam soalan bagi memudahkan penentuan status transaksi tersebut dari segi percukaian.

12. Jika saya menjual kripto untuk membayar cukai, adakah hasil jualan tersebut dikenakan cukai?

Cukai pendapatan tidak dikenakan ke atas jualan matawang digital. Sebaliknya, cukai pendapatan akan dikenakan ke atas keuntungan atau pendapatan yang diterima daripada urusniaga jual beli matawang digital. 

13. Mengapa staking tertakluk kepada cukai tetapi faedah dari Deposit Tetap tidak dikenakan cukai?

Ganjaran staking ialah kaedah untuk mendapatkan pendapatan dari transaksi matawang digital. Kaedah ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti faedah.

Pendapatan yang diperolehi dari faedah yang diperolehi oleh individu yang menetap di Malaysia, dari wang yang telah didepositkan dengan institusi-institusi berikut adalah dikecualikan dari cukai:

i. Bank atau syarikat kewangan yang berdaftar atau dianggap berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

ii. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

iii. Pembangunan institusi kewangan yang ditetapkan dibawah Akta Pembangunan Institusi Kewangan 2002;

iv. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan dibawah Akta Tabung Haji 1995;

v. Malaysia Building Society Berhad (MSSB) yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016;

vi. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016; dan

vii. Persatuan koperasi yang didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993

Oleh kerana matawang digital tidak dianggap sebagai tender sah di Malaysia, tiada pengecualian ganjaran/faedah yang diberikan pada aktiviti staking. Oleh itu, aktiviti ini boleh dikenakan cukai.

14. IJika saya menjual matawang kripto selepas menyimpannya selama setahun, adakah saya akan dikenakan cukai?

Sekiranya fakta menunjukkan keuntungan modal, maka tiada cukai dikenakan. Jika sebaliknya, maka keuntungan hasil boleh dicukai.

Bagaimana untuk membayar cukai kripto

1. Bagaimanakah kaedah pembayaran cukai untuk matawang kripto? Adakah saya perlu mengisi apa-apa borang?

Pembayaran cukai pendapatan boleh dilakukan melalui kaedah sedia ada iaitu secara tunai, kad kredit, bayaran atas talian dan pindahan wang dengan menggunakan nilai Ringgit Malaysia (RM).

2. Adakah saya perlu berdaftar sebagai perniagaan di SSM untuk mengisytiharkan cukai bagi matawang kripto? Jika ya, apakah kategori atau Kod Perniagaan yang berkenaan dengan perkara ini?

Semua perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mengisytiharkan pendapatan mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sila rujuk laman web rasmi SSM untuk lebih maklumat mengenai prosedur pendaftaran syarikat, termasuklah Kod Perniagaan.

Malaysia tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan modal, kecuali keuntungan daripada pelupusan harta tanah seperti rumah, bangunan komersil, ladang, tanah kosong dan keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat harta tanah (SHT) di bawah Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976)

3. Sesetengah platform hanya membenarkan pengguna untuk mengakses rekod jual beli dalam tempoh 3 bulan lalu. Terdapat kemungkinan adanya perbezaan antara nilai sebenar jual beli dengan nilai yang direkodkan oleh pengguna sendiri disebabkan oleh adanya yuran jual beli. Perbezaan akan lebih ketara jika terdapat banyak urusan jual beli atau jika harga kripto melonjak dengan signifikan. Oleh itu, apabila membuat pengiraan cukai, berapa banyakkah perbezaan antara nilai sebenar jual beli dengan nilai yang direkodkan sendiri oleh pengguna? 

Adalah penting bagi pembayar cukai untuk menyimpan rekod-rekod perniagaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 82 ACP 1967, dimana kewajipan untuk menyimpan rekod-rekod dan memberi resit-resit yang berkaitan. Dalam Seksyen tersebut tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan hendaklah menyimpan rekod yang mencukupi bagi membolehkan pendapatan atau kerugian perniagaan atau lebihan / kekurangan pendapatan ditentukan dengan mudah dan tepat. 

