Inflasi – Apa kesannya?

Tiada apa yang terlepas dari inflasi. Pinjaman rumah, minyak dan harga barang – semuanya terkesan dengan inflasi. Negara yang amat kukuh sekalipun kini kelihatan seperti rumpai air, terhuyung-hayang dalam arus inflasi sambil mereka melakukan yang terbaik dengan sumber yang ada untuk menguruskannya. Tetapi apakah fenomena ini dan mengapa sistem kewangan dan kehidupan (secara asasnya) amat terkesan dengan keadaan sebegini?

Apa itu inflasi?

Inflasi memberi kesan terhadap banyak perkara, tetapi kesan yang paling jelas ialah kenaikan kos kehidupan yang biasanya bertepatan dengan kemerosotan kuasa beli wang. Inflasi boleh mengakibatkan kenaikan harga nasi, dan pada yang sama, menghakis nilai wang dalam dompet anda.

Apa yang dianggap inflasi normal? 

Ia berbeza dari negara ke negara, tetapi bagi Federal Reserve, bank pusat di Amerika Syarikat, ia menyasarkan kadar inflasi masa panjang sebanyak 2%. Negara yang membangun seperti Afrika Selatan cuba mengawal kadar inflasi sebanyak 4%.

Apakah kadar inflasi sekarang? 

Sekitar 8% di Amerika Syarikat, dan 5.8% di Kesatuan Eropah (EU).

Apakah kaitan di antara nasi dan inflasi?

Semuanya. Secara mudah, punca inflasi adalah disebabkan oleh dua perkara. Pertama ialah, peningkatan permintaan am dalam ekonomi yang sedang berkembang – juga dikenali sebagai ‘hot economy’. Harga barang-barang runcit dan lain-lain meningkat disebabkan permintaan melebihi bekalan dan perkara ini dikenali sebagai inflasi tarikan permintaan.

Punca terbesar inflasi yang kedua ialah pada bekalan – inflasi penolakan kos. Pengurangan bekalan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti penukaran polisi kewangan, bencana alam atau apa-apa sahaja peristiwa yang boleh menyebabkan gangguan rantaian bekalan.

Inflasi yang kita mengalami sekarang adalah campuran kedua-duanya: faktor penarikan permintaan dan penolakan kos. 

Penyelidik dari Rumah Putih telah mendapati yang keadaan inflasi sekarang di Amerika, boleh dibandingkan dengan keadaan selepas Perang Dunia Kedua, iaitu “penyingkiran pengawalan harga, kekurangan bekalan, dan kenaikan permintaan.” Dalam bahasa mudah: kekurangan bekalan + keperluan untuk berbelanja.

Nasi… 

Jika beberapa peristiwa menyebabkan gangguan bekalan global beras, ia akan mengakibatkan pengurangan bekalan, meningkatkan harga beras dan kemudiannya – harga nasi. Tetapi bukan itu sahaja.

Beras juga merupakan salah satu komponen dalam makanan haiwan ternakan, dan ini bermaksud kenaikan harga beras akan mengakibatkan harga produk tenusu dan daging akan meningkat. Sama juga bagi kekurangan komoditi lain seperti minyak, yang menyebabkan kenaikan harga minyak. Kesannya, kos pengangkutan produk dari pengeluar dan peladang ke peruncit akan menjadi lebih mahal – dan anda akan melihatnya pada tanda harga di pasar raya.

Apa yang menyebabkan wang saya susut nilai? 

Nilai wang anda tidaklah menyusut tetapi ia kehilangan kuasa beli. Apabila inflasi meningkat, jumlah belian anda berkurang dengan nilai wang yang sama.

Ia bukanlah satu isu apabila inflasi berada pada tahap 1 hingga 2% setiap tahun, kerana ia boleh disamakan semula dengan pertubuhan ekonomi. Tetapi jika peningkatan sebanyak 5% atau lebih bermaksud dalam 10 tahun, satu-satu barang akan menjadi 50% lebih mahal berbanding hari ini.

Dari mana datangnya inflasi?

Pakar Ekonomi dan penerima hadiah Nobel, Milton Friedman pernah berkata, “Inflasi sentiasa merupakan fenomena wang dan ia berada di mana-mana. Ia boleh dicipta hanya dengan kenaikan laju kuantiti wang berbanding penggunaan.” Bahasa ringkasnya, “Banyak wang, banyak masalah.”

Monetarist, sekolah pemikiran yang mana Friedman berasal, beliau percaya yang lebihan bekalan wang dalam ekonomi, lebih dari apa yang ekonomi tersebut boleh diserap melalui penggunaannya, merupakan punca utama inflasi. Juga, inflasi, seperti apa yang dikenali hari ini, berasal dari tindakan mencetak wang kertas.

