Apakah perbezaan di antara Bitcoin dan emas?
Para pelabur mata wang kripto berpandangan bahawa Bitcoin boleh disifatkan sebagai pelaburan dalam emas secara digital di mana ia merupakan salah satu kaedah lindung nilai daripada kadar inflasi serta sebarang pergerakan mendadak yang berlaku di dalam pasaran kewangan. Dalam erti kata lain, seorang pelabur membuat pelaburan dalam emas untuk melindungi pelaburan mereka daripada penyusutan nilai akibat situasi ekonomi yang merudum. Pelabur mata wang kripto turut menyifatkan Bitcoin menawarkan tahap keselamatan yang serupa sehingga menyebabkan ia sering dirujuk sebagai emas digital.
Bitcoin dan emas berkongsi beberapa persamaan dari segi ciri walaupun terdapat pelbagai perbezaan fungsi antara kedua-dua aset tersebut.
Persamaan
- Penawaran yang terhad.
- Berfungsi di luar kawal selia pihak berkuasa dan sistem kewangan tradisional.
- Kesalinghubungan antara Bitcoin, emas dengan kelas aset lain seperti saham dan bon walaupun Bitcoin terdedah kepada impak jangka panjang seperti pergerakan pasaran meruap yang dialami.
- Digunakan sebagai elemen lindung nilai terhadap inflasi serta ketidaktentuan pasaran semasa.
Perbezaan
- Sebagai mata wang digital, kes kegunaan dan potensi pertumbuhan Bitcoin pada masa akan datang adalah jauh melangkaui sifat pelaburan lindung nilai.
- Bitcoin telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh sedekad yang lalu dengan purata pulangan yang lebih tinggi berbanding mana-mana aset dalam sejarah, manakala emas pula menunjukkan prestasi yang sederhana sungguhpun ia lebih dilihat sebagai aset komoditi yang stabil.
- Bitcoin lebih bersifat meruap berbanding emas. Keseluruhan mata wang kripto sedia ada adalah terdedah kepada prospek pergerakan harga pasaran yang dinamik sehingga mencecah 20% pada satu-satu masa. Situasi ini secara tidak langsung menggambarkan reaksi terhadap sentimen pasaran yang mungkin mencetuskan kebimbangan atau menjejaskan keyakinan dalam kalangan pelabur dan melabur di dalam emas atau pelaburan transidional lain seperti bon dan ekuiti.
- Saiz pasaran emas, atau dikenali sebagai modal pasaran yang merujuk kepada nilai emas tidak dilombong di peringkat global adalah lebih besar berbanding dengan modal pasaran Bitcoin. Modal pasaran merupakan indikator yang diguna pakai dalam menentukan saiz syarikat atau pasaran selain memberi gambaran sebenar prospek dan kestabilan pasaran semasa. Emas menjadi antara pelaburan yang telah wujud sekian lama semenjak beberapa abad yang lalu dan sebagai perbandingan Bitcoin masih dilihat di fasa pembangunan awal apabila mula diperkenalkan pada tahun 2009.
Kedua-dua Bitcoin dan emas telah digunakan sebagai antara medium pelaburan yang melindungi para pelabur daripada ketidaktentuan pasaran. Selain itu, Bitcoin merupakan mata wang digital yang bersifat terhad manakala emas pula adalah komoditi terhad dengan ciri-ciri yang tersendiri.