Apa itu Chainlink?

Chainlink menyediakan ‘jambatan’ di antara data dunia nyata dengan kontrak pintar pada rangkaian Ethereum dan rangkaian matawang kripto yang lain. Chainlink telah mendapat perhatian yang banyak kerana rangkaian ini telah membina kerjasama dan integrasi dengan pelbagai syarikat-syarikat ternama seperti Google, Intel dan Amazon Web Services.

Kontrak pintar ialah perjanjian yang dijalankan secara automatik oleh program komputer apabila beberapa keadaan yang telah dipersetujui sebelumnya dipenuhi dan rangkaian matawang kripto yang digunakan mengesahkan bahawa keadaan itu telah dipenuhni. Chainlink membantu kontrak pintar ini dengan menghubungkan rangkaian matawang kripto dengan sumber data dunia nyata. Ini membenarkan pengguna menyemak faktor luaran pada rangkaian matawang kripto yang digariskan pada perjanjian, sebagai contoh – ramalan cuaca.

Secara asasnya, apabila kontrak pintar memerlukan beberapa data dunia nyata, ia boleh disambungkan melalui Chainlink untuk mendapatkan data tersebut. Fungsi ini pening jika kontrak pintar ini akan digunakan secara meluas kerana ini bermaksud kontrak ini boleh digunakan untuk melaksanakan perjanjian yang bergantung pada pelbagai faktor.

Sebagai contoh, polisi insurans penerbangan membayar pampasan kepada pengguna jika berlakunya kelewatan. Dengan menggunakan kontrak pintar, pihak insurans boleh membayar pampasan ini secara automatik apabila beberapa keadaan telah dipenuhi. Chainlink mempunyai peranan penting dalam proses ini kerana ia mengumpul dataset dari luar yang telah ditulis pada perjanjian tersebut seperti cuaca dan waktu penerbangan, dan diberikan kepada kontrak pintar. Jika terma di dalam kontrak ini dipenuhi — cuaca sememangnya buruk pada waktu itu, kontrak pintar tersebut akan membuat keputusan sama ada akan membuat pembayaran pampasan sebagai perlaksanaan kontrak perjanjian asal.

Chainlink melaksanakan proses ini melalui oracles, satu teknologi yang dibina sebagai ‘orang tengah’ kerana ia berfungsi sebagai pengumpul data dari dunia nyata dan menterjemahkannya ke dalam bahasa yang difahami oleh rangkaian blok. Oracles bagi Chainlink adalah tidak berpusat, ini bermaksud tiada individu atau kumpulan yang boleh mengawal data yang dikumpulkan. Ini mengelakkan satu titik kegagalan tunggal dan membantu meningkatkan keselamatan. LINK ialah token natif bagi rangkaian Chainlink. Ia digunakan untuk membayar perkhidmatan yang dilaksanakan pada rangkaian oleh oracles. LINK ialah token ERC-20 yang dibina pada Ethereum.

Adakah artikel ini berguna?

1
0