Bagaimana untuk mengukur kadar inflasi?

Indeks Harga Pengguna (CPI) digunakan secara meluas sebagai petunjuk inflasi. Ia mengukur berapa banyak purata perubahan harga bagi sebakul barang-barang keperluan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu.

Kenapa inflasi merupakan topik hangat sekarang ini? 

Mari kita lihat situasi di Amerika Syarikat. Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kerajaan AS untuk mengeluarkan tindakan stimulus dan bantuan kewangan sebagai salah satu pakej bantuan bernilai $2.2 trillion untuk membantu mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi. Jika kerajaan tidak melakukan sedemikian, ekonomi AS berisiko untuk mengalami kegawatan, yang dilihat pada pengurangan keluaran dalam negara kasar (GDP) dalam dua suku berturut-turut. Untuk mendapatkan wang bagi pakej stimulus tersebut, kerajaan AS mengambil langkah berhutang dengan mencetak wang Dollar. 

Simpanan isi rumah pada masa ini meningkat kerana tidak banyak tempat di AS untuk dibelanjakan oleh pengguna disebabkan oleh sekatan COVID-19. Apabila ekonomi di seluruh dunia menunjukkan tanda positif dan mula membuka pintunya kepada pengguna, rakyat AS menyedari yang mereka mempunyai banyak wang dan mula membelanjakannya dengan besar. Ini telah menjadikan keadaan penarikan permintaan, tetapi bekalan barangan masih lagi terjejas oleh tenaga kerja yang kurang dan masalah-masalah rantaian bekalan disebabkan oleh pandemik.

Komen terhadap pakej stimulus tersebut ada menyatakan yang Federal Reserve telah ‘mengucar-kacirkan’ ekonomi AS, menyebabkan peningkatan permintaan oleh pelanggan. Terdapat banyak versi-versi lain yang lebih kompleks, yang berlaku pada masa yang sama di seluruh dunia pada masa ini.

Jadi, Federal Reserve mencetak wang apabila diperlukan? 

Hampir tepat.. tetapi sebenarnya ia lebih kompleks. Federal Reserve sebenarnya tidak mencetak wang. Mereka membeli aset kewangan daripada bank komersial, biasanya dalam bentuk bon kerajaan, dan mengkreditkan amaun tersebut kepada akaun bank. Sama seperti kita memegang wang tunai di akaun bank komersial, bank komersial memegang rizab di bank pusat. Oleh itu, Federal Reserve bukanlah mencetak wang, tetapi mencipta wang digital.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan terhadap inflasi? 

Cuba bayangkan inflasi sebagai seperiuk air yang sedang mendidih. Ia akan menggelegak dan merosakkan dapur, tetapi air tersebut perlu dididihkan untuk digunakan. Kerajaan akan terus berusaha mengekalkan air (inflasi) pada suhu (atau tahap) yang betul, menggunakan pelbagai perkakas untuk meningkatkan kepanasan atau biarkannya merenih.

Setiap kerajaan mengikuti pendekatan-pendekatannya sendiri untuk mengawal inflasi, tetapi kaedah yang sering diperkatakan ialah dengan menaikkan atau menurunkan kadar inflasi. Dengan menggunakan polisi wang, kerajaan menurunkan kadar faedah untuk meningkatkan ekonomi dan menggalakkan individu dan syarikat meminjam dan membelanjakan wang. Sebaliknya, jika kerajaan menaikkan kadar faedah, pinjaman wang akan menjadi lebih mahal dan ia menggalakkan amalan menyimpan kerana pelabur melihat lebih banyak potensi untuk menerima faedah.

Tapi mengapa pasaran matawang kripto mempunyai reaksi kurang baik terhadap pengumuman kenaikan faedah? 

Pengumuman kenaikan kadar biasanya menggugat pasaran pelaburan, bukan sahaja pelabur matawang kripto. Pasaran biasanya menerima keuntungan daripada aset-aset yang lebih berisiko, termasuklah ekuiti dan aset digital apabila Federal Reserve mengumumkan kenaikan kadar. Ini boleh disebabkan oleh terdapat anggapan yang keuntungan syarikat anda rendah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang lembap. Pelabur juga mungkin lebih tertarik kepada pelaburan yang memberikan keuntungan yang stabil walaupun kecil, seperti bon atau emas, pada masa-masa yang tidak menentu ini. Tetapi keadaan ini biasanya tidak lama dan kesannya terhadap pelabur juga sekejap. Faktanya, Bitcoin dan ekuiti meningkat pada bulan Mac, walaupun Federal Reserve telah mengumumkan kenaikan kadar.  

Did you find this useful?

0
0