Kalendar Kripto: peristiwa ekonomi penting bulan September

Kripto dan pasaran kewangan lain boleh berubah-ubah seperti angin dan tiada sesiapa tahu hala tuju harga bermula dari hari pertama hinggalah seterusnya. Tetapi, sesetengah peristiwa biasanya akan memberi impak terhadap pasaran lebih dari yang lain. Pengumuman kadar faedah dari Bank Rizab Persekutuan (Federal Reserve Bank) dan angka Indeks Harga Pengguna (CPI) sentiasa berada dalam radar setiap pelabur, dan anda juga boleh membuat keputusan pelaburan lebih termaklum dengan mempelajari bagaimana reaksi pasaran terhadap peristiwa-peristiwa ini.

Terus kekal dengan pergerakan pasaran dan tanda tarikh-tarikh ekonomi penting dalam kalendar bulan September anda.

🔍 Mari imbas semula peristiwa pada bulan Ogos 

Bitcoin didagangkan dalam anggaran $29,000-$30,000 pada Ogos, sehinggalah tiba-tiba, satu jualan besar-besaran telah menjadikan harganya menjatuh sehingga $26,000 pada hujung bulan. Ethereum (ETH) dan matawang kripto lain mengikuti rentak yang sama dengan BTC – harga menjatuh disebabkan volatiliti kembali dalam pasaran selepas beberapa minggu tenang. Pakar analisis sedang bergelut untuk menetapkan satu punca spesifik, tetapi kejatuhan itu berlaku selepas penerbitan satu artikel oleh Wall Street Journal mengenai SpaceX menyerahkan pemilikan Bitcoin mereka.

Angka CPI di Amerika Syarikat pada bulan Julai, yang dikeluarkan pada 10 Ogos, telah menunjukkan peningkatan harga barang-barang pengguna sebanyak 3.2% sejak Julai lepas – yang mana dilihat sedikit rendah berbanding jangkaan iaitu 3.3%, namun masih tinggi dari jangkaan Bank Rizab Persekutuan, iaitu sebanyak 2%. Angka CPI gagal untuk membuat sebarang impak signifikan terhadap matawang kripto bermodal besar.

Harga Bitcoin dan matawang kripto lain meningkat sedikit pada hujung bulan, yang mana pakar penganalisis mengaitkannya dengan keputusan mahkamah AS terhadap kesilapan Securities Exchange Commission (SEC) menolak permohonan ETF BTC Grayscale.

Apa? Angka Indeks Harga Pengguna (CPI) Ogos

📅  Bila? 13 September 

Mengapa ia relevan? Indeks CPI merupakan salah satu petunjuk utama inflasi dalam sesebuah negara. Ia mengira perubahan harga bagi barangan pengguna dan perkhidmatan, termasuklah harga makanan, kenderaan, kos sewa dan lain-lain.

Apa? Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)

📅 Bila? 19-20 September

Mengapa ia relevan? FOMC, atau Federal Open Market Commitee di Amerika Syarikat mengadakan lapan mesyuarat terjadual pada setiap tahun untuk menyemak keadaan kewangan dan ekonomi. Ia juga merupakan satu mesyuarat di mana pembuat polisi membuat keputusan mengenai hala tuju selepas kenaikan kadar faedah. Pelaburan yang dianggap lebih berisiko, seperti matawang kripto dan saham, mempunyai prestasi lebih baik dalam persekitaran yang mempunyai kadar faedah yang rendah.

Apa? Indeks Harga Pengguna UK

📅 Bila? 20 September

Mengapa ia relevan? Banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan inflasi, dan sama seperti AS, pembuat polisi di Amerika Syarikat melihat Indeks CPI untuk mengenalpasti sama ada kenaikan kadar akan menghalang perbelanjaan dan mengurangkan harga barangan pengguna — bermaksud yang kenaikan faedah itu berfungsi.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Did you find this useful?

7
1