Berapa kuatkah kata laluan anda?

Kelemahan kata laluan adalah kerap berlaku berbanding apa yang anda fikirkan. Mujurlah, ia mudah apabila anda mengetahui beberapa prinsip asas. Prinsip-prinsip ini terpakai pada semua akaun dalam talian anda, bukan hanya Luno.

keys_antiphishing

Bagaimana kata laluan anda boleh bocor?

Berikut ialah contoh hipotesis tentang cara kata laluan ke akaun Luno boleh dibocorkan:

Tahun lalu, Julie mendaftar untuk akaun e-mel pertamanya. Malangnya, dia tidak tahu banyak tentang keselamatan pada masa itu dan menggunakan kata laluan yang sama di laman web lain. Laman ini tidak mempunyai perlindungan yang baik, dan beberapa tahun kemudian penggodam berjaya mencuri semua kata laluan daripada pangkalan penggunanya.

Julie tidak pernah menukar kata laluan emelnya atau menghidupkan pengesahan dua faktor, bermakna penggodam boleh meneka kata laluan itu dengan mudah dan mendapat akses. Dengan mengawal emelnya, penggodam kemudiannya meminta tetapan semula kata laluan untuk akaun Luno miliknya (yang tidak mempunyai pengesahan dua faktor juga.) Jadi walaupun Luno mempunyai keselamatan yang sempurna, mereka boleh log masuk ke akaunnya dan mencuri daripadanya.

Kami menggalakkan semua pelanggan kami menggunakan kata laluan yang kukuh dan menghidupkan pengesahan dua faktor untuk mengelakkan masalah keselamatan yang boleh dicegah. Termasuk Julie.

  • Adakah nama anda, atau nama pasangan anda, ahli keluarga, haiwan peliharaan atau anak anda?
  • Adakah hari lahir anda, ulang tahun perkahwinan atau tarikh penting lain?
  • Adakah buku kegemaran anda, filem atau apa-apa sahaja orang yang tahu anda boleh meneka dengan mudah?
  • Adakah ia sama yang anda gunakan untuk laman web lain?
  • Adakah ia ‘kata laluan’, ‘1234’, ‘qwerty’ atau sebarang kata laluan biasa yang lain?
  • Adakah terlalu pendek (di bawah 12 aksara)?
  • Pernahkah anda mengongsinya dengan sesiapa sahaja atau meninggalkannya tertulis di tempat ia mungkin ditemui?
  • Adakah anda terlupa untuk menghidupkan pengesahan dua faktor?

Bagaimana kata laluan yang kuat sepatutnya dicipta?

Kata laluan yang kuat perlulah mengandungi:

  • Lebih daripada 12 karekrer
  • Huruf besar dan huruf kecil
  • Nombor dan simbol (contoh: ! atau @)
  • Tiada maklumat yang mudah diteka (cth. nama atau tarikh lahir anda)
  • Tiada pengulangan, perkataan ditemui dalam kamus (ketahui sebabnya di sini) atau kata laluan biasa

Bagaimana untuk mengingati kata laluan yang kukuh

Ramai orang menggunakan kata laluan yang lemah kerana sukar untuk mengingati banyak kata laluan yang kuat. Tetapi ada penyelesaian yang membolehkan anda menikmati keselamatan dan kesederhanaan: pengurus kata laluan.

Ia adalah program atau aplikasi desktop bersama sambungan penyemak imbas yang merekodkan dan mengisi secara automatik semua kata laluan anda untuk anda. Sesetengah orang bimbang untuk menggunakan pengurus kerana syarikat itu mungkin digodam dan kehilangan semua kata laluan mereka. Ini adalah kebimbangan yang sah, tetapi perkhidmatan pengurusan kata laluan menggunakan kaedah penyulitan yang kuat, jadi ia masih lebih selamat daripada cuba mengingati semua kata laluan individu anda.

Adalah penting untuk anda berhati-hati dengan melindungi akaun pengurus kata laluan anda. Anda boleh melakukan ini dengan memastikan perisian terkini dan menggunakan pengesahan dua faktor, yang merupakan cara terbaik memastikan kata laluan anda selamat. Di Luno kami menggunakan LastPass, yang menjana karekter rawak dan menyimpannya untuk anda

Did you find this useful?

0
0