Memandangkan nilai matawang digital sentiasa berubah, sebarang transaksi matawang digital perlulah direkodkan berdasarkan nilai saksama iaitu iaitu pada kadar yang berkuat kuasa pada hari transaksi dan berdasarkan pertukaran matawang digital yang boleh diterima dan boleh disahkan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Yuran jual beli boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kos jualan dan belian, justeru maklumat pembayaran yuran ini perlu disertakan bagi menjelaskan perbezaan nilai sebenar dan nilai yang direkodkan. Nilai yang akan digunapakai dalam pengiraan keuntungan / kerugian adalah nilai sebenar.

4. Jika transaksi saya dalam nilai USD, bagaimanakah cara untuk merekodkan transaksi saya dalam nilai MYR?

Bagi merekodkan transaksi matawang digital dalam nilai Ringgit Malaysia (RM), seseorang boleh merekodkannya berdasarkan nilai tukaran wang pada hari transaksi tersebut berlaku.

5. Secara asasnya, LHDN perlu menilai setiap kes sama ada ia dikenakan cukai atau tidak. Oleh itu, bagaimana atau bila pengguna akan mendapat taksiran sebegitu? Adakah pengguna perlu mendapatkan rundingan terlebih dahulu sebelum mereka menghantar taksiran cukai tahunan? Atau adakah pengguna perlu mengisytihar dan membuat pembayaran cukai terlebih dahulu dan kemudian menuntut bayaran balik kemudian?

Sistem Taksir Sendiri (STS) telah diperkenalkan kepada individu bermula dari tahun taksiran 2004.

Melalui STS, pembayar cukai diwajibkan dari segi undang-undang untuk menentukan cukai pendapatannya, mengira cukai pendapatan yang dikenakan, menghantar borang nyata cukai pendapatan dan membuat pembayaran cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.

Anda boleh melawat cawangan LHDN terdekat atau mana-mana agen cukai yang didaftarkan dibawah S.153, ITA 1967 untuk sebarang penjelasan sebelum menghantar Borang Nyata.

5. Mengapa staking tertakluk kepada cukai tetapi faedah dari Deposit Tetap tidak dikenakan cukai?

Ganjaran staking ialah kaedah untuk mendapatkan pendapatan dari transaksi matawang digital. Kaedah ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti faedah.

Pendapatan yang diperolehi dari faedah yang diperolehi oleh individu yang menetap di Malaysia, dari wang yang telah didepositkan dengan institusi-institusi berikut adalah dikecualikan dari cukai:

i. Bank atau syarikat kewangan yang berdaftar atau dianggap berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

ii. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

iii. Pembangunan institusi kewangan yang ditetapkan dibawah Akta Pembangunan Institusi Kewangan 2002;

iv. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan dibawah Akta Tabung Haji 1995;

v. Malaysia Building Society Berhad (MSSB) yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016;

vi. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 2016; dan

vii. Persatuan koperasi yang didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993.

Oleh kerana matawang digital tidak dianggap sebagai tender sah di Malaysia, tiada pengecualian ganjaran/faedah yang diberikan pada aktiviti staking. Oleh itu, aktiviti ini boleh dikenakan cukai.

6. Jika saya menjual matawang kripto selepas menyimpannya selama setahun, adakah saya akan dikenakan cukai?

Sekiranya fakta menunjukkan keuntungan modal, maka tiada cukai dikenakan. Jika sebaliknya, maka keuntungan hasil boleh dicukai.

Cukai kripto dan keuntungan modal

1. Berapakah peratus potongan cukai dikenakan kepada seseorang. Contohnya, jika beliau mengeluarkan RM 10,000 dari akaun Luno dan dimasukkan ke akaun bank miliknya.

Sekiranya amaun RM10,000 tersebut merupakan pendapatan hasil, amaun tersebut adalah tertakluk kepada cukai pendapatan dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Kadar peratusan potongan cukai adalah bergantung kepada pendapatan bercukai seseorang (pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak) mengikut Bahagian 1, Jadual 1 ACP 1967.

Namun, sekiranya amaun RM10,000 tersebut merupakan pendapatan modal, tiada cukai pendapatan akan dikenakan.

2. Adakah pelaburan dari kripto dianggap keuntungan modal? Bagaimana pula dengan kerugian modal yang menyumbang kepada pengurangan cukai? 

