Perlindungan akaun Luno anda: Panduan fungsi keselamatan asas Luno

Apa yang terjadi pada aset kripto Anda ketika Anda meninggal dunia?

Memastikan pelaburan anda selamat bukan sahaja amalan yang baik, namun ia adalah penting. Kami memberikan usaha terbaik untuk melindungi akaun anda, namun anda juga boleh memainkan peranan anda dengan mengaktifkan fungsi-fungsi keselamatan yang tersedia ini pada aplikasi Luno anda.

Dalam artikel ini, mari kita mendalami lagi fungsi-fungsi keselamatan ini dan mengapa penting untuk mengaktifkannya.

Kata laluan dinamik

Kata laluan anda ialah barisan pertama dalam pertahanan akaun anda terhadap penceroboh. Gunakan kombinasi huruf, nombor dan simbol, dan elakkan dari menggunakan tarikh seperti tarikh lahir atau perkataan-perkataan yang biasa — ia seperti ‘cheat code‘ kepada penceroboh.

Pengesahan dua-faktor (2FA)

Pengesahan dua-faktor ialah seperti mempunyai kunci tambahan pada peti digital anda. Dengan fungsi 2FA, akaun Luno anda perlu diakses dengan kata laluan dan juga kod sensitif masa. Lapisan perlindungan tambahan ini akan memastikan jika kata laluan anda diketahui oleh individu yang tidak bertanggungjawab, mereka tidak boleh menceroboh akaun anda tanpa pengesahan dua-faktor.

Pengesahan biometrik

Pengesahan biometrik seperti pengesanan muka menambah satu lagi lapisan keselamatan tambahan pada akaun anda. Apabila anda membuka aplikasi Luno atau mengesahkan transaksi, imej muka anda ialah kunci untuk mengakses akaun anda.

Fungsi ini menyediakan akses cepat dan mudah terhadap akaun anda dengan selamat. Ia melindungi dari log masuk tidak sah, kerana wajah anda ialah kunci untuk mengakses akaun anda.

Notifikasi peranti dipercayai

Anda perlu memastikan anda mengetahui peranti yang mempunyai akses ke akaun anda. Fungsi peranti dipercayai ini membolehkan anda menerima notifikasi apabila peranti yang tidak dikenali membuat cubaan untuk mengakses akaun anda. Ini bermaksud anda boleh mengetahui dengan pantas jika terdapat akses tidak sah dan mengambil tindakan pantas untuk melindungi kripto anda.

Mengapa anda perlu mengaktifkan fungsi-fungsi ini?

Fungsi-fungsi ini adalah lapisan perlindungan tambahan untuk memastikan kripto anda kekal selamat.

Semak panduan untuk mengaktifkan fungsi-fungsi ini

Ingat, dalam dunia kewangan digital, keselamatan ialah pelaburan terbaik anda.

*Maklumat ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan untuk melabur. Semua pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain disediakan sebagai komentari pasaran am untuk tujuan maklumat dan bukan sebagai nasihat pelaburan atau cadangan. Luno sentiasa menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat kewangan bebas anda sendiri sebelum melabur atau berdagang dalam matawang kripto.

Adakah artikel ini berguna?

12
0