Apakah perbezaan di antara Cardano dan Ethereum?
Pada tahun 2017, Cardano muncul sebagai ‘budak baru’ yang ingin menggegarkan industri kripto dengan rantaian blok yang boleh diskalakan dan cekap, berteraskan ketegasan akademik. Pada masa ini, kecekapan rangkaian dan kos transaksi Ethereum sedang dikritik ramai.
Cardano dan Ethereum datang dari kumpulan projek kripto yang sama. Kedua-duanya membolehkan pembangunan aplikasi tidak berpusat dan membina serta melaksanakan kontrak pintar pada rantaian blok mereka.
Ethereum, platform asli bagi kontrak pintar dianggap ‘otai’ bagi matawang kripto, dengan pelaburan modal yang banyak pada platformnya. Tetapi, adakah Cardano itu satu kemaskini? Apakah perbezaan pada falsafah mereka dan bagaimana protokolnya beroperasi?
Perbezaan ketara
Proof-of-stake vs proof-of-work
Baru-baru ini Ethereum telah mengubah kaedah pengesahan transaksi pada rantaian bloknya menjadi kaedah yang lebih cekap tenaga yang dikenali sebagai proof-of-stake, iaitu kaedah yang digunakan oleh Cardano. Sebelum Ethereum berubah ke kaedah proof-of-stake, ia menggunakan kaedah proof-of-work.
Polisi kewangan
Bekalan koin ADA, koin natif bagi matawang kripto Cardano, dihadkan pada 45 bilion. Ini bermaksud tiada lagi koin ADA yang akan dicipta apabila jumlah tersebut berada dalam edaran. Ini menambah elemen ‘sukar dijumpai’ terhadap ADA, dan ia menjadikan koin ini satu nilai simpanan yang baik. Sebaliknya bagi Ethereum, tiada had yang diletakkan pada bekalan Ethereum.
Kelajuan pembangunan
Perkembangan Cardano amatlah perlahan kerana Hoskinson selesa menjalankan semua projeknya menerusi sistem peer-review dahulu berbanding terus mengejar tarikh akhir.
Terdapat lima fasa pembangunan Cardano sejak 2017, setiap fasa memperkenalkan aspek servis terbaru pada rangkaian.
Pengawasan
Ethereum diawasi oleh satu entiti yang dikenali oleh Ethereum Foundation, manakala Cardano diuruskan oleh tiga entiti bebas – Cardano Foundation, Input Output Hong Kong (IOHK) dan EMURGO.
Rekabentuk
Cardano menitikberatkan pendekatan kajian untuk rekabentuk, dan mereka memfokuskan untuk membina asas yang berdasarkan kajian akademik. Hoskinson percaya yang ia akan membantu memacu penerimaan Cardano.
Ethereum telah meletakkan hampir kesemua potensinya pada tangan-tangan pembangun yang menggunakan Ethereum sebagai komputer global. Ethereum memberi kelebihan untuk membina pelbagai jenis aplikasi digital baru dan produk tidak berpusat.