Wang dan ciri-cirinya

Apakah itu simpanan nilai?

Apakah yang bernilai bagi anda? Daripada batu kecil yang dipungut di tepi pantai semasa kecil, sehingga topi bertuah atau harta pusaka yang dihargai, setiap orang mempunyai tanggapan nilai yang berbeza. Dalam kewangan, simpanan nilai paling baik digambarkan sebagai aset atau item, komoditi, atau matawang yang mengekalkan nilainya dan boleh didagangkan pada masa hadapan tanpa mengalami susutan nilai. Banyak barangan telah digunakan sebagai simpanan nilai, malah sesetengah daripadanya terbukti sebagai instrumen simpanan nilai yang lebih baik daripada yang lain. 

Teruskan membaca untuk mengetahui cara perkara ini boleh berlaku.

Tahan Lama

Walaupun makanan yang dimasak oleh ibu anda mungkin istimewa bagi anda, untuk dianggap sebagai simpanan nilai, sesuatu barangan mestilah tidak boleh rosak atau mudah untuk dimusnahkan. Semasa anda membaca senarai ini, anda akan memahami sebab emas dan logam berharga yang lain masih mengekalkan statusnya sebagai instrumen simpanan nilai.

Mudah Alih 

Di negara-negara tertentu, haiwan ternakan mungkin dianggap lebih bernilai atas sebab faktor sosio-ekonomi, tetapi simpanan nilai sebenar mestilah mudah untuk diangkut dan disimpan. Barangan mudah alih lebih mudah untuk dilindungi daripada pencuri serta kerugian yang tidak dijangka, dan membolehkan perdagangan jarak jauh yang lebih besar. Seperti yang anda boleh bayangkan, gelang emas adalah jauh lebih mudah untuk dipindahkan daripada seekor lembu. Walaupun lembu tersebut lebih bernilai bagi anda.

Boleh Dipiawaikan

Walaupun istilah ini jarang sekali kita dengar, sesuatu barangan dianggap boleh piawai jika ia dapat ditukar ganti dengan barangan lain yang berkuantiti sama. Seperti yang diterangkan dalam bab pertama, tanpa aspek tukar ganti ini, masalah ‘kehendak berkebetulan’ tidak dapat diselesaikan. Inilah sebabnya emas dianggap lebih bernilai daripada berlian walaupun anda mungkin menganggap kedua-duanya sama pada mulanya. Emas mempunyai rupa dan kualiti yang sama, manakala berlian berbeza-beza dari segi bentuk dan kualiti.

Boleh Disahkan

Tidak seperti Twitter, untuk sesuatu barangan dianggap serius, barangan tersebut hendaklah dapat disahkan sebagai asli dengan cepat dan mudah. Pengesahan yang mudah meningkatkan keyakinan dan kemungkinan perdagangan untuk diselesaikan.

Sejarah yang Kukuh

Sama seperti perniagaan keluarga yang besar, kita meletakkan nilai dalam sesuatu yang mempunyai rekod prestasi yang mantap. Semakin lama sesuatu barangan dianggap mempunyai nilai, semakin besar daya tarikannya sebagai instrumen simpanan nilai. Inilah sebab bank pencabar dan startup mengambil masa yang lama untuk menembusi pasaran kewangan yang mana jenama terkenal telah mendominasi selama beberapa generasi.

Adakah anda rasa artikel ini berguna?

0
0