Laporan terkini pembuktian rizab Luno boleh digunakan di Merkle Tree

Blue lock for proof of reserves report

Pelanggan kami sepatutnya sentiasa merasa yakin bahawa semua pelaburan kripto mereka dilindungi dengan selamat. Oleh sebab itulah Luno bekerjasama dengan firma perniagaan dan perakaunan terkemuka, Moore, untuk laporan pembuktian rizab bulanan yang baru dan diperkemas kami. Laporan terbaru ini turut disertakan dengan fungsi Merkle Tree dan pengesahan bulanan, untuk memberikan pelanggan kami lebih ketelusan mengenai pelaburan mereka dengan lebih mendalam berbanding dahulu.

Apa itu Merkle Tree?

Merkle Tree ialah satu struktur data yang digunakan dalam bidang Sains Komputer dan Kriptografi untuk membantu dalam mengesahkan set-set data yang besar, termasuklah transaksi matawang kripto yang dibuat pada rantaian blok. Kaedah ini merupakan kaedah pembuktian anti-pengubahan data tertentu telah dimasukkan sekali dalam satu set data, tanpa perlu mendedahkan keseluruhan set data.  

Bagaimana Merkle Tree berfungsi? 

Cuba bayangkan sebatang pokok. Pada bahagian akar, terdapat blok yang mengandungi ringkasan semua perkara yang tumbuh daripadanya. Ini menjadikan proses semakan lebih mudah jika semuanya tepat.

Bahagian bawah pokok pula dipanggil “merkle root”, di bahagian tengah pokok adalah “parent blocks” dan akhir sekali “leaf blocks”:

  • Leaf Blocks: nod-nod mewakili ketulan-ketulan data, seperti transaksi pada rantaian blok.
  • Parent Blocks: Parent Blocks dibuat dengan menggabungkan pasangan nod-nod daun. Nilai hash nod-nod daun ini digabungkan, dan di-hash sekali lagi untuk mencipta nilai yang baru. Proses ini dilakukan dari pucuk, hinggalah ke akar.
  • Merkle root: Merkle Root mewakili keseluruhan set data. Ia merupakan nilai hash tunggal yang boleh digunakan untuk mengesahkan integriti keseluruhan set data.

Bagaimana untuk mengakses laporan Merkle Tree?

Laporan ini hanya akan tersedia di laman web Luno, dan tiada akses disediakan melalui aplikasi. Untuk mulakan, lawati laman web Luno dan ikuti langkah-langkah berikut:

Memaparkan pembuktian rizab anda

  • Log masuk ke akaun Luno dan pergi ke Profil
  • Pilih Pembuktian Rizab
  • Pilih bulan laporan yang ingin dipaparkan

Mengesahkan laporan pembuktian rizab anda

  • Pilih sama ada Hashed User ID atau Merkle Leaf
  • Pilih butang SELF-VERIFY ON TRUSTRESERVE
  • Anda kemudian akan dibawa ke widget pengesahan pada laman web trustreserve.co
  • Pilih tab My Account pada widget
  • Tampalkan Hashed User ID atau Merkle Leaf pada ruangan yang berkenaan
  • Tekan Check My Account

Pembuktian rizab Luno dilaksanakan oleh Moore Johannesburg.

Maklumat ini tidak bertujuan atau memberikan nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain. Sebelum membuat sebarang keputusan, atau mengambil sebarang tindakan berkenaan kewangan anda, kami mengesyorkan anda untuk berunding dengan Penasihat Kewangan yang bertauliah.

Did you find this useful?

4
1