Adakah Bitcoin dan matawang kripto lain digunakan oleh penjenayah?

Terdapat tanggapan yang meluas Bitcoin paling banyak digunakan oleh penjenayah, tetapi ia sama sekali tidak benar. Tanggapan ini wujud kerana ramai yang menggangap Bitcoin bersifat anonim, tapi sebenarnya ia sebaliknya – semua transaksi Bitcoin adalah telus untuk semua orang. Identiti pemilik Bitcoin mungkin tidak dapat dikenalpasti dengan pantas (sebab itulah ia dipanggil sebagai pseudo-anonim), tetapi apabila siasatan lebih lanjut dijalankan, penyiasat boleh menjejaki semua yang anda pernah lakukan di rangkaian Bitcoin. Oleh itu, jelas yang Bitcoin merupakan alat yang paling tidak berguna jika digunakan untuk kegiatan jenayah.

Walaupun Bitcoin sebenarnya merupakan sejenis wang yang paling selamat, ia tidak bermaksud yang penjenayah tidak menggunakannya. Sama seperti wang biasa, mereka menggunakannya. Tetapi terdapat dua perkara yang boleh diambil perhatian – pertama sekali, semakin banyak data tersedia dalam industri, jumlah penggunaan ‘jahat’ Bitcoin akan semakin jelas dan jumlahnya adalah amat, amat sedikit – jika seluruh ekosistem Bitcoin diwakili oleh sebuah gunung yang besar, bahagian yang ‘jahat’ itu cuma beberapa ketul batu kecil sahaja. Kedua, dalam sebarang sistem kewangan terdapat risiko yang tidak boleh disingkirkan, hanya boleh dielakkan (itu pun hanya sedikit), namun bagi Bitcoin, ia mempunyai pekakas yang terbaik di dunia untuk melakukannya.

Bitcoin juga boleh diibaratkan seperti internet jika kita melihat kepada ‘perkara jahat’ yang boleh dilakukan dengan teknologi ini. Adakah internet itu jahat? Tentunya tidak. Tetapi, pengganas, pengubah wang haram, penyeludup dadah menggunakan internet untuk berkomunikasi dan memberi koordinat pada setiap hari – dan kita masih lagi belum melihat kepada dark web; tempat di mana semua jenis perkara di luar kotak pemikiran kita wujud.. dan kami tidak akan menerangkannya di sini.

Namun begitu, adakah masyarakat cuba untuk mengharamkan internet? Tidak. Sebabnya bukanlah ia terlalu sukar untuk dilakukan, tetapi manfaat internet adalah lebih banyak daripada keburukan internet itu sendiri. Sama juga seperti Bitcoin, kita semua perlu berhati-hati tentang bagaimana kita berfikir mengenai Bitcoin kerana manfaatnya adalah besar. Kedua-dua internet dah Bitcoin adalah perkakas yang boleh digunakan oleh ‘orang jahat’ dan ‘orang baik’. Namun, mujurlah sebahagian besar pengguna di seluruh dunia adalah yang baik-baik.

Did you find this useful?

2
0