Apa itu pilihan belian pelbagai Luno dan bagaimana untuk menggunakannya?

Pernah dengar ayat “Jangan letak semua telur dalam satu bakul“? Mungkin anda selalu dengar, tetapi bagaimana ia boleh membantu anda dan wang anda?

Dalam pelaburan, meletakkan telur dalam bakul yang berlainan dikenali sebagai mempelbagaikan pelaburan anda. Konsepnya ialah kepelbagaian ini akan melebarkan impak bagi sebarang kejatuhan harga salah satu pelaburan anda dalam keseluruhan portfolio, kerana ia akan diseimbangkan semula oleh koin-koin yang sama ada stabil atau dilihat meningkat harganya.

Kini, dengan Luno anda boleh mempelbagaikan pelaburan anda dengan membeli pelbagai matawang kripto dalam satu pembelian mudah. Anda akan mendapat beberapa pilihan, sama ada pembelian semua koin matawang kripto paling popular, atau kesemua matawang kripto kami. Ataupun, anda juga boleh menetapkan matawang kripto apa yang menjadi pilihan hati dan jumlah pembelian anda akan diagihkan dengan sama rata pada pilihan anda.

Terdapat juga pengurangan kos sebanyak 1.75% apabila anda membuat pembelian pelbagai.

Bagaimana kepelbagaian matawang kripto berfungsi? 

Jika anda meletakkan semua telur dalam satu matawang kripto, nilai pelaburan anda akan bergantung secara eksklusif pada prestasi matawang kripto tersebut. Jika Bitcoin mengalami ‘hari-hari merah’, sebagai contoh, nilai pelaburan anda akan turut menurun. Mempelbagaikan pelaburan anda di antara tiga atau empat atau lima koin akan memecahkan risiko ini kerana terdapat kemungkinan yang koin-koin ini tidak akan mengalami penurunan yang banyak, atau berpotensi mengalami kenaikan yang tinggi.

Sebagai contoh…

Arif melabur sebanyak MYR 100 dalam matawang kripto yang dipanggil Kripto A. Nilai Kripto A menjadi separuh dalam satu malam, menyebabkan portfolio pelaburan Arif kini bernilai MYR 50. Jay juga melabur sebanyak MYR 100, tetapi dia mempelbagaikan pelaburannya dengan sama rata dengan tiga jenis matawang kripto — Kripto A, Kripto B dan Kripto C. Sementara harga Kripto A menjadi separuh dari MYR 33.33 menjadi MYR 16.66, harga Kripto B kekal manakala harga Kripto C telah menjadi sekali ganda. Ini bermaksud portfolio pelaburan Alice masih lagi bernilai MYR 100 kerana kerugian Kripto A telah diimbangi oleh pelaburannya dalam matawang kripto lain.

Bagaimana anda melebarkan risiko?

Kaedah kepelbagaian terpakai pada pelaburan dalam semua kelas aset, sama ada matawang kripto, ekuiti atau hartanah, dan sepanjang perjalanan pelaburan.

Terdapat kepelbagaian pada tahap teratas, di antara kelas aset yang berbeza: matawang, komoditi seperti emas, hartanah, ekuiti, matawang kripto dan banyak lagi.

Kemudian, terdpat kepelbagaian pada tahap rendah dalam setiap kelas aset. Dalam pelaburan ekuiti, sebagai contoh, adalah satu perkara biasa untuk meletakkan wang anda di dalam pelbagai syarikat yang beroperasi dalam pelbagai sektor berbanding dari meletakkan kesemua simpanan anda dalam satu saham syarikat. Sama juga seperti matawang kripto.

Melindungi kekayaan mungkin kedengaran kurang menarik berbanding menjana kekayaan, tetapi keseimbangan di antara dua pendekatan ini dianggap sebagai salah satu aspek paling penting dalam pelaburan jangka masa panjang.

Did you find this useful?

13
0