ABC untuk CBDC
Pembangunan Bank Pusat untuk Matawang Digital (Central Bank Digital Currencies – CBDC) merupakan respon institusi terhadap kenaikan penerimaan matawang kripto global. Komunikasi rasmi daripada negara-negara di seluruh dunia menyatakan yang langkah ini ibarat kemaskini perisian terhadap sistem pembayaran, yang mana akan membawa sistem kewangan sedia ada ini ke sistem era digital. Soalannya, adakah cukup ruang di dalam sistem untuk matawang kripto dan CBDC?
Mari kita intai di sebalik langsir fiat
Sebenarnya kita ketinggalan maklumat penting apabila kita merujuk semua wang sebagai wang fiat, mernurut Dr Co-pierre Georg, Pengerusi Bank Rizab Afrika Selatan dalam Kajian Stabiliti Kewangan di University of Cape Town.
Wang dalam edaran hari ini merupakan wang bank pusat, wang bank dan wang bukan bank.
Wang bank pusat termasuklah not-not wang yang dikeluarkan oleh bank pusat dan tunai digital yang dipegang oleh bank komersial di bank pusat. Secara tradisional, jenis wang ini dianggap paling selamat kerana bank pusat tidak akan mengalami bankrap.
Wang bank komersial ialah matawang digital yang dipegang dalam akaun bank komersial. Terdapat lebih risiko berbanding tunai yang dikeluarkan oleh wang bank pusat, kerana terdapat beberapa bank yang telah mengalami ditutup sebelum ini.
Wang bukan bank ialah matawang digital yang dipegang oleh penyedia perkhidmatan kewangan, contohnya PayPal. Jenis wang ini merupakan jenis wang paling berisiko, kerana syarikat ini terdapat kemungkinan besar akan ditutup.
Apa itu CBDC?
CBDC, atau Bank Pusat untuk Matawang Digital, ialah wang bank pusat versi digital dan modedn. “Ia menggabungkan keselamatan not-not wang dan fungsi pembayaran digital,” menurut Georg. Matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat ini adalah selamat kerana ia disandarkan pada bank pusat. Sebagai contoh, CBDC yang disandarkan dengan Federal Reserve di Amerika Syarikat adalah lebih selamat dan stabil berbanding CBDC yang dikeluarkan oleh Zimbabwe; sebuah negara yang mana tender rasminya tidak bernilai disebabkan polisi monetari kerajaan serta masalah inflasi yang kian meruncing.
Untuk lebih jelas, CBDC bukanlah sejenis matawang kripto. CBDC dikawal oleh bank pusat dan menguasai nod-not rangkaian blok. Ia merupakan teknologi berpusat dengan fungsi rantaian blok.
Matawang kripto direka untuk berfungsi pada rangkaian peer-to-peer yang bergerak pada ribuan nod-nod bebas, dan fungsi inilah yang menjadi keunikan aset virtual: Tidak memerlukan orang tengah dan aktiviti pada rantaian blok tidak boleh diubah.
Namun terdapat juga kekurangan pada matawang kripto tidak berpusat. Matawang kripto tidak berpusat yang masih baru adalah lebih terdedah terhadap jenayah kewangan dan volatiliti harga dalam pasaran, dan usaha penskalaan teknologi ini terus menjadi masalah sukar walaupun dalam kalangan rangkaian kripto yang sudah lama dibina. CBDC boleh menawarkan “perlepasan” kepada pelanggan terhadap pelanggan ini tetapi ia datang dengan kebimbangan terhadap keselamatan dan masalah lain yang berkaitan dengan wang fiat, termasuklah kebimbangan mengenai inflasi.
“Trilema matawang kripto klasik” menurut Wiehann Olivier, Ketua Aset Digital dan Kerjasama Mazars, sebuah firma perundingan, percukaian dan audit. Kebolehskalaan, keselamatan dan ketidakberpusatan adalah hampir mustahil untuk dikekalkan pada tahap yang sama. Satu fungsi terpaksa dikorbankan jika pelanggan mahu lebih menitikberatkan satu fungsi lain.
Matawang digital yang dikeluarkan oleh kerajaan mungkin hanyalah kegemaran terhadap stablecoin berbanding koin-koin aliran perdana seperti Bitcoin dan Ethereum. “Bukan semua orang bersedia terhadap masalah volatiliti yang datang dengan transaksi matawang kripto, atau masalah kepercayaan yang berkaitan dengan sesetengah stablecoin,” menurut Olivier.
Apa yang CBDC boleh lakukan?
“CBDC akan menjadi satu alat yang hebat untuk inklusi kewangan,” menurut Jerome Ajdenbaum, Naib Presiden Matawang Digital di IDEMIA. “Terdapat 1.7 bilion penduduk yang tidak memiliki akaun bank, dan teknologi di sebalik CBDC membolehkan bank mengurangkan kos operasi dan mencapai ke bahagian populasi penduduk yang mana sistem pembayaran tradisional tidak dapat dicapai,” menurutnya. “Dahulu, penghantaran SMS rentas negara adalah mahal dan tidak efisyen. Namun dengan penggunaan aplikasi pada telefon pintar, komunikasi ini menjadi segera dan percuma. Ini merupakan contoh baik terhadap penggunaan teknologi, begitu juga dengan apa yang boleh dilakukan oleh CBDC terhadap pembayaran,” terang Ajdenbaum.
