Strategi perdagangan

Profit Adalah: Pengertian, Jenis dan Cara Menghitungnya

Strategi perdagangan ialah pendekatan untuk memanjangkan atau memendekkan pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan secara konsisten. Terdapat banyak pendekatan berbeza untuk perdagangan yang bergantung pada objektif pedagang:

  • Scalping – Mendagangkan pergerakan harga yang kecil
  • Perdagangan Harian (day trading)- Masuk dan keluar dari posisi pada hari yang sama
  • Perdagangan Swing – Mengenalpasti trend ke atas atau ke bawah, dan kekal dalam dagangan selagi mana trend berterusan, boleh mengambil masa berhari-hari sehingga trend tamat
  • Perdagangan berasaskan berita – Masuk dan keluar dari dagangan berdasarkan berita positif atau negatif terhadap sesuatu aset. Berita bullish, sebagai contoh, pengumuman satu peristiwa penting. Pedagang akan cuba mengumpul aset berkenaan sebelum ia menjadi trend dan menjualnya apabila terdapat lonjakan harga akibat dari volum dagangan.
  • Perdagangan Sosial – Menggunakan platform yang membenarkan pedagang untuk “meniru” tindakan pedagang-pedagang lain.

Strategi perdagangan yang dicadangkan di atas biasanya digunakan dengan petunjuk teknikal. Tambahan lagi, pemilihan strategi biasanya bergantung pada objektif pedagang itu sendiri, modal yang dimiliki dan masa yang ada untuk menganalisis pasaran. Teknik pengurusan risiko juga digunakan untuk membantu mengurangkan kerugian, iaitu kompenen terpenting untuk mengurangkan kesalahan individu dan kesalahan apabila membuat keputusan dalam keadaan emosi.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

4
0