Apa itu ‘pendaratan lembut’?
Idea pendaratan lembut atau soft landing telah menjadi *north star, bagi Jerome Powell dan rakan-rakan sekerjanya di Federal Reserve, institusi yang bertanggungjawab untuk memandu Amerika Syarikat menerusi keadaan inflasi ketika ini. Tetapi sebenarnya, apakah maksud pendaratan lembut dan bagaimana ia dilakukan?
*north star – satu metrik yang menerangkan nilai teras produk yang diberikan kepada pelanggan
Pendaratan lembut merupakan terma yang digunakan oleh pakar ekonomi untuk menerangkan keadaan apabila ekonomi mula menjadi lembab demi sedikit berbanding dari terus mengalami kemelesetan teruk. Petanda aras yang biasa digunakan apabila sesebuah negara itu mengalami kemelesetan adalah apabila terdapat pengurangan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) berterusan selama dua suku atau lebih. Kelembapan ekonomi ini tercetus apabila bank pusat meningkatkan kadar faedah untuk mengawal inflasi dan mengelakkan ekonomi daripada ‘terlalu panas’ yang akan mendorong ke arah lebih inflasi. Pendaratan lembut memberikan kawalan terhadap inflasi tanpa mencetuskan kemelesetan.
Bagaimana Federal Reserve boleh menyebabkan pendaratan lembut?
Apabila kadar faedah tinggi, kos untuk membuat pinjaman bagi pengguna dan perniagaan menjadi lebih mahal. Hasilnya, mereka akan kurang berbelanja, dan berdasarkan teori, tindakan ini akan melembabkan perkembangan ekonomi. Tujuan pendaratan lembut ini adalah mengimbangi keperluan dalam mengawal inflasi dengan keperluan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Pendaratan lembut ini sukar untuk dijangka dan sukar untuk dicapai. Jika Federal Reserve meningkatkan kadar faedah terlalu cepat atau terlalu banyak, ia boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, jika kadar faedah tidak dinaikkan secukupnya, inflasi boleh bertukar menjadi luar kawalan dan menyebabkan kerosakan ekonomi untuk jangka masa panjang.
Adakah Amerika Syarikat sekarang menuju ke arah pendaratan lembut?
Menurut laporan terbaru daripada Rumah Putih, AS sekarang sedang menuju ke arah pendaratan lembut, tetapi dari segi ekonomi, ramai pakar ekonomi terkemuka dan pakar penganalisa bersikap kurang optimistik terhadap kesannya. Dan jika AS berjaya melakukan pendaratan lembut, ia tidak bermakna yang negara-negara lain boleh melakukan perkara yang sama. Berita baik adalah nombor inflasi terkini semua menunjukkan yang Federal Reserve mula mendapat semula kawalan terhadap inflasi, bermaksud yang mereka boleh mengurangkan sedikit tekanan dengan kenaikan kadar faedah di masa hadapan.