Perniagaan yang membeli matawang digital untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang boleh menikmati keuntungan modal dari pelupusan matawang-matawang digital tersebut. Namun begitu, oleh kerana cukai keuntungan modal tidak digunakan di Malaysia, keuntungan tersebut tidak dikenakan cukai.

Sebarang kerugian modal yang berkaitan dengan pelaburan tersebut tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pengurangan.

Namun, kebolehcukaian keuntungan dari pelaburan perlu bergantung pada fakta dan berasaskan kes.

3. Apakah amaun maksimum bagi keuntungan modal yang tidak dikenakan cukai?

Oleh kerana keuntungan modal tidak dikenakan cukai di Malaysia, tiada amaun maksimum bagi perkara yang tidak dikenakan cukai.

4. Bagaimana untuk menerangkan pengeluaran RM 10,000 sebagai keuntungan modal jika nilai tersebut adalah dalam bentuk matawang digital yang dipindahkan ke Luno dari dompet lain. Nilai tersebut kemudiannya dijual di Luno dan dipindahkan ke akaun bank saya untuk pengeluaran.

Kebolehcukaian keuntungan dari pelupusan matawang kripto bergantung pada fakta dan keadaan transaksi tersebut (RM10,000), sama ada pelupusan tersebut adalah bersifat modal atau hasil. Sebarang keuntungan/pulangan dari jualan atau pindahan matawang digital perlu dipertimbangkan berdasarkan petunjuk perdagangan di dalam Panduan untuk memutuskan sama ada ia boleh dikenakan cukai atau tidak.

5. Apakah contoh sifat-sifat modal?

Contoh pendapatan bersifat modal adalah keuntungan keatas pelupusan aset seperti kereta, bangunan, kelengkapan pejabat dan lain-lain.

Contoh perbelanjaan bersifat modal ialah pembelian aset seperti pembelian kenderaan, bangunan, kelengkapan pejabat dll.

6. Jika saya membeli Bitcoin pada harga RM 100K pada hari ini dan menjualnya pada RM 200K keesokan harinya, adakah aktiviti ini dianggap sebagai keuntungan modal dan tidak dikenakan cukai?

LHDN akan mengesahkan transaksi untuk mengenalpasti sifat keuntungan. Oleh itu, adalah penting untuk menyimpan semua dokumen untuk tujuan pengesahan.

7. Bagaimana untuk menentukan sama ada transaksi itu adalah keuntungan modal dan tidak dicukai, atau keuntungan hasil dan boleh dicukai?

Transaksi tersebut perlu berdasarkan petunjuk perdagangan dan bergantung pada fakta kes.

8. Adakah terdapat tempoh minimum untuk pegangan kripto sebelum diiktiraf sebagai pelaburan bersifat modal?

Tiada tempoh yang spesifik, ianya bergantung kepada fakta kes.

9. Saya bekerja dan menerima gaji di bawah RM 2,000, oleh itu cukai pendapatan tidak dikenakan kepada saya. Sekiranya saya menjual matawang kripto yang dibeli dan bersifat modal, adakah saya perlu pergi ke LHDN untuk mengisytiharkan modal keuntungan?

Sekiranya fakta menunjukkan keuntungan modal maka tiada pelaporan perlu dilakukan.

Cukai kripto dan hasil

1. Cukai Hasil adalah apabila anda membuat belian dan jualan / membuat dagangan dalam jangka masa pendek. Apakah had amaun bagi cukai hasil untuk seorang individu?

Pengiraan bagi pendapatan yang dicukai bagi cukai pendapatan individu adalah selepas penolakan seperti yang dinyatakan pada Bahagian 1, Jadual 1, ITA 1967

2. Bagaimana untuk saya mengetahui jumlah cukai hasil yang perlu dibayar dan dimanakah saya boleh mendapatkannya? 

Sistem taksiran diri sendiri (STS) telah dimulakan untuk syarikat dari tahun taksiran 2001, manakala bagi syarikat lain dari tahun taksiran 2004.

Taksiran diri sendiri bermaksud pembayar cukai perlu dari segi undang-undang, menentukan pendapatan yang boleh dicukai termasuklah pendapatan dari transaksi matawang digital. Pembayar cukai juga perlu mengira cukai pendapatan sebelum menghantarnya menggunakan Borang Nyata (yang berkenaan) seperti yang disediakan di bawah Seksyen 77 dan 77A, ITA 1967.

