Dari mana datangnya Bitcoin?

Bitcoin Adalah Emas Digital yang Bernilai, Apa Benar?

Bitcoin ‘dicipta’ oleh seseorang atau sekumpulan orang menggunakan nama ‘Satoshi Nakamoto’. Adakah sesiapa yang mengenali individu atau kumpulan ini? Walaupun terdapat banyak artikel dan siasatan untuk mendedahkan identiti mereka, individu (-individu) ini masih tidak dapat dibuktikan secara konklusif. Namun, pentingkah identiti mereka? Tidak sama sekali. Satoshi mencipta keseluruhan sistem Bitcoin dalam cara ‘sumber terbuka’ – ini bermakna semua orang boleh melihat dan memeriksa kodnya, supaya tiada rahsia yang tersembunyi, dan supaya tiada pengaruh boleh dikenakan ke atasnya daripada pencipta. Lama-kelamaan, kod ini diusahakan oleh banyak pihak yang berbeza, dan kini, ia sudah sangat berlainan daripada rangka awal yang dicadangkan oleh Satoshi.

Perlu juga dinyatakan bahawa terdapat salah tanggapan umum yang Bitcoin telah dicipta oleh Satoshi seorang diri. Seperti banyak kejayaan sains yang lain, ciptaan Satoshi dibina atas kemajuan pihak-pihak sebelumnya. Sejak beberapa dekad yang lalu, ramai saintis, jurutera dan ahli matematik terkemuka telah terlibat dalam penyelidikan ke atas kriptografi, sistem dan sebagainya. Satoshi berjaya menggabungkan semua kemajuan tersebut menjadi satu rancangan yang koheren dan akhirnya melaksanakannya. Jika anda membaca kertas putih Satoshi, anda akan perasan bahawa dia telah menyatakan semua sumber rujukannya untuk menyiapkan ciptaan Bitcoin.

Did you find this useful?

0
0