Siapa yang mencipta Ethereum?

Pada dasarnya Ethereum telah digariskan di dalam pembentangan kertas putih secara rasmi pada tahun 2013 oleh pengasasnya, Vitalik Buterin.

Selepas menceburi bidang mata wang Bitcoin selama dua tahun, Buterin kemudiannya menjadi seorang pakar yang arif dalam bidang teknologi baharu dalam tempoh yang singkat sementara menaruh minatnya yang mendalam terhadap kripto apabila menjadi pengasas bersama dalam sebuah portal berita digital iaitu Majalah Bitcoin di mana beliau telah menghasilkan ratusan artikel mengenai mata wang kripto. 

Sungguhpun Bitcoin menjadi inspirasi beliau, namun Buterin mempercayai bahawa terdapat keterbatasan dari segi fungsi Bitcoin sama seperti analogi mesin kira saku. Jadi, beliau kemudian menaruh harapan terhadap Ethereum yang diibaratkan sebagai telefon pintar yang mempunyai potensi besar melangkaui sistem pembayaran sedia ada serta stor penyimpanan nilai. Sebaliknya Buterin berhasrat untuk mewujudkan sebuah platform yang dapat membina serta menyokong ekosistem aplikasi tidak berpusat seperti medium kewangan yang lain termasuk token tidak sepiawai (NFT) yang kini memiliki ruang yang tersendiri seiring dengan perkembangan pesat dalam bidang kesenian serta hiburan. 

Did you find this useful?

0
0