Apakah faktor yang menentukan harga Bitcoin?
Pergerakan harga Bitcoin lazimnya ditentukan oleh prinsip ekonomi yang dikenali ramai iaitu aspek penawaran dan permintaan.
Teori penawaran dan permintaan ini terpakai untuk hampir semua aset dan barangan – sama ada emas, hartanah, mata wang tempatan ataupun mata wang kripto. Namun begitu Bitcoin dianggap mempunyai sifat istimewa dari segi penawaran terhad yang dapat diramalkan. Sebagai perbandingan, mata wang tempatan yang diterbitkan oleh kerajaan di mana penawarannya boleh dipengaruhi oleh bank pusat jika difikirkan perlu. Ini bermakna harga Bitcoin secara amnya lebih bergantung kepada aspek permintaan. Dalam erti kata lain, semakin ramai pengguna dan syarikat yang ingin membeli Bitcoin maka semakin tinggi harga Bitcoin.
Permintaan bagi Bitcoin adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan peristiwa yang unik dalam kripto, sama ada ia didorong oleh sebuah ciapan Twitter positif oleh individu sensasi yang berpengaruh atau kerangka kawal selia yang memperuntukkan had dari segi penjualan. Bayangkan harga seorang pemain bola sepak. Jika mereka menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, sudah tentu ramai yang ingin membeli pemain tersebut dan situasi seperti ini boleh menyumbang kepada peningkatan harga kripto susulan permintaan yang lebih tinggi oleh orang ramai. Begitu juga dengan senario apabila pemain tersebut mengalami kecederaan, permintaan akan mula berkurangan sehingga menyebabkan penurunan harga Bitcoin.
Di sebalik pertumbuhan pasaran serta kesedaran masyarakat umum terhadap Bitcoin dan mata wang kripto yang semakin meningkat, peristiwa sedemikian dijangka akan memberi impak yang lebih kurang ketara terhadap harga Bitcoin dengan mengambil kira aspek permintaan yang menjadi sukar untuk dipengaruhi.