Apakah perbezaan di antara Cardano dan Ethereum

cardano

Pada tahun 2017, Cardano muncul sebagai pemain baru yang menjanjikan perubahan terhadap skala dan kecekapan rantaian blok yang dibina di atas ketepatan akademik. Pada masa ini Ethereum sedang dikritik mengenai kecekapan rangkaian dan kos transaksi.

Cardano dan Ethereum berasal dari kumpulan projek kripto yang sama yang membenarkan pembangunan aplikasi tidak berpusat dan pembinaan serta perlaksanaan kontrak pintar di atas rantaian blok mereka.

Platform asalnya adalah untuk kontrak pintar. Ethereum sekarang dianggap ‘otai’ bagi matawang kripto, namun begitu, adakah Cardano dianggap sebagai kemas kini? Apakah perbezaan pada falsafah dan bagaimana protokol-protokol ini beroperasi?

Perbezaan ketara

Proof-of-stake vs proof-of-work

Baru-baru ini Ethereum telah mengubah kaedah pengesahan transaksi pada rantaian bloknya menjadi kaedah yang lebih cekap tenaga yang dikenali sebagai proof-of-stake, iaitu kaedah yang digunakan oleh Cardano. Sebelum Ethereum berubah ke kaedah proof-of-stake, ia menggunakan kaedah proof-of-work.

Polisi kewangan

Bekalan koin ADA, koin natif bagi matawang kripto Cardano, dihadkan pada 45 bilion. Ini bermaksud tiada lagi koin ADA yang akan dicipta apabila jumlah tersebut berada dalam edaran. Ini menambah elemen ‘terhad’ terhadap ADA, dan ia menjadikan koin ini satu nilai simpanan yang baik. Sebaliknya bagi Ethereum, tiada had yang diletakkan pada bekalan Ethereum.

Kelajuan pembangunan

Perkembangan Cardano amatlah perlahan kerana Hoskinson selesa menjalankan semua projeknya menerusi sistem peer-review dahulu berbanding terus mengejar tarikh akhir. 

Terdapat lima fasa pembangunan Cardano sejak 2017, setiap fasa memperkenalkan aspek servis terbaru pada rangkaian.

Pengawasan

Ethereum diawasi oleh satu entiti yang dikenali oleh Ethereum Foundation, manakala Cardano diuruskan oleh tiga entiti bebas – Cardano Foundation, Input Output Hong Kong (IOHK) dan EMURGO.

Rekabentuk 

Cardano menitikberatkan pendekatan kajian untuk rekabentuk, dan mereka memfokuskan untuk membina asas yang berdasarkan kajian akademik. Hoskinson percaya yang ia akan membantu memacu penerimaan Cardano.

Ethereum telah meletakkan hampir kesemua potensinya pada tangan-tangan pembangun yang menggunakan Ethereum sebagai komputer global. Ethereum memberi kelebihan untuk membina pelbagai jenis aplikasi digital baru dan produk tidak berpusat.

Did you find this useful?

2
0