Untuk sekarang, bagaimana CBDC akan terlibat dalam sistem pembayaran global adalah masih lagi samar-samar. Bank of International Settlements (BIS) mengatakan yang pasukan dilantik oleh kerajaan perlu berkerjasama untuk memastikan matawang digital berada pada jajaran yang sama dan boleh saling beroperasi.
BIS mengutamakan tiga model CBDC:
- Sistem CBDC bersesuaian
- Sistem CBDC berkaitan
- Sistem tunggal untuk susunan pelbagai CBDC
Negara China telah memberikan sedikit klu mengenai bagaimana CBDC akan dibina, dan ia akan menjadi kuasa besar global pertama yang membina CBDC; yang dipanggil e-CNY. Sistem ini dihubungkan secara antarabangsa melalui sistem pembayaran borong dan runcit sedia ada, tetapi untuk masa ini ia hanya digunakan untuk penggunaan domestik.
Ajdenbaum mengatakan bahawa penyelidik kini sedang mengujikaji merit rangka kerja berpusat bagi CBDC dan rantaian blok, dari sudut keselamatan, daya pengeluaran dan daya tahan.
“Volum transaksi dan kelajuan transaksi akan meningkat dengan banyak,” menurut Olivier. Banyak rantaian blok akan mempunyai kebolehan kontrak pintar yang boleh mengautomatikan pencek dan melaksanakan pembayaran jika dibina bersama CBDC. “Ia seperti wang yang boleh diprogramkan,” tambahnya lagi.
Sebaik sahaja CBDC beroperasi, saiz pasaran CBDC akan menjadikannya pilihan paling jelas untuk pembangun dan usahawan. “CBDC ialah platform matawang digital yang boleh diakses secara universal,” menurut Georg. “Aset kripto persendirian adalah susunan magnitud yang lebih kecil dalam permodalan pasaran mereka dan bilangan pengguna yang mereka capai.” Georg merasakan yang ruangan pembayaran akan dipenuhi dengan CBDC serta sistem pembayaran masa-nyata, rendah nilai seperti TIPS di EU dan PIX di Brazil. Sistem ini membolehkan pemindahan wang dalam masa-nyata sepanjang hari, namun perkhidmatan ini hanya terhad pada pasaran dalam negara atau sempadan negara.
Para usahawan akan perlu mempertimbangkan sama ada mereka mahu membina produk menggunakan CBDC dan mencapai pasaran besar, atau memfokuskan market niche dengan membuat pembinaan pada aset kripto peribadi. Georg mengatakan yang ini merupakan pilihan yang mudah, jika kerajaan melakukannya dengan betul. Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, CBDC akan mendominasi ekosistem, menurut Georg. Tetapi terdapat niche bagi matawang kripto.
Apa yang seterusnya bagi matawang kripto?
Matawang kripto dan CBDC ialah sebahagian daripada evolusi tukaran nilai. Lebih banyak nilai dicipta pada internet, sistem pembayaran yang boleh menguruskan transaksi bernilai rendah akan terus berkembang, menurut Georg.
Syarikat teknologi besar akan mempunyai kuasa untuk melancarkan stablecoin yang boleh mencapai jumlah pengguna dasar yang besar dan menjadi platform pembayaran alternatif bagi CBDC. Jenis platform pembayaran ini adalah satu kebimbangan terhadap kerajaan kerana ia tidak boleh dikawal selia dan akan mengganggu polisi monetari berasaskan bank pusat. “CBDC akan menjadikan kawal selia terhadap semua syarikat lebih mudah bagi kerajaan,” menurut Georg.
Terdapat satu lagi masalah yang sering dilupakan ketika negara lain sedang maju menjayakan projek mereka sendiri. Pembangunan CBDC telah mencapai satu tahap dimana kerajaan tidak lagi mampu untuk membangunkan lagi CBDC kerana banyak projek CBDC telah mencapai tahap implementasi.
Georg merasakan yang masih terdapat ruang bagi matawang kripto dan CBDC. Menurut Olivier pula, terdapat keperluan berbeza dalam pasaran yang akan memacu permintaan untuk kedua-dua teknologi, sama dengan apa yang berlaku pada pasaran matawang kripto sekarang. “Bitcoin, Ether dan Ripple mempunyai ciri-ciri yang berbeza, namun ia memenuhi ruangan-ruangan kosong dalam pasaran,” menurut Olivier.
Hasil projek ini akan bergantung pada kebolehoperasian matawang digital yang berbeza. Jika kita tinggal dalam satu buih dimana satu set peraturan dan undang-undang digunakan, dimana CBDC hanya bersaing terus dengan stablecoin, maka akan terdapat sedikit masalah. Tetapi CBDC perlu melalui lebih banyak lagi liku-liku cabaran untuk menjadi solusi pembayaran global terbaik, menurut Olivier.
Bitcoin telah melalui pelbagai cabaran sebelum harganya menjadi cukup stabil untuk dianggap sebagai solusi pembayaran, menurut Ajdenbaum. Tetapi dengan peningkatan kawal selia, stablecoin mungkin boleh diterima dengan lebih lagi dalam kalangan pengawal selia. Di antara matawang kripto seperti Bitcoin, stablecoin atau CBDC, “tidak mungkin akan ada satu pemenang,” menurutnya.
Mungkin ia bukanlah soalan mengenai apakah solusinya, kripto atau CBDC, tetapi lebih kepada sama ada kedua-dua solusi ini berada di atas pentas yang sama. Yang jelas, ia bukan pada masa ini.