Mengapa Ethereum dan rantaian POS lain memerlukan pelabur untuk menjadikan kripto mereka sebagai Stake?

Pie chart showing market cap of coins and crypto

Apakah keistimewaan fungsi Stake pada Ethereum (ETH)? Untuk jawapan ringkas, ganjaran yang dibayar dalam ETH.

Protokol pada fungsi Stake memberi insentif kepada peserta rangkaian untuk menjadikan kripto mereka sebagai Stake dan membantu mengesahkan transaksi melalui sistem ganjaran dan penalti. Ganjaran yang diterima oleh pengesah, individu atau syarikat yang menjadikan kripto mereka sebagai Stake, boleh menerima ETH sebagai ganjaran. Manakala penalti akan dikenakan jika mereka tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh rangkaian.

Berapa kerap pengesah dikenakan penalti?

Slashing ialah perkara yang akan berlaku apabila pengesah dikenakan penalti. Perkara ini amatlah jarang berlaku kerana penyedia perkhidmatan fungsi Stake meletakkan langkah yang amat teliti untuk memastikan nod-nod mereka berfungsi dengan optimum.

Adakah dana saya selamat? 

Luno bekerjasama dengan salah satu penyedia perkhidmatan fungsi Stake paling dipercayai dalam industri, dengan jejak uptime sebanyak 99.9%. Nod-nod pengesah mereka diawasi 24/7, bersama nod-nod sandaran sentiasa bersedia. Disebabkan oleh mekanisme keselamatan ini, slashing jarang berlaku, tetapi dalam situasi jika kripto anda dikenakan slashing, penyedia perkhidmatan fungsi Stake kami mempunyai proses untuk menyemak dan memediasi penaliti slashing pada bahagian yang dianggap perlu untuk dilakukan. Kami akan berhubung dengan anda jika perkara ini berlaku.

Bagaimana untuk menyertai fungsi Stake

Pihak yang dapat mengesahkan transaksi pada rantaian Proof-of-Stake seperti EThereum adalah diputuskan oleh saiz kripto yang dijadikan Stake. Ethereum memerlukan pengesah untuk memiliki sekurang-kurangnya 32ETH sebagai Stake. Lebih besar Stake pengesah, lebih tinggi peluang untuk mereka dipilih sebagai pengesah bagi blok transaksi seterusnya. Stake pengesah yang dipilih akan dijadikan cagaran, sejenis deposit, untuk memastikan mereka mematuhi peraturan dan mengesahkan transaksi yang betul.

This puts staking out of reach for most individual investors, but there are various staking service providers that pool investor funds and make staking accessible to the everyday crypto investor. Luno has partnered with one of the most trusted staking services providers in the industry to bring staking to our customers.

Sistem ini menjadikan pelabur individu sukar untuk mengakses fungsi Stake, namun terdapat banyak penyedia perkhidmatan fungsi Stake yang mengumpul dana pelabur dan menjadikan fungsi Stake lebih senang diakses oleh pelabur kripto harian. Luno telah bekerjasama dengan salah satu penyedia perkhidmatan stake yang paling dipercayai dalam industri untuk memberikan perkhidmatan fungsi Stake kepada pelanggan kami.

Nota:  Fungsi Stake hanya tersedia kepada pelanggan di Malaysia dan Afrika Selatan sahaja

Apakah perbezaan di antara pelaburan yang menawarkan faedah? 

Wang dalam akaun bank tradisional biasanya akan dipinjamkan kepada bank, yang akan digunakan untuk melabur dalam aset-aset lain untuk menjana lebih banyak wang. Bank akan membayar faedah kepada anda berdasarkan amaun yang disimpan di dalam akaun di atas pinjaman tersebut.

Namun begitu, fungsi Stake adalah berbeza. Setiap kali satu blok ditambah ke rantaian blok Ethereum, sejumlah blok ETH baru akan di-mint dan diagihkan kepada pengesah yang mengesahkan transaksi blok tersebut — dikenali sebagai ganjaran blok. Ia merupakan insentif kepada pengesah untuk terus mengesahkan transaksi.

Jumlah ganjaran yang diterima dari fungsi Stake bergantung pada matawang kripto yang dijadikan Stake dan struktur ganjaran rangkaian. Beberapa rangkaian menawarkan ganjaran tetap, manakala yang lain menawarkan ganjaran pelbagai, berdasarkan jumlah token yang dijadikan Stake dan jumlah aktiviti pada rangkaian.

Ganjaran tahunan pada fungsi Stake Ethereum secara puratanya di antara 4% dari jumlah ETH yang dijadikan Stake.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

34
0