Apa itu saham?

Pelaburan dalam saham, atau lebih dikenali sebagai syer bererti anda memiliki syer atau sebahagian kecil daripada saham yang diterbitkan oleh mana-mana syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Saham. Syarikat ini lazimnya ditakrifkan sebagai syarikat awam dan pembelian saham syarikat ini bermakna anda memiliki sebahagian peratusan saham tertentu daripada syarikat berkenaan. 

Pada dasarnya, terdapat dua jenis saham iaitu saham bersama (common shares) dan saham keutamaan (preferred shares). Antara perbezaan kedua-dua saham ini adalah di mana saham bersama memberi hak mengundi kepada pemilik saham, manakala pemegang saham keutamaan pula dapat menikmati keutamaan apabila pembayaran dividen dilakukan oleh sebuah syarikat.

Pelaburan dalam saham pada asalnya menjadi domain utama golongan kewangan profesional sebelum ia dibuka akses kepada orang ramai termasuk para pelabur melalui pelbagai platform pelaburan berbeza yang telah dihubungkan dengan platform perdagangan saham tempatan yang sedia ada. 

Did you find this useful?

0
0