Untuk mengetahui hasil yang perlu dibayar, pelanggan dinasihatkan untuk mendokumenkan dan merekodkan semua transaksi dengan betul kerana ini juga merupakan satu keperluan di bawah Seksyen 82, ITA 1967.

3. Bagaimana untuk menentukan sama ada transaksi itu adalah keuntungan modal dan tidak dicukai, atau keuntungan hasil dan boleh dicukai?

Transaksi tersebut perlu berdasarkan ciri-ciri dagangan dan bergantung pada fakta kes.

Cukai dan NFT

1. Adakah keuntungan penjualan NFT dikenakan cukai? Sebagai contoh, jika saya menukar kripto saya menjadi NFT dan nilainya meningkat lebih dari kripto, maka saya akan mendapat keuntungan dari NFT saya tetapi bukan dari kripto. Bagaimanakah cukai akan dikira?

Token tidak berpiawai (NFT) ialah pengenal pasti digital bersifat unik yang tidak boleh disalin, diganti atau dipecahkan. Ia direkodkan pada rantaian blok dan boleh dipindahkan atau dipasarkan pada sebarang harga. Oleh itu, sebarang keuntungan dari penjualan NFT boleh dikenakan cukai. Sila ambil maklum yang apresiasi NFT yang dibandingkan dengan kripto adalah tidak dikenakan cukai sehinggalah ia direalisasikan.

2. Adakah NFT termasuk sekali dalam peraturan cukai?

Kebolehcukaian transaksi matawang kripto terpakai kepada mana-mana individu yang menerima atau melupuskan matawang kripto dan juga terlibat dalam perniagaan matawang digital termasuklah NFT.

3. Jika saya membeli NFT dengan harga yang tinggi tetapi dijual dengan harga yang rendah akibat kejatuhan pasaran, bolehkah saya menuntut kerugian ini pada cukai pendapatan?

Sebarang kerugian perniagaan yang ditanggung daripada aktiviti perdagangan matawang digital boleh dibenarkan potongan cukai selagi perbelanjaan atau kerugian yang dituntut memenuhi keperluan di bawah Seksyen 33 dan 39 ACP 1967.

Menerima kripto masuk ke Luno dari bursa lain

1. Bagaimanakah untuk mengisytiharkan cukai bagi matawang kripto yang dibeli dari bursa lain dan kemudiannya dimasukkan ke Luno untuk ditunaikan ke bank tempatan? Apakah kriteria yang perlu dipenuhi atau dokumen yang perlu disediakan?

Kebolehcukaian ke atas urus niaga matawang digital di Malaysia adalah berdasarkan Seksyen 3 ACP 1967 di mana pendapatan mana-mana orang yang terakru di dalam atau diperolehi dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikenakan cukai

Sekiranya seseorang itu berdagang matawang digital secara aktif dan menjana keuntungan daripada aktiviti tersebut, maka keuntungan tersebut boleh dikenakan cukai.

Dokumen serta rekod yang lengkap di bawah Seksyen 82, ACP 1967 perlulah disediakan dan disimpan oleh pembayar bagi membolehkan lebihan pendapatan atau kerugian perniagaan dapat ditentukan dengan mudah dan tepat. 

Antara contoh dokumen dan rekod yang perlu disimpan bagi transaksi matawang digital bagi soalan di atas adalah:

1. Rekod belian matawang digital dari DAX lain (kos) serta cara bayaran

2. Rekod pindahan ke Luno serta nilai pindahan

3. Rekod jualan serta pembuktian kemasukan wang ke akaun bank bagi mengesahkan nilai pelupusan

4. Dokumen dan rekod lain yang boleh mengesahkan transaksi berkaitan

2. Jika saya mendagangkan pilihan Binari pada platform di luar negara dan keuntungannya ditukar ke Bitcoin dan kemudian dipindahkan ke Luno, adakah ia akan dicukai?

Pilihan Binari ialah sejenis pilihan derivatif apabila pedagang membuat pertaruhan terhadap pergerakan harga aset asas masa depan pada amaun yang ditetapkan.

