Apa itu Ethereum?

Ethereum berhasrat untuk menjadi sistem operasi utama bagi pengkomputeran tidak berpusat, sama seperti iOS bagi pengkomputeran tradisional. Ethereum ialah platform yang membenarkan sesiapa sahaja untuk membina aplikasi dan perkhidmatan digital, dari perkhidmatan kewangan hinggalah ke permainan video tanpa keperluan pengawasan oleh pihak ketiga seperti pemilik iOS, iaitu Apple. Secara teorinya, sistem ini akan mengurangkan risiko kehilangan data kerana tiada pihak berpusat yang mengawal data pengguna, dan ramai yang beranggapan yang aplikasi-aplikasi ini berfungsi lebih efisyen dan kurang terdedah dengan penapisan.
Penerimaan Ethereum pada masa kini adalah memberangsangkan. Terdapat beribu-ribu projek tidak berpusat sedang berfungsi pada platform Ethereum. Ether (ETH) ialah matawang kripto natif bagi Ethereum dan digunakan sebagai insentif bagi pengguna untuk menyelesaikan tugasan pada platform Ethereum. Caj yang dikenakan pada platform Ethereum akan meningkat apabila rangkaian menjadi sibuk hingga terdapat beberapa komuniti yang mempertikaikan yang caj perlu menjadi amat tinggi untuk Ethereum mendapat tempat dalam industri kripto. Ether juga berfungsi sebagai salah satu kaedah untuk melabur dalam ekosistem Ethereum. Kini, Ethereum merupakan matawang kripto kedua terbesar, selepas Bitcoin.
The key innovation that enables Ethereum to do all of this is that it’s taken the responsibilities for verifying agreements out of human hands and given that power to computers, essentially automating trust. This is done using “smart contracts”. These are much like regular paper contracts in that they establish the terms of an arrangement between parties, only in the case of smart contracts they automatically execute when the terms are met without the need for any intermediary. You don’t even need to know who is on the other side of the agreement.
Inovasi utama yang membenarkan Ethereum berjaya melaksanakan semua ini adalah dengan mengambil semua tugas-tugas pengesahan perjanjian dari manusia sebenar dan menyerahkannya kepada kuasa pengkomputeran untuk melaksanakan perjanjian secara automatik. Kaedah ini dipanggil sebagai ‘kontrak pintar’. Konsepnya sama sahaja dengan kontrak tradisional yang menggunakan kertas, dimana terma dan perjanjian diwujudkan di antara dua pihak. Namun bagi kontrak pintar, terma-terma yang dipersetujui akan dilaksanakan secara automatik apabila ia dipenuhi tanpa keperluan sebarang orang tengah. Anda juga tidak perlu mengetahui siapakah pihak yang lagi satu dalam perjanjian tersebut.