Apakah perbezaan di antara Solana dan Ethereum?

Apa Perbedaan Solana dan Ethereum?

Solana dan projek-projek matawang kripto lain sering kali dibandingkan dengan Ethereum, platform asal bagi kontrak pintar dan aplikasi tidak berpusat (dApps).

Platform-platform baru ini kelihatan sama dari segi perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi sepertimana syarikat-syarikat lain yang bersaing dalam pasaran yang sama, terdapat perbezaan yang membezakan antara kedua-duanya.

Apakah perbezaan utama di antara Solana dan Ethereum?

Kelajuan Transaksi

Jangkaan yang dibuat selepas kemaskini the Merge akan meningkatkan kelajuan pemprosesan transaksi Ethereum pada masa depan, tetapi pada masa sekarang, rangkaian tersebut boleh menampung sebanyak 15 transaksi per saat (TPS), manakala Solana kekal di hadapan dengan 50,000+ TPS.

Kelajuan pemprosesan yang laju bermaksud rangkaian tersebut lebih dilengkapi dengan fungsi kebolehskalaan untuk menampung peningkatan jumlah pengguna.

Pengesahan Transaksi

Pada pertengahan September 2022, Ethereum menukar konsensus mekanisma dari proof-of-work ke proof-of-stake. Ini merupakan langkah pertama dalam usaha meningkatkan kelajuan pemprosesan Ethereum, yang akan membenarkan ia untuk diskalakan pada masa depan.

Pengasas Solana telah mengenalpasti yang jumlah dan kelajuan transaksi akan menjadi masalah dalam banyak rangkaian matawang kripto. Oleh sebab itu, mereka telah merangka kaedah yang dipanggil proof-of-history (POH), satu proses yang dibina ke dalam model proof-of-stake.

Melalui kaedah ini, transaksi akan direkodkan pada rangkaian Solana melalui penciptaan cap masa pada setiap transaksi yang masuk ke rangkaian. Ini bermaksud, setiap transaksi boleh dijejak dan diproses mengikut urutan yang betul. Oleh sebab POH, kelajuan pemprosesan boleh dicapai dan inilah yang membezakan Solana dengan rangkaian-rangkaian lain.

Kos transaksi

Solana dicipta dengan kaedah untuk memastikan caj transaksi rangkaian adalah yang terendah dalam matawang kripto. Caj-caj yang dipanggil sebagai caj gas ini dibayar oleh pengguna apabila mereka mencipta satu NFT, atau menggunakan rantaian blok dengan cara lain. Bayangkan anda membayar caj penghantaran bagi pesanan makanan.

Caj gas yang tinggi bagi Ethereum merupakan satu masalah yang dihadapi oleh penggunanya, tetapi terdapat jangkaan yang cajnya akan berkurang selepas berlakunya kemaskini the Merge.

Tidak berpusat

Hampir kesemua projek-projek kripto pada masa kini bermula dengan penjualan token, sama seperti apabila syarikat sendirian berhad berubah menjadi syarikat awam dan menjual syer kepada pelabur awam. Sebelum proses ini berlaku, biasanya kumpulan pengasas akan membahagikan syer matawang kripto terawal sesama mereka.

Berdasarkan data oleh Messari, hampir 50% pengedaran token awal Solana telah diagihkan kepada kumpulan pengasas, pasukan Solana dan pelabur modal ventur, berbanding dengan 15% Ether, matawang kripto natif Ethereum.

Beberapa pengkritik juga mengatakan walaupun Solana ialah rantaian blok awam, jumlah syer yang dipegang oleh ‘orang dalam’ Solana menjadikan ia kurang tidak berpusat berbanding Ethereum.

Terdapat juga keberpusatan di antara pengesah staking pada rangkaian Solana. Terdapat beribu-ribu pengesah Solana tetapi terdapat beratus-ratus ribu pengesah Ethereum.

Tokenomik

Ethereum mungkin menjadi stor simpanan nilai yang lebih baik pada masa depan, kerana bekalan ETH selepas kemaskini the Merge dijangka akan jatuh secara drastik kerana koin akan disahkan oleh stakers berbanding pelombong. Juga fakta yang Ethereum akan ‘membakar’ ETH bagi setiap transaksi, boleh memberikan Ethereum kebolehan untuk menjadi kalis inflasi, walaupun had bekalan tidak ditetapkan untuk mencipta ETH baru.

Sama seperti ekosistem Solana dimana tiada had pada berapa banyak SOL boleh dicipta, tetapi bagi setiap SOL dicipta, sebahagian dari Solana dibakar.

Did you find this useful?

0
0