Kebolehcukaian sebarang transaksi matawang digital di Malaysia adalah berdasarkan Seksyen 3, ITA 1967, iaitu pendapatan mana-mana individu yang terakru atau diperolehi dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah boleh dicukai. Jika pendapatan diperolehi dari luar Malaysia, percukaian terhadap kiriman wang kepada individu tersebut adalah terkecuali sehingga 31 Dec 2026, jika ia telah dikenakan cukai di negara asal. Sila rujuk P.U.(A) 5/2022.

3. Bagaimana untuk menerangkan pengeluaran RM 10,000 sebagai keuntungan modal jika nilai tersebut adalah dalam bentuk matawang digital yang dipindahkan ke Luno dari dompet lain. Nilai tersebut kemudiannya dijual di Luno dan dipindahkan ke akaun bank saya untuk pengeluaran.

Kebolehcukaian keuntungan dari pelupusan matawang kripto bergantung pada fakta dan keadaan transaksi tersebut (RM10,000), sama ada pelupusan tersebut adalah bersifat modal atau hasil. Sebarang keuntungan/pulangan dari jualan atau pindahan matawang digital perlu dipertimbangkan berdasarkan petunjuk perdagangan di dalam Panduan untuk memutuskan sama ada ia boleh dikenakan cukai atau tidak.

4. Jika saya membeli matawang kripto dari platform luar negara, bolehkah ia dianggap sebagai pelepasan untuk pendapatan asing kerana saya tidak menggunakan apa-apa platform di Malaysia?

Kebolehcukaian sebarang transaksi matawang digital di Malaysia adalah berdasarkan Seksyen 3, ITA 1967, iaitu pendapatan mana-mana individu yang terakru atau diperolehi dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah boleh dicukai. Jika pendapatan diperolehi dari luar Malaysia, percukaian terhadap kiriman wang kepada individu tersebut adalah terkecuali sehingga 31 Dec 2026, jika ia telah dikenakan cukai di negara asal. Sila rujuk P.U.(A) 5/2022.

Jenis platform yang digunakan bukanlah faktor dalam menetapkan kebolehcukaian transaksi tersebut.

Menerima pendapatan dalam matawang kripto

1. Adakah terdapat had minima keuntungan dalam pelaburan dan perdagangan kripto untuk dikategorikan sebagai layak dikenakan cukai oleh LHDN?

Tiada had minimum bagi keuntungan dalam pelaburan dan perdagangan matawang digital yang layak dikenakan cukai dan penentuan kadar cukai pendapatan ke atas keuntungan matawang digital adalah berdasarkan kategori pembayar cukai iaitu sama ada ianya sebuah syarikat, perkongsian, liabiliti perkongsian terhad atau individu.

2. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk membezakan di antara aset yang didagangkan dengan aset yang dilaburkan? Ini kerana aktiviti perdagangan dikenakan cukai manakala aktiviti pelaburan tidak dikenakan cukai.

Maksud perdagangan aktif amat bergantung pada fakta dan keadaan transaksi yang berkenaan. Sebarang urutan/frekuensi/durasi transaksi matawang digital perlu dipertimbangkan berdasarkan ciri-ciri perdagangan pada Panduan untuk menentukan kebolehcukaiannya.

3. Saya bekerja untuk syarikat luar negara yang menjalankan perniagaan di US/UK. Syarikat ini tidak mempunyai perniagaan di Malaysia dan tidak mempunyai pelanggan Malaysia. Saya bekerja secara jarak jauh dan menerima gaji dalam USD/matawang digital. Adakah ini tertakluk kepada cukai di Malaysia? 

Kebolehcukaian ke atas pendapatan yang terbit dari Malaysia adalah berdasarkan Seksyen 3 ACP 1967 di mana pendapatan mana-mana orang yang terakru di dalam atau diperolehi dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikenakan cukai. 

Justeru, sebarang pekerjaan yang dilaksanakan di Malaysia akan dikenakan cukai di Malaysia termasuk penerimaan gaji dalam bentuk matawang digital.

4. Jika saya bekerja untuk syarikat asing dan dibayar dalam matawang kripto, adakah pendapatan saya akan dikenakan cukai?

Jika pendapatan kerjaya diperolehi di Malaysia, ia boleh dikenakan cukai dan anda perlu menukar amaun matawang kripto tersebut ke MYR pada tarikh transaksi.

