HODL – Terus bangga dengan strategi anda

Tentang Bitcoin: Aset Digital yang Maju Hingga Saat Ini

Bagi peminat Winterfell, panggilan HODL mungkin kedengaran lebih kuat. Ketika musim sejuk kripto, seluruh komuniti bersetuju yang satu-satunya cara untuk terus maju ialah melalui HODLing.

HODL, atau ‘HODLing’ ialah satu daripada akronim kripto yang paling kerap digunakan dan paling popular, terutamanya dalam keadaan musim sejuk kripto sekarang. HODL sebenarnya berasal dari ‘typo’ HOLD – yang muncul dalam satu forum Bitcoin pada tahun 2013.

Selepas itu, dua individu memulakan bebenang “I AM HODLING”. Dari situ, internet melakukan ‘magiknya’; typo tersebut digunakan terus menjadi akronim harian. Dalam forum tersebut, individu yang memulakan bebenang itu berkongsi pendapatnya mengenai kejatuhan pasaran yang telah memberi kesan terhadap Bitcoin.

Istilah HODL amatlah popular dalam komuniti kripto dan HODL merujuk kepada memegang atau tidak menjual kripto yang ada ketika pasaran beruang. Sebaliknya, anda terus mengekalkan pegangan sehingga harganya kembali meningkat. Jika matawang masa depan ialah matawang kripto, jadi HODL perlu dilakukan kerana harganya akan meningkat naik.

Kini HODL bermaksud ‘Hold On for Dear Life’ ketika pasaran mengalami situasi sukar, tetapi konsepnya masih sama – kekalkan pegangan anda.

Sertai kultus HODL

Jika Bitcoin ialah evolusi semulajadi bagi wang, HODLing setiap satoshi yang anda miliki adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan. Volatiliti pasaran boleh memberi kesan drastik terhadap pemegangan kripto anda, namun, anda akan menerima kerugian atau keuntungan hanya apabila anda menjual pegangan anda – jadi ia bukanlah satu masalah jika anda melakukan HODL.

Dari segi pembinaan masa depan, kesabaran ialah kunci utama, seperti pepatah “good things take time“. Jika kita lihat pada progres harga Bitcoin, anda boleh melihat yang dekad terakhir menunjukkan naik turun untuk jangka masa pendek, namun terdapat kenaikan konsisten. Ini bukanlah satu-satunya solusi, ataupun nasihat kewangan – namun ini adalah cara kita membuat jangkaan nilai, walaupun ketika trend hala tuju Bitcoin nampak tidak jelas.

Kenaikan harga juga telahpun disokong oleh lebih banyak permintaan dan penerimaan terhadap penggunaannya. Setiap individu baru yang menyertai komunini akan menambah kesahihan yang kita semua sedang melakukan satu perkara yang akan membuahkan hasil satu hari nanti. Inilah visi jangka panjang yang memacu komuniti dan memberi nilai terhadap HODLing.

HODLing is investing in the future of finance. It’s a way to get involved with this new technology and help pave the way to mass adoption.

HODLing ialah pelaburan terhadap masa depan kwangan. Ia merupakan salah satu kaedah untuk terlibat dalam teknologi baru ini serta membantu penerimaan yang lebih besar dari komuniti.

Jika anda ingin belajar lagi mengenai kripto dan akronim-akronim yang memacu industri kripto, semak Portal Pembelajaran kami serta artikel-artikel di Pusat Bantuan Luno. Jika anda tidak menjumpai jawapan bagi soalan anda, hubungi kami di Twitter untuk lebih bantuan.

Did you find this useful?

0
0