Cukai perdagangan dan cukai kripto

1. Kebanyakan contoh perdagangan kripto yang ditunjukkan di atas adalah dari segi percukaian terhadap syarikat atau perniagaan. Bagaimana pula bagi individu perseorangan yang melakukan perdagangan, adakah masih dikenakan cukai?

Kebolehcukaian ke atas perdagangan matawang digital juga terpakai kepada individu.

2. Jika saya membeli kripto menggunakan kaedah DCA, adakah pembelian tersebut dianggap sebagai “transaksi kerap” di bawah petunjuk perdagangan dan adakah saya akan dikenakan cukai jika saya menjualnya untuk keuntungan?

Purata-kos-dolar atau Dollar-Cost-Averaging (DCA) ialah kaedah pelaburan kripto yang membolehkan anda mendapatkan harga beli dan jual yang rendah. Dengan menggunakan kaedah DCA, kebanyakkan pedagang kripto akan melabur sejumlah wang pada sesuatu aset setiap bulan. Pada tahap ini, kaedah DCA dilihat sebagai satu bentuk perdagangan iaitu mendapatkan keuntungan dari transaksi aktif. Oleh itu, pendapatan atau keuntungan yang diterima dari aktiviti matawang digital ini boleh dicukai.

3. Berapakah had potongan cukai atas kerugian dalam perdagangan matawang kripto?

Tiada had yang ditetapkan bagi kerugian perniagaan. Tuntutan tahun semasa boleh dibuat di bawah S.44(2) daripada pendapatan agregat. Sekiranya masih belum habis diserap, ianya boleh dituntut dalam tahun berikutnya di bawah S.43(2), ACP 1967. Penyediaan akaun dan dokumen perlu disediakan dengan sempurna.

Kripto sebagai pelaburan

1. Adakah terdapat had minima keuntungan dalam pelaburan dan perdagangan kripto untuk dikategorikan sebagai layak dikenakan cukai oleh LHDN?

Tiada had minima bagi keuntungan dalam pelaburan dan perdagangan matawang digital yang layak dikenakan cukai dan penentuan kadar cukai pendapatan ke atas keuntungan matawang digital adalah berdasarkan kategori pembayar cukai iaitu sama ada ianya sebuah syarikat, perkongsian, liabiliti perkongsian terhad atau individu.

2. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk membezakan di antara aset yang didagangkan dengan aset yang dilaburkan? Ini kerana aktiviti perdagangan dikenakan cukai manakala aktiviti pelaburan tidak dikenakan cukai.

Maksud perdagangan aktif amat bergantung pada fakta dan keadaan transaksi yang berkenaan. Sebarang urutan/frekuensi/durasi transaksi matawang digital perlu dipertimbangkan berdasarkan ciri-ciri perdagangan pada Panduan untuk menentukan kebolehcukaiannya.

3. Bagaimanakah untuk melaporkan pada LHDN jika pelaburan matawang digital adalah campuran “Spot” dan “Futures”?

Perdagangan matawang digital “Spot” adalah proses membeli dan menjual matawang digital seperti Bitcoin dan Ethereum untuk penghantaran segera. Dengan kata lain, matawang digital dipindahkan secara langsung antara pedagang pasaran (pembeli dan penjual). 

Manakala, pelaburan matawang digital “Futures”, ianya merupakan kontrak dengan perjanjian untuk membeli atau menjual matawang digital tertentu pada masa akan datang.

Prinsip kebolehcukaian ke atas pelaburan matawang digital yang melibatkan Spot dan Futures juga bergantung kepada sama ada keuntungan daripada pelaburan tersebut bersifat modal atau bersifat hasil.

4. Jika saya membeli kripto menggunakan kaedah DCA, adakah pembelian tersebut dianggap sebagai “transaksi kerap” di bawah petunjuk perdagangan dan adakah saya akan dikenakan cukai jika saya menjualnya untuk keuntungan?

Purata-kos-dolar atau Dollar-Cost-Averaging (DCA) ialah kaedah pelaburan kripto yang membolehkan anda mendapatkan harga beli dan jual yang rendah. Dengan menggunakan kaedah DCA, kebanyakkan pedagang kripto akan melabur sejumlah wang pada sesuatu aset setiap bulan. Pada tahap ini, kaedah DCA dilihat sebagai satu bentuk perdagangan iaitu mendapatkan keuntungan dari transaksi aktif. Oleh itu, pendapatan atau keuntungan yang diterima dari aktiviti matawang digital ini boleh dicukai. 

5. Adakah terdapat tahun minima untuk pegangan kripto sebelum diiktiraf sebagai pelaburan bersifat modal?

Tiada tempoh yang spesifik, ianya bergantung kepada fakta kes.

Soalan umum

1.  Bilakah panduan LHDN bagi kripto & percukaian akan dilaksanakan?

Panduan Layanan Cukai bagi Transaksi Matawang Digital akan berkuatkuasa serta-merta dan juga terpakai secara retrospektif.

2. Jika panduan cukai kripto dikeluarkan pada Ogos 2022, apakah yang akan berlaku jika saya tidak berjaya mengakses rekod-rekod saya sebelum Ogos 2022?

Adalah tanggungjawab bagi setiap pembayar cukai untuk menyimpan setiap rekod untuk tujuan cukai seperti yang dinyatakan pada Seksyen 82, Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA). Individu hendaklah menyimpan rekod yang mencukupi untuk membolehkan pendapatan atau kerugian dari perniagaan dapat dipastikan dengan mudah. Jika rekod-rekod tersebut gagal diakses, individu dinasihatkan untuk mencari bentuk maklumat yang lain seperti rekod transaksi bank yang berkaitan dengan transaksi yang berkenaan, jika diminta oleh LHDN. 

3. Jika saya tunaikan matawang kripto dan memindahkannya ke akaun bank/ASB/Tabung Haji yang saya membayar zakatnya setiap tahun, bolehkah saya mengisytiharkannya sebagai potongan Zakat pada LHDN?

Pemberian dividen oleh Tabung Haji dilakukan selepas penolakan Zakat. Jadi, Zakat dibayar pada sumber asal dan dividen pendapatan dikecualikan dari cukai pada tangan penerima.

Subseksyen 6A(3), ITA 1967 membenarkan pengurangan cukai dalam bentuk Rebat, yang ditolak dari sebarang pembayaran zakat dan fitrah pada tahun asas.

Pertama sekali, matawang kripto yang ditunaikan perlu dinilai berdasarkan fakta untuk mengenali kebolehcukaiannya. Kemudian, sebarang bentuk pembayaran untuk zakat oleh individu terbabit akan ditolak berdasarkan Subseksyen 6A(3), ITA 1967.

4. What does ‘realised” mean? If I trade crypto but I keep my profits in crypto, is that considered as realised? Or is realised only when I convert from crypto to RM?

Realised means the actual total amount received from the sales transaction. The appreciation of Crypto is not taxable until it is disposed of. Any realised profit from the trading of crypto is subject to tax and needs to be converted to RM for declaration purposes.

5. Apakah maksud ‘direalisasikan’? Jika saya mendagangkan matawang kripto dan saya menyimpan keuntungan saya dalam kripto, adakah ia dianggap sebagai direalisasikan, atau hanya direalisasikan apabila saya menukarnya dari kripto ke RM?

‘Direalisasikan’ bermaksud jumlah amaun yang sebenar diterima dari transaksi jualan. Apresiasi kripto tidak dikenakan cukai sehingga ia dilupuskan. Sebarang keuntungan yang direalisasikan dari perdagangan kripto adalah tertakluk pada cukai dan perlu ditukar ke RM untuk tujuan pengisytiharan.

6. Bagi pelabur beragama Islam, adakah keuntungan perlu diisytiharkan pada LHDN atau kepada pihak zakat, dan yang manakah perlu diutamakan dahulu?

Sekiranya pendapatan tersebut layak dikenakan cukai, maka pelaporan di bawah S.77 / S.77A, ACP 1967 perlu dipatuhi.

Subseksyen 6(A)(3), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, membenarkan potongan rebat cukai diberikan untuk apa-apa bayaran zakat dan fitrah. 

7. Jika terdapat keuntungan dari penjualan BTC dan kerugian pada penjualan ETH, bolehkah kedua-duanya mengimbangi cukai pada tahun itu?

Jika perdagangan kripto dilakukan sebagai perniagaan, maka kerugian tersebut boleh digunakan untuk mengimbangi akaun Keuntungan & Kerugian (P&L)

8. Jika terdapat kerugian dalam jualan, adakah saya boleh menuntut kerugian pada cukai pendapatan individu?

Sekiranya aktiviti kripto merupakan satu perniagaan maka rugi tahun semasa boleh ditolak dari pendapatan agregat seperti di bawah S.44(2), ACP 1967.

9.  Bolehkah saya membayar cukai LHDN dengan wang digital?

Bayaran cukai perlu menggunakan RM dan kaedah yang telah ditetapkan seperti tunai, pindahan akaun, dan lain. Wang digital tidak boleh digunakan untuk bayaran cukai.

10. Bagaimanakah LHDN mentakrifkan “jangka masa panjang”?

LHDN tidak mempunyai takrifan spesifik bagi terma di atas dan ia bergantung pada kes.

11. Di manakah saya boleh mengisytiharkan pendapatan saya (Borang BE) dari keuntungan yang diterima dari perdagangan Bitcoin?

Jika ia merupakan pendapatan syarikat, pengisytiharan adalah dibawah S.4(a), ACP 1967.

12. Jika punca pendapatan saya adalah gaji bulanan dan saya menggunakan kaedah mingguan DCA Luno tetapi saya hanya menjualnya selepas 4 tahun. Adakah saya perlu mengisytiharkannya selepas 4 tahun tersebut?

Gaji perlu diisytiharkan pada tahun taksiran yang berkenaan. Kebolehcukaian bagi sebarang apresiasi yang direalisasi selepas 4 tahun akan ditentukan berdasarkan petunjuk perdagangan.

13. Adakah saya perlu mendaftar sebagai syarikat apabila membuat pengisytiharan cukai? Jika ya, apakah kod MSIC bagi ROB untuk perniagaan yang berkaitan dengan perdagangan kripto?

Sila rujuk SSM bagi kod untuk tujuan ROB

14. Bapa saya seorang pesara dan berusia 60 tahun. Beliau melabur dalam matawang kripto dengan menggunakan wang pencen/EPF. Jika beliau menjual keuntungannya dan kemudian membuat pengeluaran, adakah beliau perlu membayar cukai?

Ia bergantung pada fakta kes dengan melihat pada ciri-ciri perdagangan

15. Berapakah jumlah transaksi yang dikira sebagai pelaburan bersifat hasil?

Tiada jumlah transaksi yang spesifik, ianya bergantung kepada fakta kes tersendiri.

16. Jika saya bekerja di luar negara dan mengumpul Bitcoin menggunakan gaji yang diperolehi dari luar negara, kemudian membuat keputusan untuk bersara di Malaysia dan menjual semua Bitcoin saya di Luno untuk membiayai kos kehidupan saya di Malaysia. Adakah keuntungan saya dikenakan cukai walaupun saya membeli Bitcoin menggunakan gaji dari luar negara yang cukainya telah pun dibayar?

Kiriman wang untuk individu dikecualikan sehingga 31 Dis 2026, dengan syarat cukai telah dikenakan di negara asal. Sila rujuk PUA 5/2022.

17. Adakah Luno menyimpan rekod untuk memudahkan pasukan Luno menjana (sebarang) cukai hasil bagi pelanggan mereka?

Luno membenarkan pelanggan untuk memuat turun keseluruhan sejarah perdagangan dari akaun Luno mereka di www.luno.com. Pelanggan boleh pergi ke dompet yang berkenaan (cth: Dompet BTC). Skrol kebawah dan klik pada Muat Turun Penyata. Pelanggan perlu mengira dan mengisytiharkan cukai mereka kepada LHDN sewajarnya. (Jawapan ini disediakan oleh Luno MY)

PENAFIAN: Sila maklum bahawa semua pandangan yang diberikan di atas adalah berdasarkan fakta yang telah dikemukakan. Sekiranya fakta sebenar adalah berbeza daripada maklumat yang dikemukakan, maka pandangan yang diberikan adalah tidak terpakai. Anda tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran LHDNM terlebih dahulu

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0